🕴 Bertemu lelaki pelik/psycho? 🧟

192 14 0
                                    


Seperti biasa Pearl akan singgah di tepi laut untuk melihat ombak malam. Dia duduk di atas batuan dan menikmati keindahan laut. Sekali-sekala dia menghirup angin segar yang mendayu di situ.

 Sekali-sekala dia menghirup angin segar yang mendayu di situ

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

" Indahnya lautan ini. Kalaulah boleh tinggal di bawah laut." gumam Pearl sendirian sambil berangan-angan.

Sedang dia bernyanyi-nyanyi kecil sambil menikmati keindahan tersebut, kelihatan ada sesuatu yang keluar dan menuju ke pantai. Pearl terkejut dan pantas bersembunyi di balik batu. Alangkah terkejutnya dia melihat susuk tubuh sepertinya lelaki keluar dari dalam laut.
Dan....
IA TELANJANG!!
"What??? Matilah aku lelaki psycho!!" Jerit hati kecil Pearl. Dia sudah mula takut. Perlahan dia pergi meninggalkan tempat tersebut dan menuju ke keretanya. Dia asyik memandang ke belakang takut-takut lelaki itu akan mengejarnya.

BAAm!
Pearl telah terlanggar sesuatu dan dia jatuh terduduk. Matanya terkebil-kebil. Perlahan dia membuka mata. Kelihatan seorang lelaki kusut masai sedang berdiri di hadapannya dengan memakai kot bersaiz panjang hingga ke lutut. Dia tersengih memandang Pearl dari atas ke bawah.

"Waaw... hi sayang~ Kamu sungguh cantik. Boleh temankan abang tak?" Katanya lembut membuatkan Pearl geli- geleman mendengarnya.

"Pergi kamu!! Dasar lelaki psycho! Kalau tidak aku akan menelefon pihak polis!" Bentak Pearl.

"Hahahahahahaa " lelaki itu dengan pantas memegang tangan Pearl dan menepis iphone 6 Pearl menyebabkan telefonnya jatuh.
Dengan rakus lelaki itu cuba memeluk Pearl dan ingin mencium bibir Pearl. Nafasnya juga turun naik kerna nafsu.

"Tidakk!! Toloong! Tolong! Sesiapa toong a--"

