Bab 3

120K 7.7K 3.4K
                                    

"Kau dah apahal, kak ? Dah nak mampus ke ?", tanya Ariq yang menyedari kakaknya yang sudah bertahun tidak menjejakkan kaki di Malaysia tiba-tiba boleh muncul di depan pintu.

"Kenapa ? Salah ke aku datang nak jenguk korang buat kerja ? Mati ke kalau aku datang ?", tanya Arisha bertubi-tubi. Kaki terus melangkah masuk ke dalam bilik itu sebelum dia terus berdiri di hadapan Hayden yang masih diam membisu.

"Kau datang nak jenguk kitorang atau nak jenguk Hayden ?", usik Ariq.

Hayden hanya menunduk kepalanya sedikit dengan wajah tanpa reaksi. Matanya merenung ke dalam anak mata Arisha.

"How are you ?", tanya Arisha lembut.

"Hmm", jawab Hayden sebelum dia terus melangkah keluar dari bilik itu.

"Hayden !", panggil Arisha kuat.

Hayden tidak mempedulikan panggilan Arisha malah terus melangkah ke arah lif VVIP.

"Apa masalah dia tu ?", tanya Spencer mendatar.

Jayden hanya memerhati abang kembarnya yang tiba-tiba berubah perwatakan. Apa yang dah berlaku sebenarnya ni ?

Hayden melangkah keluar dari lif sebelum tangannya mengeluarkan kunci kereta dari kocek seluar.

"Apasal tiba-tiba datang sini ? Orang nak buat kerja pun jadi susah", bisik Hayden seorang diri.

Tiba-tiba Hayden terpandang seseorang dari jarak jauh. Kakinya terus berhenti melangkah. Gadis itu sedang sibuk berborak dengan seorang lagi gadis melayu.

Gadis itu menoleh ke arah Hayden. Mata bertentang mata.

Satu saat... Dua saat... Tiga saat...

Hayden tersenyum nipis sebelum dia menoleh ke arah lain. Kaki meneruskan langkahnya.

Darlene jelas terkejut dengan senyuman nipis yang ditayangkan lelaki itu.

"Tu.... Sir Hayden....", bisik Darlene perlahan. Mata masih memandang ke arah Hayden yang sudah melangkah keluar dari bangunan itu.

Dia cukup terkejut dengan senyuman daripada Hayden. Lelaki itu langsung tidak pernah menayangkan senyuman sebelum ini. Dan dia pasti itu ialah Hayden kerana Jayden memakai tali leher bewarna biru manakala Hayden memakai tali leher bewarna maroon.

"Dia nak pergi mana ?", bisik Darlene perlahan. Kaki terus melangkah ke arah pintu kaca bangunan itu. Mata masih memandang ke arah kereta milik Hayden yang masih belum bergerak.

"Belum waktu lunch lagi ni. Nak pergi mana pulak sir ni ?", tanya Darlene seorang diri.

"Meeting", kata satu suara garau dari belakang Darlene.

Dengan pantas Darlene terus menoleh ke belakangnya.

"Sir !!!", jerit Darlene dek kerana terlalu terkejut.

"Dia nak pergi meeting. Kenapa ? Kau nak ikut dia ke ?", tanya Jayden mendatar.

"Ttt..ak... Tak...", jawab Darlene perlahan.

Jayden menundukkan sedikit badannya sebelum dia merenung ke dalam anak mata Darlene.

"Kau suka dia ke ?", tanya Jayden perlahan.

[Terbit ]Mr. Headhunter [UNEDITED]Where stories live. Discover now