Bab 19

100K 8.2K 4.6K
                                    

Darlene meletakkan beg pakaiannya di dalam bilik bewarna kelabu itu. Bilik itu adalah bilik Hayden dan Jayden. Tetapi disebabkan mereka sudah berkahwin, Aryan menyuruh Jayden untuk pindah keluar dan Darlene pindah masuk ke dalam.

               Semalam Darlene langsung tidak keluar dari bilik kerana takut kalau Hayden memanggilnya supaya tidur di dalam bilik bersamanya tetapi hari ini bos besar yang menyuruhnya untuk pindah. Siapa yang berani lawan cakap Aryan ? Ariq bodoh tu je

   "Letak je kat atas lantai tu. Kalau nak guna, sangkut letak dalam almari", kata satu suara garau dari arah belakang Darlene.

                 Darlene menoleh ke belakang sebelum dia mengurut dadanya.

               "Terkejut saya... Sir ni, boleh beri salam dulu tak ?", kata Darlene sambil membetulkan selendangnya.

                "Ni bilik aku lah. Perlu ke aku beri salam kalau nak masuk bilik aku sendiri ?", tanya Hayden sambil melangkah untuk duduk di hujung katil.

                 "Yalah, sir. Saya nak ambil wudhu kejap", kata Darlene sambil melangkah mahu keluar dari bilik itu.

                "Dalam bilik ni takda bilik air ke ?", tanya Hayden mendatar. Mata hanya memerhati isterinya itu.

                "Ada", jawab Darlene sepatah.

                "Habistu kau nak pergi bilik yang sebatu tu kenapa ?", tanya Hayden sambil berbaring di atas katil. Badannya letih sangat menyiapkan pelbagai jenis kerja.

                 "Saya tak biasa...", Darlene tidak sempat menghabiskan ayatnya sebelum ayatnya dipotong laju.

                 "Biasakan diri. Lepasni kau akan duduk serumah dengan aku juga", kata Hayden sambil menutup matanya menggunakan lengannya.

                  Darlene hanya memerhati Hayden yang seperti mahu tidur itu. Lelaki itu kelihatan sangat letih. Entah apa lah yang dia buat agaknya.

                 "Aku buat kerja. Training lagi. Penat tahu tak ?", kata Hayden yang seperti dapat mengagak apa yang bermain di minda isterinya itu.

                "Err... Sir rehatlah ya... Saya nak solat maghrib kejap", kata Darlene sebelum terus melolos masuk ke dalam bilik air yang sebesar alam itu.

                 Hayden membuka matanya sebelum dia tersenyum nipis. Perlahan-lahan kepalanya diletakkan di atas bantal. Penat sangat-sangat. Beri aku rehat kejap.

                Darlene melangkah keluar dari bilik air sebelum dia terus membentang sejadah di dalam bilik itu. Telekungnya dipakai dengan kemas sebelum dia menoleh ke arah Hayden yang sudah nyenyak. Sungguh kacak walaupun di dalam tidur. Perlahan-lahan Darlene tersenyum nipis.

                  Darlene terus memulakan solatnya seperti biasa sebelum dia membaca al-Quran.

                 Hayden membuka matanya sedikit selepas mendengar ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca oleh Darlene. Gadis itu sedang mengaji. Sungguh merdu. Kesian kau... Hari-hari buat pahala tapi terpaksa berkahwin dengan orang yang hari-hari buat dosa. I'm sorry...

                 "Sir dah bangun ?", tegur Darlene yang menyedari dirinya sedang diperhati.

                "Hmm", jawab Hayden sambil duduk dari baringnya.

                "Sir nak solat isyak sekali dengan saya tak ?", tanya Darlene lembut.

                "Takpalah. Kau solat jelah. Doakan untuk aku sekali", jawab Hayden sebelum dia terus melangkah turun dari katil.

[Terbit ]Mr. Headhunter [UNEDITED]Where stories live. Discover now