Bab 76

14.5K 274 3
                                    

LEBIH kurang pukul tiga petang, Nauri keluar dari rumah untuk bertemu dengan Rizal. Seperti yang telah mereka rancangkan, hari ini merupakan hari paling sesuai untuk bertindak. Tempat sudah pun ada. Hanya menunggu langkah seterusnya saja.

"I rasa kita perlu culik pompuan tu petang ni juga. Kita dah tak ada banyak masa lagi," kata Nauri agak yakin.

"You tahukan rumah dia kat mana?" Rizal bertanya.

"Tahu. I dah upah tiga orang lelaki untuk culik dia. Kejap lagi, dia orang sampai."

"Bagus. I tak sabar nak balas dendam kat Rul. Nyawa adik I perlu ditebus dengan nyawa juga. Barulah puas hati I kalau tengok Tun mati."

"Ikut youlah. Janji, you tak libatkan I dalam hal ni. You nak bunuh, bunuhlah. Habis tu, macam mana dengan perempuan tua tu? Nak buat apa?"

"Yang tu tak termasuk dalam dendam I. Kita jadikan aje dia sebagai tebusan. Sama jugak macam Tun. You kiralah berapa duit yang kita dapat kalau dua orang. Dah tentu banyak." Rizal ketawa. Saat itu, bagaikan terbayang-bayang duit jatuh dari langit. Kerana duit, manusia sanggup melakukan apa sahaja asalkan hajat di hati terlaksana.

"Erm, bagus juga cadangan tu. Menarik."

"Pandai kan I ni?"

"Bolehlah."

"Macam tak ikhlas aje puji."

"Ikhlaslah tu."

Ketika mereka sibuk berbual, tiba-tiba muncul sebuah van berwarna putih di bahu jalan. Pantas mereka menoleh. Kelihatan, ada tiga orang lelaki bertubuh sasa sedang keluar lalu menuju ke arah mereka.

"Macam mana dengan plan yang bos rancangkan tu? Jadi ke?" soal Darus yang memakai seluar jeans dan singlet berwarna hitam.

"Jadi."

Nauri mengeluarkan sekeping gambar dari dalam begnya. "Ni dia gambar perempuan tu. Kat belakang gambar tu ada alamat dia. Pandai-pandailah you all nak buat kerja. Untuk permulaan ni, I akan bagi separuh dulu duit upah. Kalau misi kita berjaya, I akan serahkan lagi duit baki tu."

"Kalau dah dapat culik dia, terus call aku. Aku akan tunjukkan kat mana korang perlu bawa dia nanti," ujar Rizal pula.

Mereka bertiga mengangguk faham. Kerja mudah seperti itu cukup senang dilakukan. Kecil sahaja bagi mereka. Kalau diupah untuk membunuh, mereka pun boleh lakukan. Asalkan upah yang diberi setimpal dengan kerja yang dibuat.

"Tapi ingat, jangan apa-apakan perempuan tu! Kerja korang cuma culik dia aje. Lepas tu, boleh ambil duit dan berambus."

"Kami faham, bos."

"Ada apa-apa pertanyaan tak?"

"Kat mana kami nak jumpa bos kalau dah dapat culik dia?"

"Kan aku dah cakap. Call aje aku. Nanti aku bagitahu kat mana kita akan jumpa," jelas Rizal lagi.

"Ada lagi soalan?"

"Tak ada."

"Kalau tak ada, you all boleh pergi sekarang! Cepat! Jangan buang masa," arah Nauri tegas.

"Baik, bos."

Tanpa melengahkan masa, Darus dan dua orang kawannya terus bergerak. Cepat sahaja mereka berlalu meninggalkan kawasan yang agak terpencil itu.

"I tengok dia orang tu macam boleh buat kerja ni dengan sempurna. Pandai jugak you pilih."

"Bukan susah sangat pun nak cari. Kat Kuala Lumpur ni, macam-macam orang ada. Janji ada duit, semua boleh jadi."

Isteri SementaraWhere stories live. Discover now