Papp!
Pipi Pearl ditampar kuat oleh lelaki psycho tersebut. Menyebabkan Pearl jatuh terduduk di atas tanah. Bibir Pearl berdarah kerna tergigit olehnya sendiri. Dia memegang pipinya yang perih sambil mengundur ke belakang hendak menjauhkan diri dari lelaki tersebut.
Lelaki itu suka melihat gelagat Pearl yang ketakutan dan mengeluarkan air mata. Dia menjilat bibir atasnya dan perlahan-lahan membuka butang kotnya. Satu demi satu. Air mata Pearl semakin laju mengalir. Dia hendak pergi dari situ tapi di tangan lelaki itu ada sebilah pisau. Dia mengugut untuk membunuh Pearl jika dia berani melarikan diri dari situ. Lelaki itu sudah bersedia hendak membuka baju kotnya di depan Pearl. Pearl tahu bahwa lelaki psycho itu tidak memakai pakaian dalam. Perkara itu sering terjadi di tempat seperti itu. Tapi sebelum ni Pearl tidak pernah terserempak dengan lelaki cabul begitu. Ini pertama kalinya dan merupakan hari yang terburuk untuknya.
Pearl memejamkan kedua matanya rapat-rapat. Dia tidak boleh bayangkan apa yang akan terjadi dengannya pada malam itu. Dia hanya mampu menangis.
Baru sahaja lelaki itu hendak membuka kotnya. Satu serangan kuat menerjah kepala lelaki psycho tadi dari belakang membuatkan lelaki miang tersebut jatuh di atas tanah dan terus pengsan.
Perlahan Pearl membuka matanya. Kelihatan lelaki tadi yang keluar dari laut.
"Aaaaahhh!!" teriak Pearl apabila melihat lelaki itu juga tidak berpakaian. Dengan pantas Pearl bangun dan berlari meninggalkan tempat tersebut dan menuju ke keretanya Baru sahaja dia hendak menghidupkan enjin kereta dengan perasaan cemas, pintu keretanya diketuk dari luar. Lelaki itu sudah berada di tepi pintu depan keretanya dengan berpakaikan pakaian si lelaki miang yang pengsan tadi. Pearl tidak mengendahkannya. Dia berusaha untuk menghidupkan enjin kereta pergi dari situ. Namun hampa. Keretanya tidak boleh dihidupkan. Manakala, lelaki itu pulak masih mengetuk-ngetuk tingkap kereta Pearl. Sepertinya dia menunjukkan sesuatu.
Pearl sudah mula stress. Tapi dia dapat rasakan bahwa lelaki tersebut bukan orang jahat. Namun, dia harus mengambil langkah berwaspada kerna dia tidak tahu siapa sebenarnya lelaki yang berada di luar tersebut. Adakah mereka bersekutu? Atau adakah ia innocent? Lama juga Pearl berdiam diri di dalam kereta. Dia hendak menunggu sampai lelaki itu putus asa dan pergi dari situ. Namun, malangnya dia. Kelihatan lelaki itu tetap menunggunya di luar.
Hujan mulai turun renyai-renyai. Lelaki itu sepertinya panik. Dia meluru ke arah kereta Pearl dan mengetuk tingkap kereta Pearl berulang kali dengan wajah risau.
Pearl kesiankan lelaki tersebut dan dia akhirnya mengalah lalu tumpangkan lelaki tersebut masuk ke dalam keretanya. Lelaki itu mengigil kesejukan dan duduk diam sahaja di seat belakang. Pearl cuba menghidupkan enjin keretanya kembali. Untunglah kali ini, kereta tersebut boleh dihidupkan. Lalu tanpa membuang masa, Pearl pun pergi dari situ sambil memecut laju keretanya.
Akhirnya setelah berapa lama Pearl sampai ke rumahnya. Dia melihat lelaki tadi yang duduk di belakang. Dia sedang tidur. Pearl membunyikan hon keretanya agar lelaki itu bangun dan boleh keluar dari keretanya. Namun lelaki tu tak mengendahkannya dan berpura-pura tidur. Timbul rasa geram di hati Pearl. Kalau diikutkan hati mahu saja dia mencampak lelaki tu keluar dari sana. Namun apakan daya, lelaki itu tinggi, sasa, dan layaknya seperti budak gym. Akhirnya Pearl membiarkan lelaki itu tidur di dalam keretanya dan dia pun masuk ke dalam rumah.
"Huh~ Macam-macamlah yang jadi malam ni. Sikit aku trauma dibuatnya." gumam Pearl sendirian sambil berlalu ke tingkat atas dan mandi. Selesai mandi dia turun ke bawah untuk mengambil makanan yang ada di dapur. Sesudah itu, perlahan dia berlalu ke kerusi malasnya yang terletak di tengah ruangan televisyen sambil menjamah maggi kari kegemarannya. Tidak berapa lama dia teringat akan lelaki yang ada diluar sebentar tadi. Timbul rasa kasihan di hatinya. Pearl bangun perlahan dan menuju ke ruangan garaj keretanya. Dia memasang lampu dan kelihatan lelaki tersebut sedang memeluk tubuh dan menggigil.
" Alamak! Dia kesejukan ke?" Soal Pearl bodoh.
Memang sudah ketara baju lelaki tersebut lencun dek hujan tadi dan Pearl membiarkan sahaja dia dengan keadaan begitu di dalam sana. Pearl menuju ke keretanya perlahan dan membuka pintu belakang keretanya.
