24;

136 8 0
                                    

Aku mencari2 mana daun bawang and halia yang aku letak semalam ? Haaa jumpa . Potong2 hiris then sambung buat bubur ayam tuk taehyung tu.

Mood dia kejap okay kejap tak buat aku keliru. Keliru dengan perasaan aku . Dia buat aku lupakan sedikit sebanyak tentang park jimin . Memang lah tak sweet tapi em , maybe sebab asyik fikirkan masalah taehyung ni , aku melupakan memori aku dengan jimin.

Aku dah jadi isteri orang , dah bawah tanggungjawab dia . Patut ke aku fikir pasal park jimin lagi.

Mungkin aku kene bersabar dan menunggu kim taehyung yang sebenar kembali. Ya itu pasti.

Tapi kalau dia dah kembali , adakah tugas ku sudah selesai dan bercerai ? Mesti tak kan hahahah. Tapi tu lah , plan nya sampai situ je , sampai taehyung sembuh. So ?

Eh kenapa aku nak kene pikir semua ni ? Jangan cakap aku taknak tinggalkan dia hahahah tu lawak weh . Lawak ... ke ? Lawak ke kalau dah jatuh cinta dengan suami sendiri ?

Aku menepuk pipi aku. Jauh pulak termenungnya . Si taehyung tu mati kebuluran pulak kang . Eh mulut lancang betul hehe sorry guys.

" Kim tae - ehhh taehyungg why ni ? Kenapa kat sini ?" Dengan gelabahnya aku meluru ke arah taehyung yang dah menangis2 tepi dinding pintu. Mamat  ni dah kenapa ?

Kemudian aku berlari untuk meletakkan dulang makanan di atas meja .

" Mie- mierraaa pegi mana ? Kenapa tinggalkan tae tae ?!!! " raung dia . Yatuhan kenapa pulak dia ni masalah mental betullah ! Aih.

" Taee, yeye saya ada ni . Meh meh makan meh" pujuk aku . Aduyai pepelik je perangai .

" Taetae takut miera tinggalkan taetaeeee , hwaaa ... jangan lah tinggalkan taetae sorang2 lagiiii ... " meleleh hingus and air mata dia . Taetae ? Wait , nama manja ke?

Aku membawa dia naik ke atas katil dan mendudukkan nya . Lalu aku mengelap air mata dia menggunakan tuala putih yang diambil didalam almarinya . Aku kembali duduk disebelahnya.

" miera suapkan taehyung okay " ujarku lembut . Takut dia beremosi lagi.

" Taehyung ? taetae la ! Em ! " rajuknya pula, sambil menunjukkan muncung serupa itik. Ey nak diluku laki demam pulak . Skang aku pelik dengan dia , mana datangnya perangai dia ni ?

" okay2 taetae . Yeye miera suapkan taetae okay ?" Ujarku lagi.

Aku menyuapkan dia dan dia dengan senyuman kebudak budakkan dia tu bukan main lebar lagi happy lagi ha aku suapkan. Aku pelik , tapi diam je . Melayan kerenah dia .

" Terima kasih miera cantik . Heheh " kata dia bila aku dah habis suap . Taknak tambah katanya . Lantak lah.

DIA KATA AKU CANTIK GUYS KANAUABAYAHJA

Selepas memberi dia makan ubat , tak lama lepas tu dia terus tidur . Aku ? Call omma dia dulu . Curious dengan perkara ni .

" hello omma , nak tanya ni taehyung memang manja ke kalau demam ?"

" haa ye , haah . Emosi dia kalau demam macam budak2 tak cukup umur , kenapa dia demam ke ?" Tanya omma nya . Aku cuma jujur menjawab iya.

" Jaga je lah dia , dia memang perlukan perhatian lebih , menangis merengek tu benda biasa , harap kamu faham la , dari kecil dia memang macamtu " terang omma nya .

Aku meng end kan call tadi. Memandang muka bersih taehyung ketika ini. Muka innocent.

"Awak buat saya tak kuat taehyung . Personaliti awak berubah2 . Buat saya kadang benci kadang....


Sayang" ..

CUMA KITA . ☆ KTH☆ COMPLETE Where stories live. Discover now