Tawa, menangis dan senyuman,
Semuanya dalam satu badan.
Kanak-kanak suci akal fikiran,
Mencoret krayon dalam lukisan.Seringkali dia kuat menangis.
Gagal sekali mata banjir habis.
Sungguh ini kenangan yang sadis
Buatkan yang kini tersenyum manis.Bola ditendang ketika bermain
Di tengah bendang walau basah kain.
Apakah sekarang dirinya lain?
Ya, fikiran melayang kerana design.Lima belas tahun sudah berlalu.
Diri pemalu ketika dahulu,
Sudah tidak kenal erti malu.
Apa anakku bakal seperti aku?Alif
YOU ARE READING
Ritma Atas Puisi (RAP)
PoetryHanya ritma atas puisi dan lirik rap sendiri. Ada ritma tapi tiada makna. Ada makna tapi tiada ritma. Selamat membaca. Mula: 14 MEI 2018 Tamat: 10 MAC 2021 Cover by: @cikqueenoftypo_