chapter 15

49 2 0
                                    

Yeonwoo sedang menunduk malas di kantin, kawan-kawannya masih mengatur jadual untuk pergi membeli dress di Mall. Mereka akan menghadiri parti ulangtahun hari lahir adik seniornya di Korea International Hotel yang wajib semua pelajar sekolah Jeguk dan Jeguk Universiti hadir.

"Bolehkan Meiyoung? Boleh batalkan untuk pergi dengan Mingyu?" Setelah berfikir sejenak akhirnya Meiyoung mengangguk. Lagipun Mingyu tak kisah kan kalau pergi dengan kawannya?

Chelsea tersenyum dengan jawapan adiknya mengabaikan pandangan orang lain yang berada di kantin. Chelsea tau hampir kesemua adik-adiknya termasuk dirinya ialah kekasih kepada School Prince yang teramat amat popular di sekolah. Ramai yang tidak menyukai mereka ada juga yang merestui hubungan mereka malah menjadi hard shipper pasangan kesukaan mereka.

"Yeon baobei.. Let's buy a new dress after this" Kata Meiyoung sambil menarik sedikit pipi Yeonwoo membuatkan empunya pipi sedikit terkejut kerana dia mengelamun dari tadi.

"Okay.. I also wanna buy a gift" Kata Yeonwoo sambil menongkat dagu malas nak melayan karenah Meiyoung dan Jaekyung

"Okay now. Let's go to our class. Remember after school okay"

Selepas Chelsea mengatakan itu mereka semua berpecah dan balik ke kelas.

Yeonwoo berjalan sepantas yang boleh, dari jauh dia boleh melihat kawan-kawannya sedang menunggu di hadapan pintu sekolah. Bibirnya terukir senyuman, macam mana dia boleh ada kawan sebaik mereka.

"Maaf lambat tadi saem bagi banyak sangat kerja" Kata Yeonwoo. Mereka tersenyum sambil berjalan ke bas stop untuk ke mall.

Sesampai di Shopping Mall, Jaekyung menarik kawan-kawannya masuk ke dalam butik makciknya. Kebetulan makciknya sedang membuat diskaun musim bunga. Mereka memilih dress yang akan dipakai nanti.

Yeonwoo menatap kosong pakaian di dalam butik itu, tak berniat untuk mengambil dan mencuba di dalam fitting room. Dia hanya nak beli hadiah hanya bukan untuk beli dress.

"Yeon-ah.. warna ni sesuai dengan kau" Jaekyung menyerahkan dress pendek berwarna pink muda ke tangan Yeonwoo dan menolaknya masuk ke dalam fitting room membuatkan gadis itu menghela nafas berat.

Chelsea dengan Meiyoung juga mendapatkan dress yang mereka nak. Mencubanya dan tersenyum bak bidadari melihat pantulan cermin.

Yeonwoo juga membeli dress yang Jaekyung berikan. Mereka semua telah mendapatkan hadiah masing-masing, Jaekyung membeli jam tangan, Chelsea membeli patung teddy bear, Meiyoung membeli pin rambut dan juga dress berwarna pink pucat dan Yeonwoo hanya membeli bola kristal yang sangat cantik.

Acara yang ditunggu akhirnya tiba, mereka datang bersama kerana tak mau pasangan mereka tahu pakaian mereka.

Meiyoung memakai biru muda, Chelsea memakai warna hitam, Jaekyung memakai warna biru kehijauan dan Yeonwoo memakai warna pink muda. Berbanding dengan memakai pakaian seragam sekolah mereka terlihat lebih cantik dan agak menawan.

Para School Prince yang datang lebih awal terpegun dengan keempat sekawan yang sangat menawan itu, terlihat manis di mata mereka. Joshua yang baru melihat Chelsea terus menarik gadis itu, Yeonwoo mengangkat keningnya.

Baru saja dia menoleh kepalanya. Dua kawannya yang lain juga lesap dari pandangannya. Yeonwoo mengembungkan pipinya.

"Dasar lupa kawan punya kawan!"
marah Yeonwoo sambil mengambil minumnya dari meja. Akhirnya dia duduk di kerusi paling belakang agar tidak terlalu kelihatan. Pelajar-pelajar disitu seperti tak percaya Kim Yeonwoo yang nerd boleh secantik miss world (eceh miss world)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 04, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

School Prince VS Nerdy GirlWhere stories live. Discover now