Lama sangat aku senyap.
Perlukah aku terus lenyap?
Tak bermaksud aku bengap
bila tangan tak reti sengap.Kalau aku lebah,
puisi aku jadi sengat.
Andai aku rebah,
aku bangkit bersemangat.
Berbekalkan batang pena
aku teruskan memahat
kejayaan bersejarah
hingga kehabisan dakwat.Sudah tiba untuk aku pergi.
Usah engkau menangis lagi
kerana puisiku takkan mati.
Yang pergi pasti akan kembali.Farid

VOCÊ ESTÁ LENDO
Ritma Atas Puisi (RAP)
PoesiaHanya ritma atas puisi dan lirik rap sendiri. Ada ritma tapi tiada makna. Ada makna tapi tiada ritma. Selamat membaca. Mula: 14 MEI 2018 Tamat: 10 MAC 2021 Cover by: @cikqueenoftypo_