KISAH MEREKA

115 5 2
                                    

Sempena puisi ke-100 ni, saya buat puisi khas. Selamat membaca. (^_^)

Kisahnya bermula dari Palembang,
Di mana Parameswara ditentang,
Lalu berlayar ke seberang,
Tenang tanpa menyerang.

Rehat di pokok melaka,
Lihat anjing terima celaka,
Dari pelanduk gagah perkasa.
Di situ sejarah bermula.

Satu lima satu satu,
Portugis dari berbatu-batu.
Perjalanan bertahun-tahun,
Dengan lakonan sopan-santun.

Tanah Melayu dijajah,
Kerana bahan mentah.
British datang menerjah.
Tiada guna paling tadah.

Muncul puak imigrasi
Secara toleransi.
British mulakan operasi
Tubuhkan koperasi.

Undang-undang digubal
Ikut luar global
Kerana kurang modal
Untuk cipta model.

Keris dihunus dengan silau
Di tangan gelap Mat Kilau
Dengan semangat harimau.
Hidup tak segan, mati mahu.

Tok Gajah, Dato Bahaman,
Sudah beri saranan.
Menang kalah adat permainan.
Anggap lawan macam saingan.

Haji Abdul Rahman Limbong,
Undur masuk kampung.
Tok Janggut tak untung,
Kena hukum gantung.

Dengan strategi mantap,
Sharif Mansor dan Rentap
Menuntut hak menetap,
Bukannya beradu kata sentap.

Masuk empat puluh dua,
Jepun sempat datang bersua
Di tempat yang sudah tua.
Cepat rembat habis semua.

Tiba masa Sarjan Hassan,
Muncul lepas perasaan.
Begitu juga Leftenan Adnan
Bila bintang tiga menawan.

Gaduh ke sana sini,
Ada yang berani mati.
Bunuh di sana sini,
Balik bawa mayat mari.

Isu perkauman jadi konspirasi
Dalam sidang kontroversi.
Malayan Union munculkan persepsi
Bangsa tak kenang budi.

UMNO dizahirkan.
Kerajaan dilahirkan.
Persatuan dibatinkan.
Permusuhan dimatikan.

Ini bukan kisah rekaan
Untuk cipta persengkataan,
Tapi ini sebuah penceritaan,
Demi nama kemerdekaan.

Masuk lima puluh tujuh,
Jalan terang sudah disuluh.
Dari rebung, lentur buluh.
Anak hidup tanpa musuh.

Terus ke enam puluh tiga.
Sabah, Sarawak milik kita.
Usah persiakan dek setitis nila
Kerana Tanah Melayu jadi Malaysia.

Maka, ambillah inspirasi
Untuk jadi aspirasi
Dalam era globalisasi
Kerana sejarah ada asasi.

.
.
.

Benda dah lama.
Buat apa nak ungkit?
Beginilah Malaysia dapat nama.
Jadi, kenalah bangkit.

Farid

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now