43;

129 5 0
                                    

Harini taehyung membawa kami jalan2 di sekitar langkawi . Dia kata taknak pergi jauh takut aku penat. Semua orang sekeliling aku akan risau sedangkan aku ni rileks je macam takde apa . Siapa yang pregnant skang ni ? Hahahah

So sekarang kami dekat sebuah pulau di digelar tasik dayang bunting . Mengikut maksud kalau dalam english or korean , pulau tu macam bentuk orang pregnant, mitos. Mementang aku pregnant dia bawak gi sini.

" Cantik nyaa pemandangan kat siniii " kata aku sambil menghirup udara segar. Wuhu siapa kata malaysia tak best, best tau dah la tenang je . Aku mula jatuh cinta dengan negara ni.

" Meh sini saya ambil gambar awak "kata taehyung . Dia mengambil gambar aku yang berlatar belakangkan tasik yang cantik. Boleh jadikan kenangan ni.

Memandangkan lusa dah nak balik , alang2 kami jalan2 dengan iman and mak untuk meluangkan masa lebih bersama diluar . Yelah kan , selama seminggu lebih buat aktiviti dekat rumah je , taehyung tak habis2 main lumpur. Suka pulak dia .

" Ish awak stop kejap ! Kalau terpijak then jatuh macam mana ? Kesian baby taera sakit nanti " kata dia sambil menunduk dan mengikatkan tali kasut converse pink putih aku.

" Baby taera ? Nama baby ke ?" Tanya aku lagi. Ey comel pulak nama tu !

" Yelah , tae+miera : taera . Pandai kan saya . Papa pandai kan ?" Kata dia depan perut aku lagi. Habit setiap suami . Huhu.

" Taehyung miera , ni ha iman dah carikan buah manggis ni . Boleh bawak balik ke sana nanti. Buat jus pun elok untuk miera " kata mak kepada kami. Banyak gila buah manggis . Bukan mahal ke buah ni ?

" mak banyak nya mak beli berplastik2 ni . Susah2 je la . " taehyung bersuara. Eh jap bila dia panggil mak ni mak jugak ? Bukan makcik ?

" Alah tae , mak rapat dengan pakcik yang jual tu. Dia dengar orang korea nak balik sana mak cakap , terus dia bagi discount hehe " kata mak sambil membetulkan selendang yang dipakai . Mak masih cantik dan awet muda .

" Mak , sebelum kami balik , kami nak lah jumpa dengan abang iman , Azim . " ujar aku lagi.

Selama aku dekat sini lima bulan lebih , dua kali saja aku berjumpa dengan dia . Dia berkerja sebagai tentera laut , susah nak balik rumah. Sebelum balik ni nak lah berterima kasih dengan dia sekeluarga.

" Nanti mak tanya dia boleh balik ke tak ye miera ? Dah jum kita pergi kedai cendol bakar , kita makan situ. Murah dan sedap " kata mak . Iman senyap saja .

" Iman okay ? Kenapa monyok je ni ?" Tanya aku. Dia masih diam sambil membuat muka muramnya tu. Eh pelik pulak dia kalau moody ni.

" Hm merajuk katanya , dengar kamu dah nak balik" kata mak lagi sambil berjalan dan memegang kepala iman . Iman memeluk lengan mak . Manjanya mereka.

" Alah iman , nanti iman datang korea lah , duduk rumah akak . Ajak mak sekali " kata taehyung sambil menggenggam erat tangan aku. Aku membalas genggaman.

" Cendol sini , yang ada kacang merah besar2 tu eh ?" Tanya taehyung kepada mak . Mak menggangguk.

"Saya rasa , ni lah tempat yang oppa awak oderkan delivery cendol waktu saya craving tu " bisik taehyung sambil duduk di kerusi .

" Pfttt.. hahah . Ha ni lepas craving lagi. " gelak aku. Adui lawak bila fikir balik.

Tiba2 ada lelaki yang bangun dari meja sambil menjawab telefon , terlanggar beg tangan aku sehingga terjatuh dari atas meja. Kami terkejut. Aihh , panas2 kat langkawi ni boleh pulak dia siap berhoodie dan bermask muka. Pelik.

" Sorry tak sengaja " kata dia lalu bergegas pergi.

" Pelik nya " ujar taehyung dan mengambil beg tangan aku dan meletakkannya kembali di atas meja. Aku memandang lelaki tadi yang mengambil boat untuk ke jeti sebelah sana . Aku macam kenal dia , macam pernah nampak. Body dia tu and suara tu macam familiar sangat. Kat mana eh ?

" nak order apa lagi awak ?" Tanya taehyung kepada aku. Aku terkejut.

" ha takde . Tu jelah " aku memandang orang yang mengambil order , seorang budak perempuan yang berusia mungkin dalam lingkungan 9 tahun berwajah cina. Comel. Patutlah taehyung asyik senyum2 je . Dia sukakan budak2.

Skip*

Chaerin pov

" SIAL BETINA TU ! KENAPA TAEHYUNG MASIH NAK KAT DIA ISH " jerit aku. Perempuan tu patut mati. Aku tak suka, plan aku untuk dapatkan taehyung kembali hancur macam tu je .

Aku suruh namjoon ke malaysia untuk intip mereka . Sebab aku tahu taehyung pergi sana nak pujuk dia . Aku ingat lepas ni boleh la aku teruskan plan tapi tak boleh jugak !

Okay fine . Kalau aku tak dapat taehyung . Perempuan tu pun tak boleh dapat dia.

Taehyung bukan milik sesiapa selain aku.

SIAP KAU POMPUAN.

CUMA KITA . ☆ KTH☆ COMPLETE Where stories live. Discover now