......sambungan Kes 1

555 54 3
                                    

...

Di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Langit, pukul 11.00 pagi.

MOKHTAR mengetuk pintu bilik Senior Deputi Komisioner Polis, Dato' Jamaludin yang juga merupakan Ketua Cawangan polis di situ. Selepas beberapa saat barulah dia mendengar D Jamaludin membenarkan dia untuk masuk. Mokhtar membuka pintu itu dan menuju ke meja kerja D Jamaludin.

"Maaf sekiranya saya menganggu Dato'." kata Mokhtar sambil mendabik dada.

"Tak apa. Kamu duduklah dulu." arah D jamaludin dengan lembut serta dengan senyuman manis.

Mokhtar terus duduk selepas dipelawa.

"Ya? Kamu ingin melaporkan sesuatu kepada saya ke?" sambung Jamaluddin.

"Dato', kenapa budak lelaki itu diberikan pas istimewa daripada pihak polis?" soal Mokhtar pelik.

"Jika tempat tidak formal macam ni tidak perlulah panggil Dato bagai."

"Huh, kenapa ayah bagi kebenaran untuk budak tu menganggu kerja saya menyiasat hari ini? Saya boleh uruskan semuanya sendiri." kata Mokhtar kepada D atau merupakan ayah tirinya.

"Huh, dia membantu juga kan. Tengoklah kamu dapat menangkap pembunuh tu dengan sekelip mata." kata D teruja sambil melebarkan kedua-dua tangannya.

"Ayah, siapa dia?"

"Sebenarnya dia anak ayah dengan isteri ayah yang kedua..." jawab D selamba. Mokhtar menjegilkan matanya.

"Apa dia Ayah!?"

"Kamu tertipu kan."

"Ayah rasa ia lawak ke? Saya tengah serius ni Ayah, benda macam ni mana boleh buat main. Macamana ayah boleh jadi Ketua Polis di sini!?"

"Ayah minta maaf. Ayah naik pangkat sebab kebolehan ayahlah. Masa ayah muda-muda dulu, banyak kes ayah tangani. Macam nilah, ayah akan cerita dari A sampai Z pasal budak tu."

Dato' Jamaludin menghembuskan nafas ringan terlebih dahulu.

"Sebenarnya, budak itu dari Skuad Penyiasatan Manusia Genius (SPMG). Ia sebenarnya daripada organisasi baharu yang dibina oleh Menteri Pertahanan Awam secara rahsia. Tugas mereka ialah membantu siasatan polis dan kamu harus tau, A13-R10 atau budak lelaki di tempat pembunuhan itu tadi merupakan ahli yang paling muda dalam skuad itu. Skuad itu mempunyai 10 orang ahli pasukan, dan Almi merupakan yang paling genius serta muda."

"Dia budak lagi Ayah. Ayah percaya ke pada budak yang baru berumur 13 tahun. Entah-entah, baju dalam pun masih mak ayah yang basuh."

"Macamana dengan kamu? Kamu sudah 35 tahun, tapi baju dalam kamu pun orang lain yang basuhkan. Maksud ayah isteri kamulah yang basuhkan..."

"Ia lain Ayah."

"Eya? Tapi seingat ayah, masa kamu berumur 17 tahun pun, mak yang basuhkan spender kamu semua tu."

"Ayah pun sama, kan. Masa ayah kecik-kecik dulu." Mokhtar melemparkan paku buah keras.

"Eh, masa Ayah kecik-kecik dulu, Ayah basuh sendiri. Ayah ingat lagi, ada suatu hari itu Ayah lupa basuh baju dalam ayah dan Nenek kamu terus tenyeh seluar dalam ayah ke muka ayah ni. Ayah demam sampailah seminggu."

Mokhtar melihat ayahnya tajam sebelum bercakap kembali.

"Pokoknya, ia tidak rasional. Macamana kita boleh menerima siasatan dia. Siasatan itu mesti tidak sah. Budak-budak mestilah berfikiran kebudak-budakkan."

"Ya, dia memang budak-budak tapi, minda dan akal dia sudah menjangkaui umur 30 tahun. Dia tidak berfikir seperti kanak-kanak biasa, minda dia lebih jauh ke hadapan. Kamu tahu ini kes dia yang ke berapa?" duga Jamaludin.

Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)Where stories live. Discover now