🤦‍♀️ Clumsy Girl 🤦‍♀️

229 22 2
                                    


"Waarrghhhhh!!!! Sudah jam sebegini!! Jam penggera bodoh tak nak kejutkan aku!!" kataku dengan panik.  

Namaku Pearl, berusia 21 tahun

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.


Namaku Pearl, berusia 21 tahun. Aku bekerja di sebuah syarikat perhiasan terkenal yang terletak di Los Angeles. Seperti hari-hari biasa aku selalu lambat ke kerja. Entah apa lagi alasan yang aku harus berikan dengan bos kali ini. Aku hanya sempat mencuci muka sahaja dan terus berangkat ke kerja. Di tambah dengan jem yang teruk. Akhirnya aku sampai lambat 15 minit dari biasanya.

"Matilah aku kali ini. Huarghhh... Setiap kali asyik lambat ke kerja. Aduii.. Apa alasan yang hendak diolah untuk walking guitar tu ya? (sambil berfikir)"

Ms Gloria. Adalah penolong bos di tempat kerjaku. Dia orangnya berbadan curvy seperti gitar. Bahagian atas dan punggungnya besar. Hanya pinggangnya sahaja yang kecil. Ms Gloria ini adalah perempuan yang ganas dan pengampu no. 1 bos syarikat. Perlahan Ms Gloria datang ke arah mejaku dengan pandangan yang sejuk. Aku boleh membayangkan yang datang itu adalah hantu dan bukan Ms Gloria kerna badan aku menggigil ketakutan.

"Miss Pearl! Can you tell me how many times already you late go work?? Is this you father's company??!"

"Er...erm... im sorry Miss... Just now the..--"
"Blahblahblah . . .! Im tired already all of your nonsence drama. I give you one more chance. There's no forgiveness on your face already after this!" kata Ms Gloria dengan muka seperti nak makan Pearl sahaja.

"Okay Miss.. sorry..." sambil menundukkan wajah.
Selepas puas memarahiku ms Gloria pun pergi ke bilik ofisnya.

"Huh~" Pearl mendesah.
"Ek... ehem! Sepertinya nobita dari dunia realiti sedang ada masalah. Tak nak minta tolong dengan doraemon ke? Hahaha" Sakat seorang gadis kurus bertubuh lampai, Melissa.

Pearl hanya diam membisu mendengar musuh utamanya dekat ofis itu mengejeknya. Dia mengenggam tangannya kuat-kuat. Ikutkan hati mahu saja dia belasah perempuan itu cukup-cukup.
"Sabar Pearl... sabar..." desus Pearl sendiri.
Sedang aku khusyuk membuat pekerjaanku, tiba-tiba pintu dikuak, kelihatan anak bos, Mr.Sheldon Davidson masuk ke dalam ruangan ofis tersebut. Semua yang ada di dalam ofis itu berdiri ( tanda hormat) termasuk aku. Lelaki ini sangat tampan dan bergaya. Dia juga sangat ramah dan baik kepada pekerja-pekerjanya. Boleh dikatakan Mr. Sheldon adalah first love aku jugalah. Sejak kali pertama aku masuk kerja di syarikat ini, mataku hanya tertumpu pada lelaki 'single' yang satu ini sahaja. Sedangkan aku tahu mustahil bagiku si Itik hodoh hendakkan putera swan. Ini bukanlah cerita drama ataupun kehidupan kartun Disney. Tapi hati ini masih tidak tahu diri lagi dan menyedari identitasnya.
Mataku tidak berkelip melihat wajah Mr. Sheldon yang kacak dihiasi dengan senyumannya itu yang menyerlahkan lagi lesung pipit di pipinya.

Mr. Sheldon yang sedar akan Pearl yang melihatnya tanpa berkelip berhenti tepat ke arahnya.

 Sheldon yang sedar akan Pearl yang melihatnya tanpa berkelip berhenti tepat ke arahnya

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

"Ehemm?" dehem mr Sheldon.

