Bab 3

1.2K 102 30
                                    

Aku bangun awal untuk pergi kerja hari ini. Pintu bilik dibuka untuk ke dapur kerana aku ingin memasak. Takkanlah aku nak suruh Mas pulak masak kan. Setibanya di dapur aku terbau makanan yang enak.

"Dhia mai la makan " Mas tersenyum mekar. Rupanya Mas telahpun siapkan sarapan buat aku.

"Ish hang ni Mas, hang kan tetamu sepatutnya aku yang masak la" padahal dalam hati seronok sangat kerana hari ni aku tak payah masak.

"Tak pa la, lagipon bukan senang hang nak rasa masakan aku ni"

Aku terus ke meja untuk makan tanpa berfikir apa-apa. Aku makan dengan cepat kerana sudah lewat untuk pergi kerja.

"Aku pi dulu Mas, jaga rumah elok-elok!" Jeritku yang sudah berada di depan pintu. Keretaku laju bergerak terus ke butik aku.

**********************

Jam menunjukkan 10 malam. Kelihatan rumahku gelap tanpa sebarang cahaya. Aku terus membuka pintu rumah. Ya, seperti aku mengagak tiada orang. Mas pergi mana? Aku kehairanan. Setahu aku dia tidak berani keluar kerana pihak hospital sedang mencarinya.

Aku terus membuka lampu lalu menuju ke dapur. Haihhh.. Tiada makanan. Ingatkan Mas nak masak. Aku mengeluh. Aku terus mandi dan ingin memasak. Shreeekk.. Bunyi pintu rumahku dibuka. Rupanya Mas yang entah ke mana.

"Aikk.. Pi mana Mas? Banyak barang beli" aku melihatnya dari atas hingga bawah. Pakai baju aku, topi aku, seluar aku dan banyak beg plastik yang dibawa.

"Hehehhe... Sori keluaq tak bagitau. Aku pi beli baju, takkan aku asyik nak pakai baju hang kan. Nah aku ada beli makanan untuk hg, aku dah makan" Mas tersenyum. Lalu menghulurkan bihun sup kepada aku. Aku terus membuka bungkusan bihun sup tersebut dan menuju ke ruang tamu. Mas duduk di sebelah aku.

"Pasai cerita hang semalam, aku nak tanya sikit ni. Apa hubungan hang dengan pengetua tu? Dan awat hang cerita pasai dia kat aku?" Tanyaku panjang lebar. Mas tersenyum.

" Hubungan aku dengan dia nanti hang tau sekarang bukan masanya. Tapi, aku cerita kat hang sebab hang kenai dia tu sapa"

"Aku kenai?" Aku kehairanan. Aku ada kawan dengan mana-mana pengetua ka sebelum ni?

"Yup. Jadi aku nak mintak tolong hang cari pengetua tu. Aku nak balas dendam" katanya sambil tersenyum sinis. Aku sedikit meremang mendengarnya.

"Sebab dia ka hang jadi macam ni?"

Dia hanya mengangguk dan terus masuk ke bilik. Aihhh dia ni suka bagi aku tertanya-tanya. Antara yang aku pelik sekarang ni ialah apa hubungan dia dengan pengetua tu, bila masa aku kenai dan dari mana dia dapat duit nak beli barang ni? Arghhh!! Aku buntu fikir tentang Mas.

The truth (Complete)Where stories live. Discover now