Bab4

1.1K 94 13
                                    

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam Dhia!" Ibu aku menjerit setelah melihat aku di depan pintu rumahnya. Ya, aku sudah lama tak balik rumah semenjak ada rumah baru ni.

Aku terus berpelukan dengan ibuku. Terasa rindu yang bertakhta dalam hati. Rindukan kasih sayang ibu. Ecehhh.. Padahal baru 3 bulan tak balik rumah. Hatiku mengutuk diri aku yang poyo ni.

"Ibu, ayah mana?" Aku menjenguk didalam rumah yang kelihatan sunyi ini.

"Ayah tak balik kerja lagi tu. Tengah hari satgi dia balik makan. Mai la masuk, ibu masak lauk kegemaran Dhia ni" aku sudah tersengih panjang dengar kata-kata ibu tadi. Aku terus masuk kedalam bilik aku sambil menunggu ayah pulang dari kerja.

Beberapa jam kemudian

Shrekkk... Pintu bilik aku dibuka.

"Ayahh!!" Aku terus melompat bangun dari katil dan memeluk ayahku. Ayahku sedikit menggeleng. Dia sudah masak dengan perangai manjaku maklumlah anak tunggal.

"Dah takpayah nak buat drama jom makan" aku tersengih Dan terus mengikuti langkah ayahku.

Di meja makan aku menceritakan tentang Mas kepada ibu dan ayahku.

"Nama penuh budak tu apa?" Tanya ibuku sedikit curiga.

"Mastura bt Hamid" jelas riak terkejut di wajah ibu dan ayahku.

"Dhia takpayah la duduk situ lagi,ibu risau dekat Dhia"

"Eh, ibu ni dah kenapa? Tadi Dhia cerita elok ja ibu dengaq ni tiba-tiba tak mau bagi Dhia tinggal situ dah" ibuku mengerutkan dahi setelah mendengar jawapanku. Ibuku kelihatan gelisah.

"Dhia yakin yang Mas tu dah berubah?"

"Dhia cuma nak tolong Mas, ibu" ibuku mengerling kearah ayahku untuk menyuruh ayahku menghalang niatku itu namun ayahku hanya terdiam sahaja.

***********************

Aku mengelamun sendiri teringatkan kata-kata ibuku tadi. Macam ada yang tak kena ja, depa kenai ka Mas?

Ponn!! Ops, aku mengelamun sampai tak perasan lampu hijau. Aku terus memecut laju untuk pulang kerumah aku.

Setibanya di rumah aku terus membuka pintu. Uishh, pintu tak kunci? Bahaya ni. Aku terus menggeleng Mas ni la. Aku mengintai sedikit di bilik Mas. Tiada orang. Dia ni pi mana pulak? Semenjak dia dah sedap duduk dirumah aku, dia keluar dengan selambanya tanpa memberitahu aku. Kadang-kadang sehingga lewat malam dia balik. Aku pun tak tahu dia ke mana

Aku terus menuju ke bilik aku. Aikk, pintu terbuka? Aku terus masuk ke dalam bilik sambil memegang pasu takut-takut kalau pencuri senang sikit kerja.

"Mas?! Hang buat apa dalam bilik aku ni?!"

The truth (Complete)Where stories live. Discover now