SUHAILA yang baru selesai menunaikan solat maghrib terkejut seketika apabila terasa tubuhnya dirangkul erat dari belakang. Pantas dia berpaling. Dilihatnya Iman sedang tersengih menayangkan giginya yang putih bersih.
"Iman ni, buat akak terkejut aje tau". Suhaila berpura-pura marah.
"He...he... saja Iman nak terkejutkan akak," balas Iman sambil mencium pipi Suhaila.
Suhaila melepaskan rangkulan Iman sambil menanggalkan telekungnya. Dilipatnya telekung itu lantas bangun menuju ke rak penyidai di sudut biliknya. Iman masih tersengih-sengih memandang Suhaila.
"Apa sengih-sengih"?
"Ceritalah, kak. Ceritalah..."
"Cerita apa pulak"?
"Ceritalah, dating dengan abang tadi macam mana? Best tak"? Iman mengangkat-angkat keningnya, nakal!
"Dah pukul berapa ni, pergi mandi dan solat. Karang habis waktu pulak". Suhaila cuba menukar tajuk perbualan. Dia sudah mengagak dari tadi lagi Iman akan sibuk bertanya tentang hal siang tadi.
"Alah, akak ni selalu aje camni. Asyik tukar channel aje," Iman tidak berpuas hati.
"Tukar channel ke, tukar satelit ke, pergi mandi cepat. Lepas solat, turun... kita makan sama okey," arah Suhaila sambil terus berjalan keluar dari biliknya. Malas dia hendak melayan Iman.
Iman sudah menarik muncung apabila Suhaila tidak melayannya. Sebaik pulang tadi, Iman sudah tidak sabar untuk mendengar cerita daripada Suhaila tetapi hatinya hampa apabila Suhaila tidak mahu melayannya.
"Takpe...takpe. Akak nak lari mana? Malam ni, akak mesti akan cerita jugak kat Iman. Aku akan korek sampai dapat," ujar Iman sendiri sambil tergelak-gelak.
"Tu apa lagi tu dok gelak sorang-sorang. Pergi mandi cepat," tegur Suhaila tiba-tiba dari pintu biliknya apabila melihat Iman masih berlengah.
Iman buat muka tidak bersalah sambil terus bangkit menuju ke biliknya.
DR. RAZIF masih berteleku di atas sejadah sebaik selesai menunaikan solat isyak. Fikirannya masih menerawang teringatkan perbualannya dengan Suhaila petang tadi. Kisah hidup Iman yang diceritakan oleh Suhaila benar-benar meresahkan hati dan mengganggu fikirannya.
"Kenapa kisah hidup Iman seakan sama dengan kisah yang terjadi dalam keluarga aku"? Dia bersoal jawab sendiri.
"Apakah dia yang aku cari selama ni"? Dr. Razif masih berteka-teki. Perbualannya bersama Suhaila petang tadi kembali ke ruang ingatannya.
"Semalam Su janji nak ceritakan pada abang tentang kisah hidup Iman, kan? Abang nak dengar ke"? soal Suhaila memulakan perbualan ketika mereka melepak mengambil angin di Taman KLCC.
Dr. Razif mengangguk-anggukkan kepalanya. "Tapi, takpe ke kita keluar dating tapi asyik cerita pasal Iman aje? Nanti Su boring pulak," ujar Dr. Razif dalam nada bergurau, tapi jauh di sudut hatinya bimbang juga takut-takut Suhaila cemburu dan terasa hati bila asyik bertanyakan pasal Iman.
"Takdelah nak boring. Kenapa pulak? Hah... abang takut Su cemburu ya"? tebak Suhaila.
Dr. Razif hanya tersengih mendengar tekaan Suhaila.
'Pandai pulak dia baca apa yang ada dalam kepala aku ni,' getus hatinya.
Suhaila tergelak kecil dengan gelagat Dr. Razif. Namun hatinya gembira dengan keprihatinan Dr. Razif tentang perasaannya.
"Abang, Su nak cerita pasal Iman sebab dia kan dah jadi adik abang sekarang. Mudah-mudahan bila abang dah tahu kisah hidup dia, abang akan lebih memahami siapa adik abang tu". Suhaila diam seketika sebelum menyambung kata.

YOU ARE READING
cinta 3 suku ( Herna Diana )
Romance'Sketsa perang' di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran. Iman - gadis comel yang nakal dan ber...