Bab 1

347K 10.4K 3.1K
                                    

              Hayden memakai kot kerjanya sebelum dia memandang diri sendiri di dalam cermin. Bibir menayangkan senyuman nipis tanda berpuas hati. Kunci kereta Audi dicapai. Kaki melangkah ke tingkat bawah.

"Madre llamó hace un momento (mummy call tadi)", kata Jayden yang sudah berdiri di tepi kereta milik Hayden.

"Qué quiere ella ? (apa mummy nak ?)", tanya Hayden yang sudah melangkah masuk ke dalam kereta.

"You knew it bro", jawab Jayden yang juga telah masuk ke dalam kereta.

"Marriage ? Ugh... I'm fucking tired talk about that shit", kata Hayden mendatar. Tangan sudah mula menghidupkan enjin kereta sebelum dia terus memulakan pemanduannya.

Darlene memakai baju kemejanya dengan kemas. Kot bewarna hitam dipakai diluar kemejanya. Kasut tumit tinggi sehingga empat inci tinggi disarung cantik.

             "Kau yakin ke boss kau akan bagi aku kerja kat sana ?", tanya Aina yang sedang memerhati rakan serumahnya yang sedang sibuk mengunci rumah sewa mereka.

             "Aku tak boleh janji. Tapi yang pasti, orang atasan kat company tu memang baik", kata Darlene lembut. Tangan membuka pintu Honda Jazz miliknya.

             "Mana kau tahu ?", tanya Aina masih ragu-ragu untuk meminta kerja di syarikat besar yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur itu. The Louise Holdings.

             "Aku dah kerja sana bertahun lah, aku tahulah. Banyak cakaplah kau ni. Minggu lepas kau yang sibuk suruh aku carikan kau kerja, harini nak banyak tanya pulak", omel Darlene sambil dia menghidupkan enjin kereta miliknya.

             "Kau pernah jumpa ke dengan orang atasan company yang kau kerja tu ?", tanya Aina lagi. Otak masih penuh dengan soalan.

             "Tak pernah. Pekerja bawahan macam aku mana layak nak jumpa dengan diorang. Bertembung pun tak pernah. Lagipun memang susah nak jumpa dengan boss kat situ. Diorang stay kat US", terang Darlene yang sudah memulakan pemanduannya.

              "Diorang ?"

              "Boss dalam company aku tu ada ramai. Semua jawatan tinggi. Takda siapa berani ingkar arahan diorang. Sebab diorang absolutely looked scary", terang Darlene lagi.

              "Kau pun takut dengan diorang ke ?", tanya Aina lagi.

              "Macam mana aku nak takut kalau jumpa pun tak pernah lagi", kata Darlene lembut.

              "Habistu macam mana aku nak mintak kerja kalau nak jumpa dengan boss pun susah ?"

              "Kau akan jumpa dengan orang bawahan dia je sis. Bertahun kerja situ pun belum tentu boleh jumpa dengan boss"

       
              Hayden melangkah keluar dari Audi miliknya sebelum tingkap keretanya dipandang seminit.

              Rambut coklat cair keperangannya dibetulkan sedikit sebelum tali leher maroon yang dipakainya dikemaskan.

             "Hensem-hensem bukan ada orang nak pun. Tak payah nak acah sangat lah bro", kata Jayden yang baru melangkah keluar dari kereta yang sama.

              Hayden langsung tidak mempedulikan kata-kata adik kembarnya sebelum dia terus melangkah untuk masuk ke dalam bangunan gah milik ketuanya itu.

             "Bro !!!", jerit Jayden kuat.

              Hayden menoleh ke belakang sebelum matanya terus tertumpu pada adik kembarnya. Kening diangkat sedikit.

[Terbit ]Mr. Headhunter [UNEDITED]Where stories live. Discover now