......sambungan Kes 1

771 63 5
                                    

...

Di Bilik Siasatan Sementara, pukul 8.45 pagi.

BILIK siasatan sementara mengambil tempat di pondok jaga yang berada berhampiran pintu pagar masuk. Semua penyewa diminta untuk memberi keterangan secara berperingkat dan harus menunggu sehingga dipanggil. Tempat kejadian telah terjadi di tingkat dua dan rumah flat itu mempunyai tiga tingkat dengan lima belas buah rumah sewa.

Mokhtar mula mengambil-alih tugas menyoal-siasat. Polis bawahan yang menyoal-siasat tadi ke tepi dan menjaga tempat itu pula. Arifan kemudiannya duduk di sebelah Mokhtar dan turut membantu proses terbabit.

Almi dan Liam yang turut berada di bilik itu berdiri di penjuru pondok jaga itu. Mata Almi masih meliar melihat-lihat sekeliling pondok. Dia juga mengintai bangunan rumah flat melalui tingkap. Dia dapat melihat rumah flat mangsa menerusi tingkap terbabit.

"Panggil penyewa seterusnya." arah Mokhtar tegas.

"Baik Tuan!" jawab polis bawahan itu dan terus keluar dari pondok lalu memanggil penyewa yang lain.

Selepas beberapa minit, terdapat empat orang memasuki pondok terbabit dan salah seorangnya polis bawahan tadi. Mokhtar melihat ketiga-tiga orang itu pelik.

"Kenapa kamu panggil tiga-tiga terus!? Panggil sorang-sorang." tegur Mokhtar.

"Maaf Tuan. Tapi, mereka merupakan kawan kepada mangsa. Dan yang hujung sekali itu ialah kawan baik mangsa yang menemui mangsa pagi tadi. Saya ingatkan mereka mungkin dapat membantu kes ini. Jadi, saya membenarkan mereka masuk sekaligus." jawab polis bawahan itu.

"Oh, okeylah. Kerusi hanya ada dua sahaja sekarang, jadi kamu bertiga bergilir duduk sementara orang bawahan saya mencari kerusi lebih. Kamu pergi cari kerusi lebih satu lagi!" arah Mokhtar kepada polis tadi.

"Baik!" polis bawahan itu mendabik dada dan terus memulakan pencariannya untuk mencari kerusi.

"Kamu boleh duduk." ajak Arifan dengan lembut.

Seorang lelaki dan seorang perempuan mula duduk di atas kerusi itu. Manakala, seorang lagi berdiri. Lelaki yang duduk itu merupakan kawan baik mangsa, Abdul Rahman (26). Manakala, perempuan yang duduk itu pula merupakan tunang mangsa yang bernama Maria (25). Lelaki yang berdiri itu pula kawan mangsa, Hadid (26).

"Boleh saya tahu kenapa kamu bertiga bersama-sama pula? Bukan hanya awak sahaja yang ke rumah mangsa pagi tadi?" duga Mokhtar kepada mereka bertiga dan kemudiannya mengalih pandangan kepada Abdul iaitu kawan baik mangsa dan merupakan orang pertama yang menemui mangsa tadi.

"Sebenarnya kami bertiga akan jadi proofreaders untuk arwah pagi ini, sebelum arwah menghantar manuskripnya esok. Saya dan Hadid memang proofreaders arwah sedari dulu lagi. Malahan, arwah juga akan jadi proofreader untuk kami berdua. Saya dan Hadid juga merupakan novelis. Namun, kami tidak sepopular arwah. Kami hanya dikenali di dalam laman sesawang Webno." jelas Abdul lembut.

Matanya agak kemerahan ketika itu kerana turut menangis pagi tadi sewaktu menemui mayat mangsa.

"Tapi, awak berdua pernah berkolaborasi dengan arwah kan. Kolaborasi awak dengan mangsa telah menghasilkan novel Tasik di Tepi Rumah Nenek. Kolaborasi Hadid dan mangsa sendiri pula telah berjaya menghasilkan satu lagi naskhah novel yang bertajuk Penghujung Dunia. Betul tak?" celah Almi sambil mengerling ke arah Hadid yang sedang berdiri.

Mokhtar menghembuskan nafasnya berat kerana tidak suka Almi menganggu soal-siasatnya.

"Ya." jawab Hadid tenang.

"Okeylah kalau macam tu. Siapa yang ingin beri keterangan dahulu?" soal Arifan.

Maria mengangkat tangannya dengan laju.

Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)Where stories live. Discover now