bab 53

8K 82 3
                                        

ARIE melangkah masuk ke bilik Iman setelah selesai menunaikan solat asar. Dia tiba awal di rumah hari ini. Sengaja dia tidak memberitahu Iman. Dia ingin membuat kejutan kepada isterinya itu. Suasana dalam bilik isterinya dipandang. Matanya singgah pada beruang koala yang menjadi kesayangan Iman. Terletak elok beruang koala itu di atas katil.

Dia kemudiannya melangkah ke meja studi Iman. Dia menarik kerusi lalu duduk di situ. Laptopnya yang kini digunakan oleh Iman dihidupkannya.

Terpegun Arie apabila melihat wallpaper pada laptop itu. Iman meletakkan gambar mereka berdua yang diambil ketika bercuti di Pulau Pangkor. Mereka berdua kelihatan cukup mesra dalam gambar itu dengan Iman erat di dalam pelukannya. Arie tersenyum.

Matanya singgah pula pada bait-bait lirik lagu 'Sampai Syurga' yang diletakkan oleh Iman secara teknik tindihan di atas gambar mereka berdua. Arie membaca lirik lagu tersebut sampai habis.

"Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu."

Arie tahu lirik itu adalah luahan hati Iman. Dia tersenyum sendiri. Sedang asyik dia memerhati bait-bait lagu itu, terdengar bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah.

Arie tersenyum. Ada idea nakal menerpa dalam mindanya. Pantas dia bersembunyi di belakang pintu bilik Iman. Dia ingin mengejutkan Iman.

Seperti yang dijangkakan, seketika kemudian pintu bilik itu terkuak. Arie mengeraskan dirinya di balik pintu. Sebaik sahaja Iman memasuki bilik, terus tubuh kecil isterinya dipeluk erat.

"Oh, mak kau!" Iman yang terkejut terus melatah.

Dia sudah mula hendah membuka langkah silatnya namun suara ketawa yang meletus membantutkan niatnya. Dia kenal dengan suara itu.

"Hei, abang ni!" ujar Arie sambil mengeratkan lagi pelukannya.

Iman terus berpusing menghadap Arie. Matanya memandang dengan rasa tidak percaya. Hatinya pula pelik dengan kelakuan Arie yang 'terlebih mesra' itu.

'Demam ke apa laki aku ni?' desis hati Iman.

Iman mencapai tangan suaminya lalu disalam dan dicium penuh hormat. Arie membalas dengan mengucup dahi Iman.

"Abang kata sampai malam ni?" tanya Iman.

Arie masih tidak melepaskan pelukannya.

"Saja abang cakap macam tu. Nak suprise Iman," jawab Arie. Manja pula suaranya.

Iman semakin berasa pelik. Wajah Arie ditenung lagi. Arie hanya buat muka selamba. Dia sedar Iman berasa pelik dengan perubahan sikapnya.

"Iman nak mandi dululah. Peluh ni." Iman cuba menghilangkan gugupnya akibat dipeluk Arie. Dia membebaskan rangkulan Arie.

"Okey," balas Arie sambil mencium pipi Iman.

Iman terpana dengan kelakuan Arie. Arie tergelak kecil sambil mencuit hidung Iman. Dia kemudiannya berpaling untuk keluar dari bilik Iman.

Iman hanya menjongketkan bahunya. Dia terus mencapai tuala dan masuk ke bilik air dengan fikiran yang sarat dengan pelbagai soalan. Sebaik sahaja Iman menghilangkan diri dalam bilik air, Arie masuk kembali ke dalam bilik Iman. Rupa-rupanya dia hanya berpura-pura keluar.

Selesai mandi, Iman keluar dari bilik air dengan hanya tuala yang membalut tubuhnya. Dia terus menuju ke almari pakaian. Dia langsung tidak perasan dengan kehadiran Arie yang sedang berdiri di tepi pintu biliknya.

Naluri Arie makin teruja melihat keadaan Iman yang seksi itu. Terus dia merapati Iman lantas memeluk tubuh isterinya. Wajahnya disembamkan ke leher Iman. Iman benar-benar terkejut dengan kehadiran Arie. Dia menjadi kalut.

cinta 3 suku ( Herna Diana )Where stories live. Discover now