Chapter 7

79 2 0
                                    

Setelah kejadian tersebut Meiyoung dimasukkan ke dalam Hospital selama 2 minggu. Ayah dan Ibu Meiyoung terkejut melihat anak mereka terbaring tidak sedarkan diri nasib tak ada luka dalam cuma dia akan sakit kepala bila menggerakkan kepala berlebihan.

Dan kalau nak tahu.. Irene dah pun dibuang sekolah atas bantuan mak ayah Mingyu disebabkan itu parents Meiyoung sangat berterima kasih kepada Mingyu

Meiyoung pula dah boleh masuk sekolah dibawah pantauan Mingyu dan kawan-kawannya.

KRING!!

Loceng masuk kelas sudah berbunyi, Meiyoung sudah mengeluarkan alat tulisnya Mingyu hanya memerhati...

"Annyeong yeorobunn" kerana cikgu tak masuk masuk Kim Jihyun sebagai Ketua Pelajar bersama kekasih hati pengarang jantungnya Hwang Minhyun masuk ke kelasnya. Mereka tersenyum melihat muka kebengongan adik junior dyeorang

"Okay... kitaorang nak bagitau... Sekolah akan menganjurkan camping selama seminggu... Jadi minta kebenaran daripada parents korang semua okay?? Kalau boleh jumpa saya.."

"atau berjumpa dengan saya" Minhyun memotong perkataan Jihyun.. Ketua pelajar hanya menjeling lalu menampar bahu Minhyun.. Meiyoung yang melihatnya hanya tertawa kecil..

"Saya akan tulis barang barang yang kena bawa masa camping nanti.. Kamu semua catat okay???" Minhyun menulis daripada peralatan hingga ubat-ubatan dan juga benda yang penting disertakan beberapa hal yang berlaku semasa kem nanti. Setelah siap mereka berdua keluar dari kelas untuk ke kelas yang lain..

"Awak tak boleh ikut..."

Meiyoung yang sedang mencatat. Memandang Mingyu dengan mulut yang memuncung..

"Kenapa tak boleh.. Mama bagi je kenapa awak tak bagi..." Ha.. Jenuh nak jawab apa Mingyu... Meiyoung sudah merajuk..

"Macam ni sayang..."

Selamat la semua tak perasan.. Busy bergosip pasal kem nanti... Kalau ada yang perhati pun apa Mingyu kesah?

"Apa sayang-sayang? Ishh tak sukalah macam itu tak boleh ini tak boleh.. Mereput macamni!"

Meiyoung keluar dari kelas setelah mengatakan perkataan itu..  Walaupun dengan kaki yang sakit.. Apa dia peduli... Mingyu mengejar kekasihnya yang sudah duduk di tepi Yeonwoo di kantin..

"Boleh aku duduk sini?" Chelsea mengangguk.. Memberi tempat duduk kepada Mingyu duduk disebelah Meiyoung.

"Kenapa dia marah kau, Gyu?" Chelsea bertanya.. Pandanglan tajam Yeonwoo dan Jaekyung diberikan kepada Mingyu.. Padahal semalam baru je memaafkan Mingyu pasal kes buli Meiyoung tu.. Walaupun Yeonwoo belum ikhlas.

"Kita pergikan camping tu??" mereka bertiga mengangguk.. Meiyoung mengaduk-adukkan aiskrim yang dibeli Yeonwoo sambil muncung..

"She still not fully recovery noona.... Dia pun masih perlukan bantuan.. Bukannya menyusahkan but macam mana nanti kalau sesuatu jadi kat dia?"

Jaekyung tergamam... Ini kali pertama Mingyu cakap panjang lebar.. Yeonwoo memandang malas... Chelsea ketawa kecil.

"Ala saya tak pernah pergi kem... Lagipun dulu mana pernah sekolah adakan kem.. Ni kali pertama.." Meiyoung merajuk.. Dia membelakangi Mingyu.. Ketiga kawannya mengeluh.. Dia memang macam ni jangan hairan..

"Okay okay.. You can go to this camping.. But tak boleh jauh dari saya faham?" Meiyoung memandang Mingyu..

"Yes thank you very much" Meiyoung mencium pipi Mingyu.. Yeonwoo ingin muntah..

Finally, masalah camping selesai Chelsea,Meiyoung,Jaekyung dan juga Yeonwoo mendapat izin daripada parents dyeorang untuk pergi kem ni..

Pada mulanya Yeonwoo tak nak pergi tapi disebabkan kawan-kawannya dia memendamkan niatnya itu..
.
.
.

School Prince VS Nerdy GirlWhere stories live. Discover now