one;

357 22 5
                                    

"Sayang ... saya nak awak uhuk uhuk !" Dia terus memuntahkan air arak yang diminumnya lebih daripada tiga botol . Gila , taehyung memang gila . Sebab Chaerin curang dia terus tak betul.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah di laluan lorong yang gelap , kelihatan si Miera yang baru pulang dari kerja . Bising tak nak lalu depan club yang serba serabut tu , jadi dia pergi lalu di bahagian belakang bangunan2 itu . Takde lah gelap mana , ada lampu jalan .

Tiba2 Miera terdengar suara orang . Dia menolah ke kiri dan ke kenan, dari mana datangnya suara itu ?

" Chaerin bodoh ! Aku punya sayang kau separuh nyawa aku , kau curang ?! Kau memang bodoh chaerin ! " kelihatan sesusuk tubuh seorang lelaki yang sedang berguling2 di atas lantai jalan tepi kotak2 . Huish teruk beno broken nya tu.

Miera dengan beraninya menghampiri lelaki itu , yaakksss ! Bau alkohol dia kuat nak mati eww . Bape botol dia telan ni ?!

" Encik , encik okay ke ? Encik mabuk ni !" Jerit miera , yelah orang mabuk ni bukan betul sangat pun. Dengar ke tak orang sekeliling cakap . Hish . Nak tinggalkan tak sampai hati pulak .

" Chaerin awak datang balik ? Saya tahu awak sayang saya hik ! Saya pun sayang awak hik ! " kata dia sambil sedu . Teruk sangat dia ni . Nak buat apa ni ?

Tiba2 lelaki itu menarik pinggang miera dan miera terjatuh keatasnya . Ah sudah ! Bergelut lah budak dua orang tu atas jalan . Miera bergelut nak lepaskan diri , yang lelaki itu masih memeluknya . Gila betul.

" Encik sekejap ! Okok saya bawak encik balik ye ?" Kata miera , terpaksa lah dia buat keputusan bodoh ni .

Skip

Sampai sahaja di kondo miliknya , dengan bersusah payah si miera tu membawa lelaki yang tinggi lampai itu masuk ke dalam rumah . Sepanjang perjalanan tadi berapa kali nak kejar dia dari lari ke tengah jalan . Haih last2 mereng jugak miera sekali dengan lelaki ni.

Dia meletakkan lelaki itu diatas sofa , nak sediakan bilik. Ada dua bilik dalam kondo ini , mewah la jugak. Tapi bilik itu tak pernah digunakan kecuali untuk kawannya Aena datang menumpang tidur .

Dia membawa lelaki itu ke bilik . Berat ! Dicampakannya saja lelaki itu di atas katil . Lantak sana , cukup baik dia bawak balik dari biarkan kat tepi jalan tu . Yelah tengok pakaian dia , gucci kot ! Kemeja dia tu ha , mahal siot . Dia tahu la sebab dia pun minat gucci. Tengok cara pakaian ni macam orang selalu ada di pejabat . Cuma coat takde.

Miera mengeluarkan dompet dan kunci kereta dari poket lelaki itu , kang tak selesa pula dia tidur dengan barang2 dalam poket. Nak cek ke tak ic dia ? Yelah nak tahu nama dia siapa. Tak payah lah . Esok2 jelah soal siasat ke apa . Penat ni.

Miera baru sahaja mahu melangkah keluar dari bilik itu , lelaki itu memanggil lagi nama chaerin .

" Chaerin , awak nampak sexy malam ni .. saya suka .. " kata dia sambil mata yang separuh terbuka dan terkangkang atas katil tu .

Gila betul , baik aku blah cepat kang lain jadinya. Mamat tu teruk beno putus cintanya . Ish ish.

CUMA KITA . ☆ KTH☆ COMPLETE Where stories live. Discover now