JARUM jam dikerling sekilas. Sudah masuk pukul enam petang. Namun, suaminya itu masih belum pulang. Ke mana pula dia pergi? Fazliatun mundar-mandir di ruang tamu. Bosan pula dia keseorangan tanpa teman berbual. Mujurlah semalam, tidak berlaku sebarang perkara tidak diingini. Semasa Firman dan Raihana menghantarnya di depan pintu pagar banglo, suaminya masih belum pulang. Hatinya benar-benar lega.
Fazliatun berlalu ke ruang dapur. Dia memanaskan lauk dan nasi. Manalah tahu sekejap lagi Tengku Fazrul Shah balik. Sambil menghidupkan api dapur, fikirannya melayang jauh memikirkan suaminya. Tidak menyangka, dalam tempoh sebulan lebih kahwin...macam-macam perkara berlaku dalam hidup mereka berdua. Selepas gaduh dan bertengkar, akhirnya berbaik semula.
Selepas ini Fazliatun tidak tahu bagaimana dengan nasibnya. Dalam pada itu, dia menghitung baki masa yang tinggal untuk menjadi isteri sementara Tengku Fazrul Shah. Ada lebih kurang sepuluh bulan lagi peluangnya merasai hidup sebagai isteri orang kaya. Sebaik tamat tempoh itu, mereka akan terpisah secara rasmi. Dan statusnya akan berubah 360 darjah dengan gelaran janda muda.
Rahsia besar ini hanya dia, suaminya dan Rizal saja yang tahu. Kawan baiknya, Raihana pun tidak tahu. Dia tidak akan pernah menceritakan perkara ini kepada Raihana. Dia tak mahu cerita itu tersebar ke mulut-mulut orang yang tidak boleh dipercayai. Biarlah perkahwinan ini kekal menjadi rahsia sampai bila-bila. Lagipun, dia sudah boleh tersenyum kerana gaji sepuluh ribu yang diidam-idamkan sudah pun menjadi kenyataan. Apa lagi yang dia mahukan?
Fazliatun segera mematikan api dapur. Kemudian, dia membuat air lemon juice. Teringat pula dia pada keluarganya. Rindu sangat. Jika suaminya pulang nanti, dia mahu mengajak lelaki itu pulang ke rumah keluarganya pada hujung minggu ini. Dia mahu memberi ayahnya sedikit wang untuk perbelanjaan harian. Duit selebihnya akan di simpan dalam akaun Maybank.
Sambil menunggu Tengku Fazrul Shah pulang, dia membuka televisyen di ruang tamu. Ralit benar dia menonton sampai tak sedar suaminya pulang.
"You masak apa hari ni?" soal suaminya lembut.
"Saya masak lauk ikan keli masak cili hijau. Encik makan ke lauk macam tu?" Fazliatun bertanya bagaikan orang bodoh.
"Mestilah makan. Isteri I yang masakkan. Mesti special." Ramah sekali mulut Tengku Fazrul Shah. Sejak semalam, tak sudah-sudah dia tersenyum. Perangainya kembali romantik seperti mula-mula kahwin dulu.
"Encik mandilah dulu. Lepas tu baru turun makan."
"Kejap lagilah baru mandi. I nak makan dengan you." Tubuh Tengku Fazrul Shah begitu hampir dengan isterinya.
"Tak senonohlah encik ni. Pergilah mandi. Masam tahu tak bau encik. Nak termuntah saya ni," kata Fazliatun sambil menutup hidung. Dia beralih sedikit dari tubuh suaminya.
"Mana ada masam. Pandai-pandai aje dia. I dah sembur minyak wangi satu badan tau. Meh sini cuba bau kalau tak percaya."
Tengku Fazrul Shah melonggarkan ikatan tali leher dan membuka butang kemejanya. Dia sengaja mendekatkan tubuhnya dengan Fazliatun. Makin rimas Fazliatun. Dia segera beralih ke tempat lain.
"Tak naklah saya." Fazliatun buat muka.
"Buatlah muka macam tu. You ingat lawalah tu."
"Biarlah!"
Geram pula Tengku Fazrul Shah melihat isterinya. Macam nak cubit-cubit aje pipi dia. Geram sangat.
"Pergilah mandi, encik! Saya dah panaskan lauk tu. Nanti sejuk pulak. Tak sedap nak makan lauk sejuk-sejuk ni."
"You tak nak ikut I mandi ke?" usik Tengku Fazrul Shah.
"Ish...nak buat apa? Merepek."
"Haha. Tau takut." Galak benar dia mengusik Fazliatun.
YOU ARE READING
Isteri Sementara
RomanceGara-gara mengejar gaji sebanyak Rm 10,000 sebulan, Fazliatun membuat kerja gila dengan cara menjadi isteri sementara Tengku Fazrul Shah. Akibatnya, dia terperangkap dalam jerat yang di bina sendiri. Hidupnya berubah seratus peratus semenjak menja...