Bab 9

990 90 37
                                    

"Ibu, kawan ajak pi rumah dia sabtu ni ada tahlil sikit"

"Sapa?" 

Aku hanya memdiamkan diri. Takkan aku nak bohong ibu?

"Don't say it is Mas"

"Of course not" secara spontan aku menjawab. Takmau bohong konon.

"Ok sabtu ni kita pi" ibuku terus ke dapur untuk memasak. Aku masih pelik kenapa ibu aku melarang aku untuk berkawan dengan Mas. Dia dah berubah kot. Aku mesti siasat.

Kring.. Kring.. Aku terus mencari telefon aku. Eh, takdak nama. Nak angkat ka dak.

"Hello"

"Hello, Dhia ni Mas" aku sedikit terkejut. Mas dah ada telefon.

" Mas! Hang dah ada telefon? Hebat hang sekarang

"Ish, phone cokia ja. Ni, hang boleh dak mai rumah aku?"

"Haa, boleh"

"Ok nanti aku bagi alamat" Mas meletakkan panggilan. Seseorang sedang tersenyum sendiri. Bersedialah hang.

*********************
Aku ke ruang makan untuk makan bersama ibu dan ayah aku.

"Ibu, ayah awat tak bagi Dhia kawan dengan Mas?"

Uhuk!! Ayahku tersedak setelah mendengar pertanyaan aku. Aku sedikit terkejut dan curiga. Mereka masih belum menjawab.

"Jawabla awat diam? Lagipon dia dah berubah"

"Shut up Dhia! Sekali lagi Dhia cakap pasai Mas, siap Dhia!"ibuku melenting tiba-tiba. Dia terus beredar masuk ke bilik.

Aku diam seribu bahasa terkejut dengan tindakan ibuku. Aku memandang ayah.

"Ermm.. Ayah dah lewat ni. Pi dulu" ayahku bangun terus keluar dari rumah. Mana ada sekolah bukak hari Jumaat kat Kedah. Nampak sangat bohong. Aku mencebik.

Sebenarnya ayah aku seorang pengetua sekolah menengah. Sudah hampir 10 tahun di menjadi pengetua sekolah tu. Tapi yang pelik, aku tak pernah duduk di sekolah ayah aku. Pengetua? Tiba-tiba aku teringat cerita Mas. Takkanla... Tak mungkin..

The truth (Complete)Where stories live. Discover now