BAB 13 - BALAS DENDAM

2K 73 21
                                    

Semasa dalam bilik rawatan , rudy masih lagi menjaga ali yang sedang dalam keadaan luka parah. Rudy hanya terlelap di sisi katil ali itu.

Tak lama kemudian , Iman datang ke bilik rawatan itu.

Iman mengejutkan rudy daripada tidurnya untuk memberitahu sesuatu.

"Rudy , bangun la. Ketua teras nak jumpa kau." Lembut sahaja suara Iman mengejutkan rudy dari tidurnya itu.

"Hm , okey. Kau tolong tengok² kan ali ni. Dia perlukan seseorang untuk jaga dia." Pinta rudy.

"Takpe , aku akan jaga dia elok². Jangan risau eh ?" Kata iman penuh yakin dan senyum.

Rudy pun berlalu dari situ dan terus menuju ke bilik ketua teras.

Rudy POV

Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk , kelihatan tiga ketua teras bersama empat mentornya itu di dalam bilik tersebut.

"Ada apa nak jumpa saya ?" Tanya rudy kepada mereka semua.

"Kami semua sudah buat keputusan untuk serahkan hukuman viktor kepada kamu. Mungkin kamu layak untuk hukum dia sebab kamu yang menyaksikan dia menghukum ali. Jadi , hukuman ini terserah kepada kamu." Beritahu ejen dayang selaku ketua mentor mewakili yang lain.

Ejen² yang  lain hanya mengangguk setuju dengan kata² ejen dayang itu.

Rudy terus tersenyum kerana hasratnya sudah tercapai untuk balas dendam terhadap musuhnya itu iaitu orang yang menyeksa kesayangannya.

"Terima kasih ejen dayang. Saya pergi dulu"

Mereka hanya mengangguk faham.

Rudy POV end

Di bilik rawatan ,

Ali perlahan² membuka matanya dan terlihat di hadapan matanya itu adalah wajah iman. Dia cuba untuk bergerak sedikit namun ditahan oleh iman.

"Ali , kau dah sedar ? Jangan gerak banyak sangat. Nanti luka kau terbuka." Iman risau tengok keadaan ali itu.

"I..Iman , ma..mana rudy ? Ke..Kenapa dia takde kat sisi aku ?" Tanya ali dengan sedikit nada sedih.

"Jangan risau. Rudy kena panggil dengan ketua teras. Dia yang mintak tolong aku tengok² kan kau."

"Ru..rudy kena panggil ? Kenapa ?"

"Ketua teras ada benda yang nak dibincangkan dengan dia. Takpe , dia okey je tu."

[C] Psiko Ejen Ali VersionWhere stories live. Discover now