44;

110 6 0
                                    

" Taehyung jaga miera ye ? Nanti ada rezki mak datang sana lawat kamu berdua." Kata mak sambil menitiskan air mata .

" Mak betul ni taknak ikut kami pergi airport sekali ?" Tanya aku kepada mak . Miera dah nangis2 dah ni aduh drama .

" Takpe lah , nanti mak nangis lagi teruk bila tengok kamu berdua kat sana . " kata mak lagi. Aku tergelak. Aku tengok iman punya hingus dah leleh2 . Alahaiiii.

" Akakkk ngan abang kejam .. huhuhu iman taknak kawan " iman ni manja budaknya . Yelah anak last pulak kan . Aku dah anggap dia macam adik sendiri selama aku dekat sini , lagipun dia yang jaga miera sewaktu ketiadaan aku.

" Mak terima kasih sebab jaga miera selama ni , jaga makan minum miera layan miera macam family . Terima kasih sangat2" ujar miera sambil memeluk dan mencium tangan mak . Aku pulak yang sebak dengar ayat tu.

" iman , terima kasih ya untuk layan akak suka makan kepah , bukan senang nak kutip kepah setiap kali akak mengidam , thanks jugak sebab layana akak baikkk sangat." Ujar dia sambil memandang iman. Iman mengangguk.

Setelah selesai semua , kami berangkat pulang . Kami mengambil teksi untuk ke airport.

" Dah2 takmo nangis , comot dah ni . Sshh2 nanti kita datang sini lagi atau suruh dorang duduk rumah kita okay ?" Pujuk aku kepada miera yang masih tersedu sedan. Aku memeluk dia dan menggenggam tangan dia.

Sepanjang dalam perjalanan penerbangan kami , aku memerhatikan miera . Takut2 dia mabuk pesawat atau tak sihat . Tapi dia nampak okay .

" dari korea ke ?" Tanya pakcik disebelah kami , dia seperti dari india. Tapi berbahasa english dengan kami sewaktu bertanya.

" Ye dari korea tapi nak balik kesana selepas bercuti ke malaysia . " ujar miera . Aku kurang pandai berspeaking . Terabur2 tu boleh la.

" Kamu berdua nampak sepadan bersama , sama macam kami sewaktu dahulu. Semoga bahagia selalu " kata dia sambil mengusap sebuah pasu yang dipeluknya . Pasu yang bertutup untuk abu mayat.

" isteri pakcik ke ni ? Nak bawak dia kemana ?" Tanya miera dengan berhati2 . Takut dia terasa.

" isteri saya buat wasiat , selepas dia meninggal , dia nak abu mayat dia di alirkan di sungai han korea , sebab tu pakcik pergi ni. Dia sangat sukakan korea. Demi cinta pakcik kepada dia , pakcik tunaikan permintaan terakhir dia   " terang pakcik itu dengan linangan air mata.

Aku menggenggan erat tangan miera yang dah nak mengalirkan air mata. Sebak mendengar ayat pakcik tadi.

Setelah beberapa jam dalam perjalanan pulang , akhirnya kami selamat sampai dirumah. Sekarang aku sedang membantu miera untuk mengemas semua barang2 dia yang dia bawak lari ke malaysia.

" Banyak betul barang awak bawak pergi sana , kalau boleh nak bawak rumah sekali eh ?" Perli aku sengaja nak usik dia.

" Aena lah , saya dah kata bawak yang penting tapi dia bawak semua ni manalah saya tau hahaha " kata dia. Aku tergelak.

" Awak , setia betul cinta pakcik tu tadi even wife dia dah takde kan ?" Ujar miera lagi. Aku terdiam.

" Awak akan janji untuk sayang saya macam tu kan ? Walaupun saya dah takde ?" Tanya dia sambil memeluk lengan aku.

" Apa awak merepek ni ? Ye saya akan jaga and cinta kan awak sampai akhir hayat saya . Janji " kata aku. Dia tersenyum manis.

Jangan la ucapkan yang bukan2 wahai wife ku..

CUMA KITA . ☆ KTH☆ COMPLETE Where stories live. Discover now