Chapter 11

64 0 1
                                    

Semua mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Khas.. Kecuali Yeonwoo dan juga Chelsea.. Mereka dimasukkan ke bilik pembedahan..

Di dalam bilik pembedahan mereka dipakai alat bantuan penafasan.. Para jururawat ulang alik ke di dalam bilik pembedahan untuk mengambil keperluan.. Semuanya jadi kelam kabut..

Minhyun menyuruh Vernon,Joshua dan juga Mingyu menukar baju.. Baju yang mereka pakai dipenuhi darah..  Sedangkan Jaekyung dirawat di wad yang bersebelahan Unit Rawatan Khas bersama Meiyoung..

Jaekyung termenung sendirian. Meiyoung belum bangun kerana ubat bius, kakinya yang luka ternyata retak.. Jika tak dirawat dimungkin lumpuh sepenuhnya.

Mingyu yang mendengar kata kata doktor itu terus mengamuk macam orang gila.. Dia menyelerakkan semua barang yang dia nampak sambil menangis nasiblah Vernon dapat menenangkan Mingyu yang dikawal setan yang berada di dalam dirinya

Satu kelemahan Mingyu terbang seperti kertas.

"Jaekyung... Keluar dulu okay.. Biar Mingyu jaga Meiyoung?" Jaekyung hanya mengangguk selepas dia melihat betapa galaunya Mingyu sekarang.. Dia dipapah Joshua untuk keluar dari bilik rawatan..

Mingyu masuk dengan langkah yang berat.. Dia menggenggam tangan Meiyoung yang sejuk sambil memandang muka Meiyoung yang cantik walaupun pucat..

"Bila awak nak bangun sayang?" Mingyu merengek kecil, air mata mengalir dipipinya dah terjatuh di tangan Meiyoung..

Diwaktu neneknya meninggal dia tak pernah mengeluarkan setitik pun air mata.. Disaat ayahnya memaki hamunnya mengatakan dia kurang ajar dia hanya membisu..

Selama 17 tahun dia hidup dia tak pernah menangis.. Dan harini dengan sialnya air matanya mengalir demi Meiyoung yang pada mulanya hanya mainan baginya kini telah membuatkan Mingyu berubah...

Hanya Meiyoung yang dapat membuatkan Mingyu berubah..

Ya, Mingyu sebenarnya hanya main-main dengan Meiyoung. Karena fikirnya Meiyoung lawak ketika dia menangis. Tetapi lama lama, hatinya menghangat dimana Meiyoung risau kepadanya dan menyayanginya. Melebihi ibunya yang meyayangi dirinya..

Dia dah bersumpah bahawa dia akan menjaga Meiyoung dengan sepenuh hatinya jujur saja hati dia hancur melihat Meiyoung macam ni. Dia lemah.

"Saya sayang awak Young-ie"

"Saya akan bunuh Irene kalau awak tak sedar"

Mingyu menggerakkan bahu Meiyoung tapi akhirnya dia menekup mukanya dia katil Meiyoung..

Dia tak sedar bahawa dari tadi Meiyoung sudah sedar dari tadi.. Meiyoung mengelus rambut Mingyu lembut..

"Awak ingat saya dah mati ke?"

Mingyu memandang Meiyoung dengan pandangan tak percaya

"Sayang?!"

Jeritan Mingyu membuatkan orang diluar wad menghela nafas lega.

.
.

Meiyoung dilarang keras oleh Mingyu untuk makan aiskrim dan bergerak, Dia sendiri bengong kenapa kekasihnya begitu cerewet harini...

"Tunggu kejap nanti saya datang balik.. 5 minit je okay? Tunggu"

Meiyoung memutar matanya. Dia hanya melambai kecil ketika Mingyu keluar dari wadnya..

Dia terselit rasa resah.. Dia nak melawat Chelsea tetapi Chelsea belum sedar dari koma... Mingyu pula kata Yeonwoo masih lagi belum selesai pembedahan kali kedua untuk mengeluarkan darah beku..

TOK TOK TOK

Seorang jururawat perempuan masuk membawa kotak di tangan sambil tersenyum.. Meiyoung bingung melihat kotak itu...

School Prince VS Nerdy GirlWhere stories live. Discover now