bab 35

4.8K 74 4
                                        


TENGAH HARI itu, kedua-dua keluarga itu sekali lagi berkelah beramai-ramai di bawah pokok mangga di halaman rumah untuk menikmati hidangan. Dr. Razif dan Suhaila yang kebetulan baru sahaja tiba turut memeriahkan lagi suasana.

"Tok wan dah sihat ke?" Dr. Razif ramah bertanya. Ketika itu, mereka baru sahaja memulakan makan.

"Alhamdulillah. Sihat dah," jawab tok wan.

"Minta maaflah, Su dengan Abang Razif tak dapat balik awal jenguk tok wan." Suhaila pula berbahasa.

"Takpa aih. Bukan teruk sangat pun," tukas tok wan. "Tok wan tahu tak, kenapa tok wan boleh jatuh hari tu? Iman menyampuk membuatkan tok wan yang hendak menyuap nasi terhenti. Tok wan tersenyum penuh makna kepada Iman.

"Tahu." Ringkas jawapan tok wan.

Bulat mata Iman memandang tok wan. Tok wan hanya tersenyum sambil mengangguk sedikit kepalanya.

"Hisy, budak ni! Kan dah tahu hari tu tol wan tergelincir. Tanya pulak dia," bebel Puan Aishah.

"Hah, tulah... ibu tak tahu," kata Iman membuat semua yang ada memandangnya.

"Tahu apa?" Dr. Razif pula bertanya.

"Misteri nusantara. Usah biarkan hidup anda diselubungi misteri." Iman membuat lawak dengan meniru gaya percakapan pengacara rancangan Misteri Nusantara.

"Budak ni. Dia main-main pulak," marah mama.

Iman tersengih.

"Ni dengar Iman nak cerita hal sebenar. Sebab tok wan dah sihat, bolehlah Iman cerita." Iman memandang tok wan.

Tok wan hanya tersenyum.

"Sebenarnya hari tu, tok wan jatuh bukan sebab tergelincir." Iman memulakan ceritanya.

"Habis tu sebab apa?" kalut mama bertanya.

"Tok wan kena tolak sebenarnya," ujarnya lagi.

Semua yang ada terkejut mendengar ucapan yang keluar daripada mulut Iman. Tok wan masih tersenyum sambil meneruskan suapannya.

"Hah? Siapa yang tolak?" tanya Arie.

"Siapa lagi. Ha nun ta wau la," beritahu Iman.

Makin terkejut semua yang ada.

"Dia tolak tok wan. Lepas tu, dia tekan-tekan tok wan dalam air. Iman nampak," sambungnya lagi.

"Iman ni merepek ajelah. Saja nak reka cerita yang bukan-bukan erk?" tukas Puan Aishah.

"La, betul bu. Iman tak tipu." Iman membela diri.

"Iman ni saja nak kenakan orang, kan?" duga Dr. Razif pula.

"Tak percaya sudah. Iman tak kisah. Lagipun, Iman tak suruh semua orang percaya apa yang Iman cakap," ujar Iman sambil tergelak-gelak nakal. Dia terus bangun dari silanya.

"Tu nak pi mana pulak?" tanya Puan Aishah.

"Ambik kicap," jawab Iman sambil berlalu ke dalam rumah. Semua yang ada sudah tergeleng-geleng kepala dengan gelagat nakal Iman.

"Merapu sungguh Iman ni. Ada saja idea dia nak kenakan orang," kata Dr. Razif.

"Iman tu pernah belajar silat ke, Zif?" tok wan tiba-tiba bertanya. Dr. Razif mengerutkan dahinya.

"Entahlah, tok wan. Tapi yang Zif tahu, dia tu tali pinggang hitam karate adalah. Kenapa tok wan?"

"Tapi, Iman pernah cerita dengan Su. Dia pernah belajar silat sikit-sikit dengan arwah abahnya dulu. Arwah abah dia tok guru silat." Suhaila menyampuk.

cinta 3 suku ( Herna Diana )Where stories live. Discover now