💟 Mr Sheldon 💟

215 12 4
                                    

Perlahan Boyman mengambil benda tersebut dari dalam beg lelaki tersebut.
"Apa ini??"
"Er...tak ada apa-apa! Itu cuma untuk... untuk mengawal kawalan jauh suis yang ada di sini!" kalihnya.
Boyman menekan suis yang ada pada alat kawalan jauh tersebut.
"Ngiiiiiiiiiirkkkkkk!"
Satu suara menggelupur di dalam kandang tersebut.
Pearl dan yang lainnya melihat ke dalam kawasan kandang yang berada dekat kolam pertunjukkan. Kelihatan dolphin dan anjing laut itu seakan menggelupur kesakitan dan ada kecederaan di badan mereka.
Sepertinya haiwan-haiwan itu kelihatan lemah dan tidak bermaya.
DUBBBB!
Boyman menekan leher seorang daripada pekerja tersebut dengan lengannya sehingga belakang pekerja itu tersembam pada dinding bilik tersebut.
"Jelaskan apa yang kalian cuba ingin lakukan kepada haiwan-haiwan tersebut!" Marah Boyman.
"Apa yang kalian cuba lakukan!!" kedengaran satu suara keras menyapa dari pintu masuk tempat tersebut.
Seorang lelaki dalam usia lingkungan umur 40an berdiri sambil bercekak pinggang dengan wajah yang garang.
"Kamu mesti pemilik tempat ini bukan? Lihat apa yang pekerja kamu lakukan! Ini adalah penyeksaan kepada haiwan!" kata Pearl dengan marah sambil meluru ke arah lelaki tersebut.
Baru sahaja dia hendak menghampiri lelaki itu ada tiga lagi lelaki yang masuk menghampiri mereka. Mereka memakai baju sekuriti dan badan mereka semua juga besar-besar.
" Itu adalah untuk mendisiplinkan binatang-binatang itu supaya tidak malas dan berlatih dengan lebih giat lagi. Jika tidak, pelanggan dalam aquaria ini akan berkurangan!" Kata lelaki tersebut yang berpancang namakan 'Albert'.
"Mr. Albert! Awak tahu ini semua salah kan?? Ini menyeksa binatang namanya. Awak akan dikenakan hukuman undang-undang nanti. Lihat pada kedua binatang tersebut. Haiwan itu seakan tidak bermaya. Kamu boleh membuatkan mereka mati!" tegas Sofea.
"Diam!! Lalu ada aku kisah kalau haiwan-haiwan ini mati?? Masih ada lagi bintang lain yang boleh digantikan. Hahahaha! Sekuriti bawa mereka ini semua keluar dari sini!" Arahnya.
"Dasar manusia bertopengkan iblis!" Marah Pearl.
Sekuriti-sekuriti itu menghampiri mereka semua.
"Hey! Lepaskan aku! Jangan pegang!" Protes Pearl dan Sofea sambil meronta-ronta.
Papp!
Salah seorang sekuriti itu menampar Sofea, meyebabkan perempuan itu jatuh terduduk.
"Sayang! Celaka! Beraninya kamu memukul teman wanitaku!" Boyman meluru ke arah mereka dan cuba ingin menghujankan penumbuknya.
Tzsssssstzss! (bunyi renjatan elektrik)
Salah seorang daripada sekuriti itu mengenakan renjatan Stun guns kepada Boyman menyebabkan Boyman menggeletar dan jatuh terduduk akibat renjatan elektrik yang kuat dari stun guns tersebut.
"Boyman! Sofea!" Raung Pearl tapi masih lagi memegang tubuh Arion yang lemah.
"Aku dah menunjukkan belas kasihan terhadap korang semua. Tapi nak tunjuk kuat dan berlagak hero la pulak. Padan muka korang semua! Weiyh Mana beg yang aku nak tu?" Kata Albert kepada salah seorang pekerja tadi.