"Hei?" Sambil menggoyangkan badan lelaki tersebut dengan bucu psyung yang dipegangnya.
(Tiada tindak balas)
"Awak? Bangun ... bersihkan diri."
(Tiada respon juga)
Akhirnya Pearl mengambil keputusan untuk menarik lelaki itu keluar. Namun alangkah terkejutnya dia bahwa lelaki tersebut tubuhnya sungguh panas bak air yang sedang mendidih. Pearl berusaha menyerotnya ke dalam kawasan rumah.
"Beratnya menatang ni. Aduh." kata Pearl yang berusaha menarik lelaki tersebut.
Apa tidaknya badan Pearl hanyalah seberat 47 kg dengan ketinggian 160cm. Ditambah pula mengangkat beban yang dalam anggaran 68kg berketinggian 182cm (mengikut anggaran Pearl).
Akhirnya setelah bersusah payah menarik lelaki tersebut, Pearl berjaya membawanya masuk ke dalam rumah. Dia menidurkan lelaki itu di lantai ruang tamu dan membawa selimut.
"Alamak! Takkan aku bubuh sahaja selimut ini kat badan dia dengan kot yang basah tu? Habis basah la selimut tebal fluffy aku ni." Fikir Pearl.
"Ke ... aku tukar baju dia??"
Pearl masuk ke dalam biliknya dan mengambil satu bajunya yang besar untuk lelaki tersebut dan seluar paras lutut. Seluar itu adalah seluar ayahnya yang tertinggal sewaktu menziarahi Pearl di hari Natal tahun lalu. Sesampai sahaja Pearl di hadapan lelaki itu dia bingung untuk berbuat apa.
" Segan la pulak nak tukar. Eishh... bagaimana ini..." monolog Pearl sendirian.
"Oh! Saya tahu!" Kata Pearl perlahan.
Dia bergegas berdiri dan menutup lampu di ruang tamu tersebut. Nasiblah suasana dalam rumah itu tidak terlalu gelap kerna adanya cahaya lampu yang menerangi dari luar rumah. Pearl membuka kot panjang yang dipakai lelaki tersebut dan menyarungkan baju dan seluar pada lelaki tersebut sambil menutup mata. Sempat dia tersentuh perut lelaki tersebut.
"Waww... 6 pax..." kata Pearl nakal sambil mengusap perut lelaki tersebut.
Setelah selesai memakaikan pakaian pada lelaki tersebut Pearl pun bangkit dan memasang lampu semula. Kot tadi di masukkan ke dalam washing machine. Pearl masuk ke dalam dapur dan mengambil sapu tangan yang di basahkan dengan air dan meluru ke arah lelaki tersebut yang sedang pengsan. Dia menekapkan sapu tangan itu di dahi sang perjaka. Sekilas Pearl terlihat akan rantai lelaki tersebut.
"Wah! Unik dan cantik rantai yang dipakainya ini." Puji Pearl. Rantai itu biasa tapi bertatahkan kerang biru yang bersinar dan cantik. Tanpa dia sedari tangannya sudah pun menggapai rantai tersebut. Baru sahaja dia hendak membukanya, mata lelaki tersebut terbuka luas dan memegang erat rantai tersebut dari ditanggalkan oleh Pearl.
" Aaah!" Pearl yang terkejut berteriak kecil dan menjauhkan diri dari lelaki tersebut.
Lelaki itu memandangnya tajam namun tatapannya amat lemah.
"Ma... maafkan aku!" Pearl bersuara.
Lelaki itu memegang tekaknya dan menelan air liur sambil membuat wajah yang sepertinya di keronyok.
"Kamu haus?" tebak Pearl.
Dia menganggukkan kepalanya dengan lemah.
Pearl bergegas ke dapur dan membawa sebotol air mineral sejuk dan gelas lalu diberikan kepada lelaki itu. Lelaki itu menyambar air tadi dan mengigitnya. Dia mengigit dengan rakus sambil menjilat-jilat peluh air sejuk yang berada di permukaan luar botol tersebut.
"Sini saya bantu," Pelawa Pearl sambil menahan rasa lucu.
Dia mengambil botol tersebut dan membuka tutupnya lalu diberikan kepada lelaki tersebut.
Dengan rakusnya lelaki itu minum air tersebut dan tidak sampai seminit air dalam botol mineral tersebut habis. Pearl terlopong menyaksikan kejadian tersebut.
"Apa benar semua ini? Kenapa lelaki ini sungguh misterius. Adakah ini kali pertamanya dia melihat botol air sehinggakan menggigit botol tersebut? Who are you Man...?" bisik hati Pearl yang kini sedang di serang 1001 persoalan. Dia dapat rasakan bahwa ada sesuatu yang smell fishy dengan lelaki yang di jumpainya itu.
"Nama kamu siapa?" Pearl bertanya tiba-tiba.
Lelaki itu hanya memandang ke arahnya dan menatap mata Pearl.
"He...hello? Jangan pandang aku sebegitu." Kata Pearl yang tidak selesa di tatap oleh lelaki tersebut.

" Kata Pearl yang tidak selesa di tatap oleh lelaki tersebut

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

                                                    

  >>> bersambung


Love From The SeaKde žijí příběhy. Začni objevovat