Bab 7 - balik kampung

722 47 0
                                    

Farah POV

Aku dalam perjalanan ke kampung. Ibu tiba-tiba saja sakit. Aku pun tak tahu ibu sakit apa. Kata Pak Su, ibu demam panas. Nasib baik ada Pak Su boleh tengok-tengok kan ibu. Tapi anak jenis apa aku ni sampai ibu aku sudah demam seminggu pun boleh tak tahu. Rasa berdosanya aku pada ibu. Ibu, maafkan Rara.

Sampai dihujung kampung Sungai Tawar, aku membelok ke kiri. Dari jauh aku sudah ternampak sebuah rumah kampung yg masih cantik tegak berdiri di tengah2 sawah padi. Aku parkir keretaku dihalaman rumah. Aku keluar dari kereta dan menuju ke pintu hadapan rumah. Aku memberi salam dua kali. Kemudian terlihat pintu dikuak.

"Waalaikumussalam. Haa Rara dah sampai pun. Jemput masuk, Rara." Jawab Pak Su, pakcik ku, yg merupakan adik kepada ibuku.

Aku segera masuk tanpa mengambil beg baju didalam bonet kereta. Apa yg terbayang dikepala ku hanya ibu.

Aku masuk ke dalam bilik ibu dan memanggilnya. Ibu menoleh ke arah pintu. Ibu yg tadi baring lantas bangkit dan bersandar pada katil. Dia ukirkan senyuman buat kali pertama.

Aku membalas senyuman ibuku. Aku terus mendapatkan ibu. Aku salam dan cium tangannya. Aku mendongak memandang ibu. Saat aku merenung mata ibu, ibu sudah mengalirkan air mata. Pasti dia sangat rindukan aku. Aku turut mengalirkan air mata saat melihat ibu. Aku tidak dapat menahan sebak didada. Aku teramat sangat rindukan ibu.

"Ibu...maafkan Rara, bu. Rara dah lama tak jenguk ibu." Pintaku dgn nada sayu. Ibu menepuk-nepuk bahuku.
"Sudahlah nak. Ibu takda apa-apa." Balas ibu. Aku tahu ibu bohong. Saat aku cium tangan ibu aku dapat rasakan begitu panas suhu badan ibu.

Aku duduk disebelah ibu dan memeluknya. Sudah agak lama aku tidak merasa pelukan ibu.

*
Aku melihat ke luar tingkap. Aku ternampak Pak Su sedang membersihkan halaman rumah. Aku turun pergi ke Pak Su.

"Pak Su, jom minum dulu?" Aku mengajak Pak Su untuk naik keatas.
Pak Su turuti sahaja.

"Amboi..sampai2 je dah terus buat kuih?" Omel Pak Su sambil merenung lama kuih-kuih yg aku sempat buat tadi. Pak Su menghirup air kopi.

"Takdalah Pak Su. Saya campak2 je." Balasku.

Pak Su meletakkan cawan diatas piring kembali dan merenungku.

"Berapa hari kamu nak tidur sini?" Soal Pak Su tiba-tiba.

"Dua tiga hari kot, Pak Su. Tapi kalau ibu masih belum sihat. Saya jaga ibu sampai sihatlah." Balasku soalan Pak Su. Sambil dia dengar kataku, Pak Su sempat merasa cekodok yg aku buat.

"Tak perlu lah lama2 sini, Ra. Pak Su boleh jagakan ibu kamu dkt sini. Bukan Pak Su sibuk sangat pun." Balas pula Pak Su.

"Takpelah, Pak Su. Rara ni dah banyak hutang budi dgn Pak Su. Lepas ayah takde, Pak Su lah yg banyak tolong kami." Ujar ku pula. Aku tidak mampu membalas jasa Pak Su selama ini.

"Pak su pun dulu ada terhutang budi dgn ibu kamu. Nilah masanya pak su nak balas." Kata pak su lagi. Pak Su memang bukan jenis yg suka mengalah. Aku hanya terdiam. Tapi aku berfikir buat sementara ni, biarlah aku jaga ibu sampai ibu sihat.

* *

Aku menyuapkan ibu bubur nasi kemulut. Aku tersenyum melihatnya yg mengunyah makanan dgn lembut sambil senyum melihat aku. Jiwaku terasa tenteram saat melihat wajah ibu. Wajah yg dah lama tidak aku renung.

"Ibu rindu Rara." Ibu bersuara dgn lembut buat kali pertama selepas menelan buburnya.

"Rara pun ibu." Balasku sambil menyentuh muka ibu. Aku suapkan lagi bubur kemulut ibu.

Mimpikah Cinta Where stories live. Discover now