BAB 15 - BEBAS

1.5K 77 44
                                    

Kesemua ejen-ejen muda kecuali ali telah berkumpul di arena kerana ada pengumuman yang hendak diumumkan oleh mentor-mentor.

"Kenapa ali tak boleh datang ejen leon ?" Rudy membuka mulut terlebih dahulu sebelum pengumuman diumumkan.

"Saya takut nanti dia akan jadi lebih teruk kalau dia datang sini. Saya taknak mengundang risiko." Terang ejen leon.

"Apa maksud ejen leon ?" Tanya alicia pulak.

"Nanti kamu tau. Geetha !!" Ejen leon memanggil ejen geetha yang berada di sebalik langsir di belakang itu.

Ejen geetha kemudian keluar dari langsir itu dengan membawa seseorang agak familiar di mata ejen-ejen muda itu.

"VIKTOR ?!!" Semua ejen itu menyebut nama itu kecuali rudy. Sebaliknya rudy hanya memandang ke arah lelaki itu dengan pandangan yang tajam.

Viktor tanpa rasa malu dia tunjukkan mukanya di hadapan ejen² muda itu.

"Hoii ! Kau ni memang tak malu kan ! Dasar manusia keji !" Mika berkata dengan penuh perasaan amarah.

"Hehh.. Manusia keji macam ni memang takde rasa malu. Dah la keji , kurang kasih sayang. Siapa suka ?" Alicia pula berkata sambil menyilangkan tangannya.

"Menyampahnya aku tengok muka jantan ni. Meluat." Moon pula berkata.

"Sudah². Disebabkan ali sudah pun semakin hampir untuk pulih. Pihak kami akan membebaskan dia dan kami akan menghantarnya jauh dari tempat kediaman ali supaya ali dan viktor tidak bertemu kembali." Terang ejen leon dengan suara yang tegas.

"Saya harap kamu sudah insaf ye viktor. Kasihanilah kawan kamu tu." Ejen geetha pula bersuara dengan lembut persis seorang ibu.

"Ejen geetha..." Panggil khai yang telah lama berdiam diri.

"Ye khai. Ada apa ?" Ejen geetha memalingkan kepalanya ke arah khai yang berada di belakangnya.

"Sepatutnya ejen geetha tak payah cakap berlembut dgn dia. Dia ni jahat ! Tak sesuai bercakap dgn lemah lembut." Khai meluahkan perasaan marahnya yang telah lama di pendam.

"Khai , atau kamu semua yang lain.. Semua manusia ada salah silapnya. Jadi , saya rasa dia ni mungkin dah insaf. Jadi saya akan bagi peluang kedua kat dia. Tapi , kalau saya dapat tau dia buat hal yang sama lagi mungkin dia sudah saya tanam hidup di dalam hutan sana." Kali ini ejen geetha berkata dengan muka yang serius.

Kesemua yang berada di situ termasuk viktor menelan air liur ketakutan kerana sekali ejen geetha dah mencapai ke tahap kemarahan dia , memang semua benda dia nak tanam hidup².

Okey.. Kembali seperti biasa ,

"Ejen leon , boleh saya nak bercakap dengan viktor secara bersendirian ?" Tanya rudy. Kalau boleh dia taknak sebut nama 'viktor' tu tapi dia taknak orang lain tahu yang dia ingin membalas dendam kepada viktor.

"Boleh. Viktor , pergi ikut rudy." Arah ejen leon.

Rudy dan viktor berjalan jauh sedikit dari tempat perkumpulan itu. Ejen² yang lain hanya memerhati sahaja dari jauh kemudian mereka membuat kerja masing².

Setelah memastikan 'line clear' baru rudy memulakan percakapan.

