Arion's transformation

161 21 4
                                    

"Dasar perempuan aneh!" gerutu Arion di dalam hatinya.

"Demm! Dia buat lagi dah. Geramnya akuu! Kalau begini tiap hari boleh masalah di rumah ne apalagi kalo mama sama papa datang. Apa diorang fikir nanti. Betul-betul binatang punya gaya!" bebel Pearl seorang diri di dalam biliknya. Namun sempat juga dia membayangkan tubuh sasa Arion sebentar tadi.Menyedari dia mengelamun akan badan Arion terus cepat Pearl mengeleng-gelengkan kepalanya untuk memusnahkan memori sekilas imbas itu.
"Esok dah nak g kerja. Tak sabar pula ketemu cinta jiwa pengarang jantung I tu.. kekeke . . ." Angan Pearl seorang diri berguling ke kiri dan ke kana apabila terbayangkan wajah bosnya yang tampan itu.

Sedang seronok menggelamun, Pearl dikejutkan dengan panggilan masuk telefonnya. Dengan pantas dia menyambutnya.
"He.. hello?"
"Hi Pearl?"
"Yes. Ini saya. Siapa ya?"
"Ini Boyman la. Sofea kata nak ajak kamu makan malam nanti di rumah kami. Jom lah bawa Anthem(Arion) sekali."
"Laa Boyman rupanya.hahaha.. okay nnti malam kami akan pergi ke sana ya."
"Okay jangan lupa tau. "Pesan Boyman sambil mematikan telefon bimbitnya.
Pearl baru ungat tujuan asalnya.Nasoblah gaji baru masuk di hujung bulan tersebut. Dia ingin mengubh oenampilan kampung si Arion. Malulah dia nanti bila dia cakap dengan teman lain, dia ada sepupu dari Frace tapi selekeh.
Bergegas Pearl mengganti pakaiannya dan menuju ke bahagian bawah rumah. Kelihatan Arion sedang duduk mencngkung di atas sofa empuk Pearl.
"? Kamu sedang buat apa?" tanya Pearl kehairanan.
Arion tidak menjawab pertanyaan Pearl malah memejamkan matanya. Pearl yang geram dengan Arion lantas menarik tanganny turun dari sofa itu.
"? Kenapa??" marah Arion.
"Ikut aku keluar sebentar."
"Nak pergi mana??" dengus Arion.
"Beli barang awak." ringkas Pearl menjawab.
Arion tidak banyak membantah, dia pun mengikut sahaja kemahuan Pearl. Kali ini dia duduk di seat depan kereta Pearl.
Dalam perjalanan sempat lagi Pearl bertanya dan memesan Arion bahwa dirinya pada hari itu akan dinamakan sebagai Anthem, dan berpura-pura menjadi sepupu Pearl. Mulanya Arion tidak bersetuju, tapi setelah mengingati tujuan asalnya dia membatalkan hasrat hati batunya itu.
Beberapa puluh minit setelah mengharungi jalan jem, mereka pun sampai ke sebuah shopping mall yang besar. Setelah memakirkan kereta, Pearl dan Arion pun masuk ke dalam shopping mall tersebut. Di dalam shopping mall, Pearl terus membawa Arion menuju ke edai Baju Padini dan Brands Outlet untuk mencari pakaian dan celana dalam Arion. Begitu banyak baju yng dipilih dan di coba oleh Arion, akhirnya 8 helai baju 8 helai seluar dan 2 set kotak Boxer dibeli oleh Pearl. Selepas itu mereka menuju ke saloon untuk memperbaiki imej Arion. Rambut dan misai janggutnya yang panjang itu nampak serabut di mata Pearl. Mula-mula Arion menolak dirinya di rias, namun akibat desakan Pearl dia ikut sahaja. Dalam hatinya mahu sahaja dia lenyek-lenyekkan perempuan kurus bertubuh kecil dihadapan matanya itu.
Beberapa puluh minit kemudian, pekerja profesional saloon itu siap merias wajah dan rambut Arion. Pearl yang tidur di ruang menunggu tadi akibat menunggu Arion dikejutkan oleh Staff pekerja salon tersebut.
Perlahan pearl membukakan matanya sambil menguap kecil. Dia melihat ke arah Arion. Matanya yang masi mamai-mamai tadi, besar membuntang apabila melihat penampilan baru Arion yang segak itu. Wajahnya yang dulu kelihatan seperti pakcik-pakcik 30 ke atas, berubah menjadi wajah remaja 20an. Mata Pearl tidak berkedip memandang wajah Arion. Begitu juga dengan pekerja wanita dan customer wnanita yang ada di dalam salooon tersebut.
Setelah membayar saloon tersebut, Pearl dan Arion pun meninggalkan tempat itu. Mereka yang tadi tidak menjadi tumpuan orang ramai, kini menjadi tontonan setiap mata yang memandang. Terutama para gadis. Ada juga lelaki yang berwatakan gay melihat-lihat ke arah Arion. Pearl berasa bangga kerna dia berjalan seiring dengan lelaki yang seperti artis di sebelahnya. Sebelum pulang, mereka singgah sebentar di kedai makan kerna Arion berkata kepada Pearl yang dia sangat lapar. Seperti biasa, selera makan Arion tidak berubah. Macam cerita watak Naruto dan goku sahaja cara pemakanannya. Namun Pearl tidak risau, sebab dia boleh menjual mutiara biru yang dia temui itu kalo dia sudah tidak ada wang nanti. Setelah selesai makaan, Bil pun sampai. Mata Pearl membuntang apabila dia melihat jumlah makanan Arion yang perlu dibayarnya.

