Air hujan,
Membasahi bumi,
Yang kering-kontang,
Ingin menyuburkan tanah,
Zahirkan sumber,
Demi kehidupan.Ada yang merungut maki hamun,
Ada juga yang memuji Zikrullah,
Ada pula yang tidur lena,
Kerana kesejukan alam.Air mata,
Membasahi pipi,
Yang dikhianati,
Ingin setia dengan dirinya,
Zahirkan segala perasaan,
Demi dia.Adakala mahu menikam kata,
Adakala juga mahu tersenyum palsu,
Adakala pula mahu terbuai tidur,
Kerana itu hanyalah mimpi.Najmi
YOU ARE READING
Ritma Atas Puisi (RAP)
PoetryHanya ritma atas puisi dan lirik rap sendiri. Ada ritma tapi tiada makna. Ada makna tapi tiada ritma. Selamat membaca. Mula: 14 MEI 2018 Tamat: 10 MAC 2021 Cover by: @cikqueenoftypo_