"Kau ! 'Tahniah' sangat sebab kau dah bebas. Aku 'bangga' sangat. Tapi kau hanya dapat bebas dari M.A.T.A sahaja. Bukan dari aku ! Aku takkan bebaskan kau. Kau ingat ye si*l ! Kalau aku nampak muka kau depan mata aku , sumpah memang aku akan siat² kulit kau ni. Dasar lelaki tak guna ! B*d*h si*l. Aku dapat rasakan ali menyesal kenal dengan kau. Sungguh ! Aku pun tak sangka kawan baik sendiri sanggup cederakan kawan baik dia sndiri." Dengan panjang lebar dan penuh kelembutan rudy bercakap dengam viktor. Kalau boleh , mahu sahaja dia belasah viktor kat situ jugak. Tangannya yang sudah ringan itu hanya menggepal geram. Tetapi terpaksa di tahan sebaliknya dia menggenggam bahu viktor dengan kuat sehingga viktor mengaduh kesakitan.

"A..akuu.. Nak mintak maaf dekat ali. Aku harap satu hari nanti aku dapat jumpa dia." Kata viktor dengan nada penuh kesal.

"Hehh... Ali akan sentiasa ada dengan aku setiap masa ! Kalau aku nampak kau cuba dekati dia , nahas kau ! Innalillah agaknya nanti." Rudy memberi amaran keras kepada viktor.

"Rudy !! Lama lagi bincang. Bincang pasal ape tu ?!" Dari jauh kedengaran suara ejen leon memanggil namanya.

Rudy yang mendengar suara itu hanya mengeluh panjang sahaja kemudian lagi sekali dia beri peringatan kepada viktor.

"Aku harap kau hati² lepas ni. Takut nyawa kau jadi habuan aku. Hehh 😏"

Viktor semakin berpeluh dan pucat mukanya melihat mata rudy yang tajam memandang ke arahnya.

Kemudian , mereka berdua kembali ke tempat perkumpulan tadi.

"Haa viktor , sekarang kamu boleh beredar dari sini dan jangan tunjukkan muka tu lagi." Ejen geetha berkata.

"Ada sesiapa lagi yang nak bercakap dengan viktor ?" Tanya ejen leon kepada semua ejen.

Ejen bakar hanya menjadi pemerhati sahaja dan sekali sekala dia melihat viktor dengan pandangan yang tajam. Begitu juga dengan ejen karya tapi dia hanya membuat muka rilek seperti tiada apa-apa sahaja.

"Takde" jawapan ringkas daripada ejen² muda tersebut.

"Baiklah. Kapal terbang khas pihak M.A.T.A telah menunggu kamu di luar. Ingat , jangan tunjukkan muka kamu depan kami lagi terutama ali." Ejen leon berkata dengan suara tegasnya.

"Baiklah. Terima kasih semua. Maafkan segala kesalahan saya." Kata viktor kepada ejen² muda itu tetapi dibalas dengan jelingan tajam yang membunuh. Tetapi di dalam hati tertanam satu harapan.

Iaitu harapan untuk berjumpa dengan ali tanpa pengetahuan sesiapa.

Rudy yang melihat pemergian viktor yang semakin hilang dari pandangan itu hanya tersenyum sinis seperti merancang sesuatu dan terus balik ke biliknya untuk berjumpa dengan ali kesayangannya itu.

Ejen² yang lain termasuk mentor pun bersurai setelah memastikan viktor pergi dari situ.

❇❇❇❇

"Hai alii.. Buat ape tu ?" Tegur rudy sebaik membuka pintu bilik itu.

Tetapi panggilan rudy tidak di sahut oleh ali..

"Ali~ mana kauu...?" Lagi sekali rudy memanggil.

Senyap.

Rudy berjalan masuk lebih dalam lagi.

Tak lama lepas itu dia tersenyum melihat ali yang sedang tidur di sofa.

"Hm.. Penat sangat la tu.. Semalam jalan²." Rudy bermonolog sendirian.

Kemudian rudy duduk di sebelah sofa itu dan mengelus lembut rambut ali dan mencium dahi dan mulut ali sekilas.

Dia meletakkan kedua tangannya di atas sofa secara bersilang kemudian dia menyandarkan kepalanya di atas tangan itu lalu tertidur di sebelah ali dengan cara duduk.























Tbc~

Akhirnya viktor telah di bebaskan. Agak² lepas ni dia selamat tak kalau dia nak jumpa ali senyap² ?
Hmm.. Nanti chapter akan dtg ye..

Btw , jangan lupa vote and komen yaa~



[C] Psiko Ejen Ali VersionOù les histoires vivent. Découvrez maintenant