Check bill:RM 578.43
Pearl menyerahkan kad creditnya kepada pekerja restoran tersebut dengan berat hati. Arion yang tengah kekenyangan menkmati jus strawberrynya sambil melihat orang yang berada dalam restoran tersebut kiri dan kanannya.
Tiba-tiba Pearl rasa seperti hendak pergi ke tandas.
"Arion, kamu di sini sekejap ya. Saya hendak ke tandas. Kad kredit saya tolong pegang kalo pekerjanya dah datang bagi nanti ye." Pesan Pearl lalu segera pergi ke tandas.
Arion melihat sahaja Pearl berlalu meninggalkan dia seorang di sana. Tidak berapa lama kemudian, pekerja tadi datang dan memberikan kad Pearl tadi pada Arion sambil menunjukkan muka malu-malu kucing. Arion mengambil kad tersebut dan menyimpan di dalam ppoket seluarnya. Baru sahaja Arion hendak menghubungi Herold, tiba-tiba dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena akan berlaku. Dia memandang ke arah jalan raya, seorang budak kecil yang terlepas dari pegangan tangan ibunya yang lalai berlari menuju ke jalan raya besar yang sibuk dengan kereta lalu lalang. Dengn pntas Arion berlari meninggalkan restoran itu yang berada di tingkat 3. Arion dengan beraninya terjun dari tingkat atas kerna hendak naik lif memang sudah tidak sempat. Banyak juga orang yang terkejut melihat aksi yang berbahaya itu. Semua orang dalam restoran itu segera menuju ke tepi tingkap dan melihat apa yang terjadi sehingagakan Arion melompat keluar begitu sahaja.
Budak itu sudah semakin hampir dengan jalan raya besar. Orang ramai yang mmelihat kejadian tersebut dari restoran itu sudah mulai bising dan berteriak, ada juga yang live dan post ke laman sosial mereka. Ibu budak itu pulak yang menyedari anaknya tidak dalam pegangannya sudah mulai panik dan berusaha berlari mengejar anaknya yang sudah berada di atas jalan raya. Satu lori simen yang besar meluru laju ke depan. Budak itu sudah berada di atas jalan raya tersebut hanya tunggu dilanggar lagi. Suasana persekitaran semakin heboh. Arion berlari dengan pantasnya, memang bukan seperti stamina manusia biasa kerna dia menggunakan kuasanya. Dia segera mengambil budak tadi dan memeluknya namun sudah terlambat untuk dia pergi ke tepi. Lalu Arion tidak punya pilihan lain lagi selain menggunakan telekinesis matanya yang dilarang oleh ayahnya/ Mata Arion yang berwaarna coklat kebiruan menjadi biru keemasan. Sepantas kilat lori simen itu berhenti mendadak. Jarak mereka dengan lori itu adalah 0.5 cm sahaja. Hampir dilanggar. Pemandu lori yang panik itu juga terkejut dan terdiam seketika di dalam lorinya.
Arion pergi ke tepi jalan dan melepaskan budak tadi di dalam pegangannya. Segera ibunya berlari memeluk anaknya sambil menangis dan mengucapkan terima kasih kepada Arion.



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 10, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love From The SeaWhere stories live. Discover now