Salah seorang daripada mereka memberikan beg berwarna hitam yang dipegang oleh Boyman tadi kepadanya. Perlahan dia mengeluarkan benda tersebut dari dalam beg tersebut.
Alangkah terkejutnya merekamelihat apa yang ada dalam beg tersebut.
"Dadah?? Senjata api??" kata Pearl dengan terkejut.
Albert memandang tajam ke arah Pearl dan senyuman sinis terukir pada bibirnya.
"Alamakkk~ Dah nampak ke? Hahahhhaahaa"
Albert memandang kepada sekuritinya sebelum berlalu keluar dari situ.
"Habiskan mereka semua! Jangan ada satupun tinggal. Buang mayat mereka ke dalam laut!" Arahnya lalu keluar dari tempat tersebut.
Sofea menangis ketakutan sambil memeluk Boyman yang tidak bermaya. Salah seorang daripada sekuriti itu mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Sebuah Beeman 2004 P17 Deluxe Pellet Pistol di acukan tepat ke kepala Boyman.
"Jangan!" Sofea dengan pantas mengigit tangan lelaki tersebut.
BANG! (Tembakan terlepas)
"Perempuan tak guna!"
Baru sahaja dia hendak menembak Sofea, Pearl pula meluru dengan laju dan menepis serta menendang sekuriti tersebut. Pistolnya terlepas dan dia mengaduh kesakitan. Rakannya yang lain menarik rambut pearl dan menolaknya kuat ke arah dinding. Kepalanya terhantuk dengan kuat dan berdarah. Sofea juga di pukul dan ditampar sehingga pengsan. Manakala, Boyman pula sudah tidak sedarkan diri.
" Apa kata, kita makan dulu habuan kita ni baru kita bunuh mereka. Amacam?" Cadang kawan mereka yang seorang yang sudah berfikir jahat.
"Kami pun nak juga!" Kata tiga pekerja tadi sambil meluru ke arah sekuriti tadi.
Pearl yang sudah pening-pening kepala cuba untuk menjauhkan diri dari mereka semua namun dengan pantas rambutnya ditarik dan wajahnya didongakkan ke atas.
"Waah, kamu cantik juga ye sayang~" Kata sekuriti itu sambil menghidu-hidu wajah Pearl dengan nafas syaitannya.
PUIII!
Pearl meludah wajah lelaki tersebut dengan amarah kebencian.
Lelaki itu marah dan menghentakkan kembali kepala Pearl di atas lantai. Dia menendang-nendang badan Pearl dan memaki hamunnnya.
"Kurang ajar punya pelacur!" Marahnya sambil mengesat air liur Pearl di wajahnya sebentar tadi.
Pearl sudah tidak bermaya lagi. Dia melihat lelaki-lelaki itu semakin menghampirinya. Manakala lelaki yang tadinya diludahi itu mengambil pistol tadi dan mengacukan ke arah Pearl.
"Kamu yang harus aku hantar ke neraka dulu." Katanya dengan senyuman sinis dan kejam.
Baru sahaja dia hendak menekan picu;
Zaap!
Satu benda yang cepat lalu pantas ke hadapannya dengan keras menyebabkan dia terhumban ke belakang dan pistol dalam pegangannya terlepas sekali lagi dan jatuh ke dalam kolam. Satu persatu orang-orang tadi diserang dan dibelasah dengan teruk. Ada diantara mereka yang ketakutan dan cuba berlari keluar dari situ tapi semuanya sia-sia. Pintu keluar tiba-tiba tertutup dan terkunci dengan rapat. Sementara orang yang cuba keluar tadi terhumban jatuh ke dalam kolam. Pearl tidak dapat melihat dengan jelas tentang apa yang berlaku. Yang dia lihat adalah seorang lelaki yang wajahnya bersisik dan mempunyai kekuatan yang luar biasa. Perlahan Pearl menutup matanya dan pengsan di situ.

Love From The SeaWhere stories live. Discover now