Bab 14

1.2K 96 64
                                    

1 minggu kemudian

"Kita telah digemparkan dengan kematian yang amat mengerikan satu keluarga di rumah usang. Dimana seorang lelaki dan dua orang perempuan telah dibunuh dengan kejam sekali. Kami telah mengesyaki beberapa orang suspek namun, masih tiada bukti yang kukuh. Itu sahaja daripada saya, wartawan anda Nor Asmidar Ahmad" televisyen ditutup. Senyum kepuasan terlihat dibibir.

Aku mengambil surat khabar diatas meja. Kes ini sedang popular sekarang sehingga menjadi muka depan surat khabar.

"Satu keluarga diseksa dan dipancung dengan kejam di rumah usang"

Aku hanya ketawa melihat tajuk utama di surat khabar. Bagila tajuk yang sesuai sikit. Tak menarik lansung.

"Mas!" Aku menoleh melihat gerangan orang yang memanggil aku. Tiada siapa. Lagipun aku duduk seorang saja di rumah. Pelik.

"Mas..." Aku terus bangun dan berjalan mencari bunyi suara tersebut.

Bulu roma aku menegak. Aku menelan payah air liurku sebaik sahaja melangkah masuk ke dapur.

Tap..tap..
Cecair warna merah jatuh menitik perlahan keatas lantai yang hampir memenuhi lantai di dapurku. Kemudian aku mendongak keatas.

"Dhia!" Aku terjelopok atas lantai. Badanku telah dilumuri darah diatas lantai. Dhia digantung dengan tali pada kipas. Matanya terbeliak sambil tersenyum kearah aku. Darah dari leher Dhia masih tidak berhenti menitik membasahi lantai.Seluruh badanku menggeletar. Aku tidak dapat bergerak bagaikan sudah diikat walaupun tiada tali . Bukankah dia sudah mati di rumah usang.

"Kau takkan terlepas dari aku sehingga aku aman, Mas!"

The truth (Complete)Där berättelser lever. Upptäck nu