BAB 9 - PERANGKAP

2.8K 75 25
                                    

Flashback on

Semasa rudy berjalan² sambil mencari keberadaan ali , tetiba dia ternampak seperti bayang seseorang di sebalik dinding. Dia ingin mengetahui siapa di sebalik dinding tersebut kemudian dia terus meluru ke arah dinding itu. Sesampainya di sebalik dinding itu , dia terkejut kerana melihat seseorang yang memakai topeng tiba-tiba memukul tengkuknya menggunakan kayu. Tak lama selepas itu , kepalanya terasa berat dan terus dia pitam di situ. Orang itu hanya smirk melihat rudy yang sudah pengsan itu.

"Hehh , mudahh 😏" ujarnya dan mengangkat tubuh rudy ke kawasan yang orang jarang guna a.k.a tempat bossnya.

Flashback off

3 jam kemudian

Ali terjaga dari tidurnya dalam keadaan yang amat letih dan masih dalam posisi meniarap. Kemudian matanya melirik ke arah rudy yang sedang duduk terikat di sebuah bangku di tepi katil yang menghadapnya dan rudy sedang memerhatikannya.

"Ru..rud...rudyy..." perlahan suara ali memanggil rudy.

Rudy merasa sangat kasihan pada ali. "Ye ali.. Tolong bukakkan tali ni , boleh ? Kau larat tak untuk bangun ?" Pinta rudy pada ali.

Ali hanya mampu menggelengkan kepala secara perlahan menandakan dia terlalu lemah untuk bangun. Kemudian rudy mengangguk semula tanda dia paham dengan keadaan ali. Mujur viktor belum masuk ke bilik itu lagi.

"Sebab ni ke kau jauhkan diri kau dari aku ?" Rudy bertanya ingin kepastian. Ali mengangguk perlahan dan berkata...

"Maaf, aa...akuu.. Terpaksa.." Air mata ali jatuh mengalir di pipi kerana dia terlalu sedih ketika itu. Andai dia dapat undurkan masa dan terima viktor jadi kekasihnya walaupun hatinya tak rela tentu ini semua takkan terjadi. Tentu jet tak mati ditangan viktor dan tentu rudy takkan jadi mangsa keadaan. Ali benar² sedih sekarang. Dia hanya berharap agar ada yang datang menyelamatkannya dan rudy dan berharap agar mereka berdua selamat.

Rudy yang ternampak tangisan ali terus memujuknya..

"Shhh alii.. Jangan menangis , aku paham perasaan kau. Aku harap kita berdua disini takkan di apa-apakan oleh dia dan aku janji aku akan lindungi kau sehingga hujung nyawa aku. Aku janji ali !" Rudy benar² ingin melindungi ali. Dia tahu ali terlalu lemah untuk melindungi dirinya sendiri apatah lagi ingin melepaskan dirinya dari si psiko itu.

Tak lama kemudian, viktor masuk kebilik itu dengan membawa bungkusan seperti makanan untuk dua orang mangsanya.

"Nah ! Makan ni. Kalau tak makan siap ! Aku kerjakan korang nanti." Viktor kemudiannya melepaskan tali yang mengikat rudy itu. Rudy hanya memandangnya dengan muka dinginnya itu. Kemudian bungkusan makanan itu viktor meletakkan di atas katil dan keluar semula daripada bilik itu.

[C] Psiko Ejen Ali VersionWhere stories live. Discover now