27;

134 10 1
                                    

Setelah habis makan dekat food court tepi pantai , aku terus berlari ke arah gigi pantai . Dengan dress biru cair bercorak bunga2 putih and topi pantai putih , aku nak selfie puas2 . Dah petang tak panas sangat  , lawa pemandangan ni .

" Lari2 jatuh kang aku gelakkan je kau " ujar dia dengan melangkah ke arah aku yang sedang membuka selipar . Aku memalaunya , biar kan dia . Aku nak main air .

" ARGHH SEJUK !" taehyung menjerit . Aku memandangnya yang bajunya sudah pun basah akibat air laut yang terpecik di batu pantai.

" HAHAHAHAHAHA PADAN MUKA HAHAHAHAHHA " ha gelak besar la aku apa lagi . Dia memandang aku dengan muka sebal , aku tak kisah , aku nak gelak jugak .

" Kau .. amik ni !" Kata dia sambil menyimbah air kemuka aku . sejuk woi ! Kami terus bermain simbah2 air di tepi pantai , macam scene romantik di dalam drama2 cinta sambil dikelilingi monyet2 yang menaburkan bunga.

Wait kenapa monyet tetiba ? '3'

Kalini aku melihat taehyung dengan side yang penuh dengan kasih sayang . Senyuman lebar yang menghiasi bibir sehingga menampakkan garisan giginya yang tersusun rapi menambat hati perempuan ku. Dia handsome , sempurna . Model lah katakan .

Aku berhenti menyimbah lalu menikmati pemandangan wajah muka taehyung yang kini masih tersenyum girang sambil membetulkan rambutnya yang sedikit kusut .

Boleh tak aku nak berhentikan waktu sekarang ni ?

Boleh tak aku nak tangkap gambar dia ? Gambar dia yang sedang tersenyum ni ?

" Termenung apa ?" Dia menegur aku , eh dah ada kat sebelah ? Hahah jauh aku termenung . Aku tertunduk malu lagi sekali , kantoi usya dia .

" Aku tahu aku handsome , bertuah kau dapat aku sebagai suami kan ? Dah lah handsome , hebat , pandai , baik hati .. ouch !" Kata2 dia terhenti bila aku mencubit lengannya . Eh berani dah main cubit2 .

" Perasan . " kataku sepatah lalu memandang ke hadapan . Menikmati warna laut yang indah.

Tiba2 satu tangan melingkar di bahuku . Aku memandang dia, siapa lagi kalau bukan taehyung ?

" Maaf sebab ego .. " kata dia tanpa memandang aku tapi turut pandang ke arah laut. Aku cuma diam , terus pandang dia dan menunggu ucapan seterusnya .

" Maaf sebab berkasar .. menuduh awak yang bukan2 ... salah sangka , menampar awak.. " kata2 dia terhenti lagi. Tapi kalini dia pandang aku , muka kami cuma beberapa inci sahaja sekarang.

Kemudian dia membawa aku duduk di atas pasir . Aku menuruti sahaja . Tangan dia masih di atas bahuku.

" maaf jugak sebab terlalu handsome sampai buat awak blushing and berangan tadi , jangan cubit hahaha" kata dia bila aku dah start menggerakkan tangan .

" Saya janji , saya akan jaga awak , macam mana suami lain menjaga isteri dia . Jadi kawan , jadi pakwe , jadi peneman setia awak . " ujar dia lagi dengan senyuman ikhlas.

Tiada lagi aku kau.

Tiada lagi pandangan benci.

Tiada lagi kata2 kasar .

Sekarang taehyung yang lain .

" Tak nak dah ke kat chaerin ?" Aku cuba menduga . Dia menarik muka masam lalu memandang semula ke hadapan.

" Cukuplah , saya taknak diperbodohkan . Saya harap awak tak buat saya macamtu jugak " kata dia .

Aku memeluk lengan dia .

" Tak , saya pun dah lupa kan masa silam kita . " ujar aku. Dia meletakkan kepala dia di atas kepala aku .

Mungkin inilah masa untuk bahagia .




Tamat .






TIPU JE AGAAGGAGAGA

CUMA KITA . ☆ KTH☆ COMPLETE Where stories live. Discover now