Mengapa aku mudah terpengaruh
Dari lukisan sihir yang berparuh?Hanya lukisan dalam bingkai gambar.
Hari esok nafsu tetap akan ingkar.Selama ini aku benar obses.
Ya, akulah yang telah diposes.Kerap melayan harem dan ecchi,
Buatkan Tuhan bertambah benci.Hidup tanpa jiwa memang tolol.
Mahu sahaja bertukar jadi ghoul.Katakan aku diberi kuasa,
Nescaya gelap berleluasa.Paling tidak, titan makan dan hadam
Atau Death Note tulis nama di dalam.Sayangnya, itu hanya ilusi.
Lemas dalam mitos dan fantasi.Hoshiko
YOU ARE READING
Ritma Atas Puisi (RAP)
PoetryHanya ritma atas puisi dan lirik rap sendiri. Ada ritma tapi tiada makna. Ada makna tapi tiada ritma. Selamat membaca. Mula: 14 MEI 2018 Tamat: 10 MAC 2021 Cover by: @cikqueenoftypo_