Aku tersedar dari lamunan dan melarikan wajahku ke arah lain sambil berpura-pura melihat sesuatu dari luar tingkap yang hanyalah dihiasi tembok belakang bangunan sebelah untuk menggelak tatapan Mr. Sheldon.

Mr Sheldon hanya tertawa kecil melihat telatah Pearl yang baginya lucu. Lalu dia berjalan ke ruangan ofisnya yang berada di sebelah ofis Ms Gloria.

"Waaw... seperti biasa... bos aku yang satu ni sangat killer." Kata Pearl dalam hati sambil masih terbayangkan wajah dan senyuman bosnya sebentar tadi.
Pubb!
Satu fail yang sederhana besar menghentak kepalanya. Sambil memegang kepalanya yang sakit dia mendonggakan kepalanya ke atas.
"Sofea!!"
"Hahhaa...sudahlah melamun. Jom lunch." Kata Sofea pendek.
Di syarikat ini Sofea sahajalah teman rapatku dan sering bersama dimana sahaja kami berada. Yang selalu backup aku bila aku dibuli oleh si Lidi itu (Melissa).
"Arh... jap lagi la. Kerja aku belum selesai ne. Lagi sikit. Awak pergilah dulu dengan Boyman ya. Sorry Sof..." bantah ku.
"Erm okaylah, good luck k.. habiskan secepat yang mungkin. Nanti kalau sempat joinlah kami sekali." tambah Sofea lagi.
"Ok Sof." balasku pendek.
Sofea dan Boyman, teman lelakinya pun pergi meninggalkan aku yang sedang berjuang di meja kerjaku.
"Okay, aku harus siapkan kerja dalam 3 fail ini dulu dan berikan pada bos. Hehee ..." kataku dengan semangat.
Akhirnya beberapa jam berlalu, aku pun siap menyelesaikan tugasku. Aku sempat menyemaknya lagi sebelum aku menghantarkannya kepada Ms. Gloria. Aku pun berjalan perlahan menuju ke biliknya. Kulihat Ms Gloria tidak ada di ofisnya. Maybe keluar kot. Lalu aku mengambil keputusan direct hantar ke ruangan ofis Mr. Sheldon sambil menguatkan rasa maluku dengannya.

TUKK...TUKK (pintu diketuk)
"Masuk." Arah Mr. Sheldon dari dalam.
"Hi Mr Sheldon. Ini... Ini fail-fail kerja yang tuan suruh saya siapkan." Sambil menghulurkan fail tersebut kepada Mr. Sheldon.
Mr Sheldon membelek-belek dan melihat isi kandungan fail tersebut.
" Pearl Arina Paulus. Fashion Designer. Hmm.. nama yang cantik." Kata Mr Sheldon.
"Thank you..." kataku pendek sambil tunduk ke lantai kerana malu.
"Ok. Later i see this. You can go now ms Pearl."
Aku pun keluar dari ruangan itu. Jam menunjukkan jam 5:15 petang. Tidak sedar masa begitu cepat berlalu. Semua yang ada dalam pejabat itu juga sudah banyak yang pulang. Aku juga tidak ketinggalan mengemaskan barang-barangku dan merapikan semua buku serta fail yang berselerak di atas mejaku sebentar tadi.
"Eh? Pearl tak balik lagi?" sapa seseorang dari belakang.
" Oh Sofea rupanya. Hehe... Dah nak balik la ne. Korang hati-hati balik ya." kalihku.
"Okay, saya dan Boyman pergi dulu ya Pearl. Hati-hati pulang ya."
"Okay."
Setelah selesai mengemaskan mejaku dengan rapi aku pun meninggalkan meja ofis tersebut. Kelihatan Mr. Sheldon masih belum pulang dan masih berada dalam ofisnya.

" Bye my Man... Jumpa esok~" Kata Pearl dalam hati sambil menghadiahkan flying kiss ke arah pintu bilik ofis Mr. Sheldon lalu perlahan keluar dari situ.



Love From The SeaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora