💝 Prince Arion 💝

309 16 0
                                    

(Come in English translation)


"Prangggggg!!!"


Dengan muka bengang Arion menarik baju nelayan tersebut.

"Sa... saya tidak tahu! Dia menawarkan harga yang tinggi."

Pegangan Arion semakin kuat. Isteri dan anak nelayan tersebut berpelukan ketakutan sambil mengiggil.

" Kalau tidak saya akan bunuh orang yang kamu sayangi. Bagitahu saya mana orang berbaju hitam itu!!" bengang Arion.

"Saya tidak tahu ... Sumpah ... Saya betul-betul tidak tahu! Tapi....ta...tapi..." gagap nelayan tersebut.

"Tapi apa??!"

"Ini...!" Sambil menunjukkan kad nama pengusaha syarikat tersebut kepada Arion.

Arion mengambilnya dan menunjukkan kepada ahli penasihat diraja bawah laut.

"Putera. Kita harus pergi ke bawah laut dan bertanyakan kertas kecil ini kepada Froggy." Kata penasihatnya Herold.

Arion meleraikan pengangannya dari baju nelayan tadi dan berlalu keluar dari situ dengan perasaan bengang. Namun dia sempat berkata kepada penasihatnya untuk memadamkan memori nelayan tersebut dan keluarganya.

Herold membacakan sesuatu dan menghipnotis mata mereka dengan manteranya. Nelayan dan keluarganya yang tadi ketakutan, tiba-tiba berkelakuan seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Putera Arion dan Herold pun kembali ke dasar laut dengan menunggang kuda laut emas yang besar. Kaki manusia yang tadinya ada bertukar menjadi ekor ikan apabila sahaja mereka masuk ke dalam laut.

Kelajuan dari kuda laut tersebut adalah lebih cepat dari kereta sports car. Sekejap sahaja mereka telah sampai ke negara di dasar laut. Namun untuk memasuki tempat tersebut adalah sangat sukar. Di depan pintu gerbang ada satu kuraken yang besar dan ganas sedang mengawasi. Manakala di atas dasar laut pula ada sekumpulan jerung putih yang besar sedang mengawal perairan untuk masuk ke negara duyung. Lapisan penghadang juga telah di pasang oleh sang Raja. Ayahnya King Althemist sebanyak 12 lapis. Itu adalah untuk menghalang negara duyung dari terkena bencana alam seperti ribut taufan laut, tsunami dan banyak lagi. Sesampainya di dalam negara duyung, Putera Arion di jemput oleh dayang-dayang istana yang berekor merah jambu. Arion tidak mengendahkan mereka semua dan segera pergi ke rumahnya Froggy. Froggy adalah seekor katak laut yang besar dan berwarna Coklat gelap. Dia adalah ahli sihir diraja dalam negara tersebut.

"Froggy . Putera Arion hendak bertemu kamu. Sila keluar dan datang menghadap." arah Herold.

Pintu dibuka dan mereka berdua pun masuk.

"Your highness, ada apa kalian bertemu dengan aku? Ada apa-apa yang hendak aku bantu?" kata Froggy selamba.

"Froggy beta hendak kamu cari tahu tentang kertas ini. Apa ini boleh membantu beta mencari Airylle??" kata Arion.

"Hmmm... Puteri Airylle yang tercantik di negara duyung... Jika kamu..."
"Sudah! Cukup dengan kata-katamu. Putera akan murka nanti. Cepat bagitahu tentang kertas tersebut!" bentak Herold.

"Hmm... penasihat yang angkuh." kata Froggy dengan muka menyampah.

"Ehemm..! Baiklah Putera, biar saya lihat dahulu." sambil membelek-belek kad tersebut dan meletakkan di depan kedua matanya dengan mulut terkumat-kamit.

Beberapa minit kemudian, dia pun bersuara.

" Ini adalah lokasi dimana tempat yang kamu cari itu berada. Saya boleh rasakan Airylle ada di sana." kata Froggy sambil memejamkan mata.

Love From The SeaWhere stories live. Discover now