37;

131 6 0
                                    

Mama papa aku senyap , omma appa taehyung pun senyap . Hoseok oppa , aena dan jugak jungkook pun ada bersama jimin. Semua dalam ward aku sekarang ni.

" kenapa tak bagi tahu dengan kami tentang masalah kamu ni ?" Tanya appa taehyung sambil memandang aku dari sofa dalam ward ini.

" miera taknak susahkan semua orang " jawab aku perlahan. Mereka masing2 mengeluh.

" Aena mintak maaf , aena tahu semua tapi , miera suruh rahsiakan" kata aena pula.

" betul ke kamu nak pergi ke sana sendiri ? Taknak mama teman ? " tanya mama kepada aku . Aku menggeleng sambil tersenyum lemah.

" Bagi miera jauh dari semua orang dulu . Miera nak tenangkan fikiran . " jawab aku.

Aku nak pergi ke malaysia , duduk dekat sana atas jagaan Iman Raqib , korean muslim kawan jungkook dalam perniagaan minyak wangi dan pusat penginapan perlancongan mereka. Keluarga dia menatap di sana hampir 5 tahun dan telah membuka rumah penginapan untuk para pelancong di langkawi. Aku tahu semua ni pun sebab aena dan jungkook pernah cerita . So aku nak pergi sana untuk sementara waktu.

Keluarga Iman dah tau niat aku untuk kesana setelah sejam kami tadi kami berhubung , tentang masalah aku dengan taehyung pun mereka tahu. Bukan nak buka pekung di dada , cerita pasal masalah rumah tangga sendiri dekat orang luar , tapi ini adalah jalan yang terbaik untuk aku membawa diri.

" Nak duduk berapa lama kat sana ? Baby tu macam mana ?" Tanya omma taehyung pula . Aku tersenyum kecil.

" Saya taktahu berapa lama saya kat sana , tapi sampai saya rasa saya cukup kuat , saya akan balik " jawab aku tenang .

Disebabkan luka bahagian perut dan dalaman aku tak berapa teruk , 3 hari aku dekat hospital ni dan aku akan terus ke malaysia selepas itu. Taknak bertangguh, aku perlukan masa untuk pulih dari luka ini. Luka yang taehyung dah bagi kat aku.

" Kalau macam tu , aku dengan kook pergi rumah kau sekarang untuk packing semua baju kau memandangkan aku rasa lama kau dekat sana " kata dia .

Aku tahu lari dari masalah bukan penyelesaian , tapi buat masa ni aku nak lari dulu dari pandang muka taehyung.

Aena pov

Kook memakirkan kereta kami dihadapan mini banglo miera dan taehyung. Aku tanpa berlengah terus mengetuk pintu rumah tanpa menekan loceng . Malas buang masa.

Setelah beberapa kali diketuk , terjengul kepala manusia yang menyakitkan hati aku sekarang ni , kim taehyung dayus. Rasa nak lempang mamat ni tapi aku tahan . Aku meluru masuk tanpa berkata apa2.

" Kau pehal ni ?" Tanya taehyung , aku memalingkan badan memandang dia . Ternampak kook yang juga berada dimuka pintu. Risau kot aku kene tibai macam mana miera kena.

" Aku nak packing semuaaaaaaa barang2 baju2 wife kau . Oh wife ke ? Tah lah tiba2 rasa tak layak pulak bila fikir kau husbandnya " ha amik aku bagi sedas . Aku savage memang tahap yoongi punya , heol abang angkat aku tu . Ex miera waktu sekolah.

" Pergi mana ?" Tanya dia lagi. Aku tergelak sambil memandang kook . Dia menggeleng tanda ' jangan bagi taehyung mengamuk' . Ah peduli apa aku .

" Tak payah tanya lah , kau pun bukan sayang dia kan ? Tibai dia sampai tak hengat dunia " aku terus naik ke bilik mereka untuk mengemas barang2 miera. Aku pandang sekilas rumah , berterabur . Darah kering pun ada lagi . Lantak macam kandang binatang dah aku tengok , tak terurus macam taehyung tu.

Skip.

" Betul ni kau boleh jaga diri ? " untuk ke berapa ratus kali aku tanya miera. Yelah risau kot luka tak baik lagi da naik flight sorang2 , kalau pengsan ke apa macam mana ?

" Aku okay srs. Taknak la susahkan korang lagi , dah la baru kawin da kene pikir pasal masalah aku pulak " ujar dia . Aku mengeluh untuk yang ke seribu kali . RISAU.

" Yelah2 . Apa2 call tau. Mak iman tu baik . Keluarga dia semua baik " sampuk kook bila nampak air mata aku dah bergenang . Bakal berdrama guys .

Setelah menyalam dan memeluk semua termasuk jimin , miera terus ke bahagian pelepasan . Kami melambaikan tangan untuk dia.

" Jangan lama2 sampai bersalin kat sana pulak ! Aku nak jadi orang terawal tengok baby !" Jerit aku sampai nangis. I'm such a cry baby .

Jungkook memeluk aku. Awhhh nak ikutttt miera .

CUMA KITA . ☆ KTH☆ COMPLETE Where stories live. Discover now