OMG Arion!!

189 11 4
                                    


Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat tubuh Arion terapung di dalam kolam renang tersebut. Arion tidak bergerak langsung.
"Hey! Kamu tidak apa-apa??" Teriak Pearl dari tingkat 10. Arion masih kaku dan tidak bersuara. Dengan pantas Pearl berlari menuju ke arah elevator dan turun ke bawah. Sesampainya di Ground floor dia terus meluru keluar dan menuju ke kolam renang. Pearl tercungap-cungap kepenatan. Sesampainya dia di sana dia tidak melihat Arion.
"Aik?? Bukankah tadi dia kat sini? Mana lelaki tu pergi??" gumam Pearl sendiri.
Mata ya melilau ke kiri dan kanan untuk mencari di mana kelibatnya Arion.
"Hey!" laung Pearl.
(Tiada sapaan)
Tiba-tiba Pearl mendengarkan desiran air seperti ada orang sedang berenang di belakang bangunan hospital tersebut. Perlahan Pearl berjalan dan cuba mengintip di balik bangunan tersebut. Tiba-tiba rantai yang dipakai olehnya bercahaya kebiru-biruan. Cahaya sangat terang sehingga menyakitkan mata Pearl. Dia segera menutup cahaya rantai tersebut dengan tangannya. Pearl mengintai, rupanya di belakang bangunan tersebut ada satu kolam yang kecil dan sepertinya kolam ikan hiasan. Pearl seakan tidak percaya apayang dilihatnya.
"A...apa..apakah itu??!" bisik Pearl di dalam hati apabila melihat ekor ikan berwarna biru keemasan yang besar sedang berenang-renang dalam kolam ikan tersebut. Cahaya rantai yang ada di lehernya juga semakin terang. Pearl pun menghampiri kolam tersebut. Mata Pearl tutup buka kerna dia takut kalau tiba-tiba makhluk itu adalah makhluk yang berbahaya ataupun seekor monster yang telah memakan Arion.
Pukulan air telah berhenti berbunyi. Pearl pun memberhentikan langkah kakinya. Dengan pantas dia membukakan matanya yang tertumpu di dalam kolam ikan tersebut. Namun tiada siapa-siapa.
Baru sahaja dia hendak menghampiri kolam ikan tersebut, seseorang telah menarik tangannya dari arah belakang dan membuatkan Pearl teriak kecil.
"Aaah!! Kamu rupanya!" Geram Pearl. Cahaya di rantainya juga sudah tidak kelihatan lagi.
"Apa kamu buat di sini?" Kata Arion selamba.
"Huh? Er... bukankah kamu terjun dari tingkat 10 tadi untuk mencari air?
(Arion menatap wajah Pearl tanpa ekspresi wajah dan malas melayan)
*sigh*
"Awak ne jalan sambil bermimpi kot. Saya dari tadi ada jer kat bilik tu." kalih Arion.
Setelah itu, Arion pun meninggalkan kawasan tersebut dan masuk ke dalam bangunan hospital sambil di ekori Pearl yang masih kebingungan. Sepanjang dalam lif mereka tidak banyak bercakap.
*Ting!*
Mereka berdua pun sampai ke tingkat 10 dan masuk ke dalam bilik wad.
Arion tidur semula di atas sofa, sementara Pearl pulak tidur di atas katil pesakit.
"Biar betul apa yang saya nampak tadi. Macam ada something wrong saja ni. Hmmm... Saya tak puas hati!"geram Pearl. Setelah beberapa lama dia marah-marah sendiri. Tanpa dia sedari dia pun tertidur.
Keesokan harinya awal pagi lagi mereka sudah check-out dari hospital tersebut. Oleh kerna Arion tidak ada tempat tinggal, Pearl mempelawa Arion tinggal bersamanya. Lagipula rantai mutiara biru yang di pakainya itu melambangkan bahwa dia telah berhutang dengan Arion. Sepanjang dalam kereta Arion hanya termenung keluar sahaja. Pearl driving dan sesampainya di sebuah restoran mereka pun duduk dan Pearl memesan makanan untuk mereka.
Dua pinggan mee goreng seafood yang di pesan oleh Pearl tadi sampai di atas meja mereka. Pearl menjamah makanannya dengan lahap sekali. Ini kerana akhirnya dia bebas dari makan makanan hospital yang tidak sedap itu.
"Kenapa tak makan?" tegur Pearl kepada Arion.
"Makanan apa ini? Sepertinya tak sedap!" protes Arion.
" Makan jer lh Baru awak tau sedap ke tak sedap. Kalau tak nak makan bagi aku jer la." geram Pearl.
Baru sahaja Arion hendak mengenggam mee goreng tersebut menggunakan tangannnya segera di tahan oleh Pearl.
"Apa kamu cuba lakukan??"
"Makanlah."
Pearl menepuk dahinya. Dia mengambil garfu dan sudu lantas diberikan kepada Arion.
Arion mengambil sudu dan garfu tersebut lalu memandangnya.
"Apa ini?"
"Huh? Seriously?? Kamu ini datang dari planet mana?? Garfu dan Sudu pun tak kenal ke??" kata Pearl bingung.
"See. Tengok camne I makan." (sambil menunjukkan cara makan menggunakan sudu dan garfu kepada Arion.
Setelah melihat demonstrasi dari Pearl, Arion pun cuba untuk menggunakan Sudu dan garu tersebut dan mengambil mee yang ada di atas piringnya. Tangannya mengigil mengangkat mee di atas garfunya itu. Pearl tertawa kecil melihat gelagat Arion. Seperti budak baru belajar sahaja. Sedang seronok mereka makan, tiba-tiba telefon Pearl berbunyi.
"Mr Sheldon"
Terbeliak mata Pearl melihat nama yang terpampang pada skrin telefonnya itu. Dia berdiri dari tempat dudukya dan pergi keluar restoran sebentar untuk menyambut panggilan tersebut.

Love From The SeaWhere stories live. Discover now