......sambungan Kes 2 Bhg Akhir

575 57 4
                                    

...

Keesokkannya, di rumah penjaga mangsa, pukul 9.00 pagi.

ALMI membunyikan loceng rumah mangsa sebanyak dua kali. Selepas itu, barulah suatu kelibat kelihatan di sebalik pintu utama rumah. Seseorang itu terus membuka pintu pagar dan melihat ke arah Almi pelik.

"Kamu budak lelaki semalam, kan?" soal Fasha. Almi mengangguk.

"Boleh saya masuk?"

Fasha mengangguk ringan. Almi terus memasuki perkarangan rumah. Namun dia tidak menuju ke arah pintu masuk utama rumah sebaliknya ke arah dua buah kereta yang berada di perkarangan rumah itu. Liam menurut dari belakang. Fasha kepelikkan sekali lagi. Dia turut mengikuti Almi ke kereta itu.

"Er, kenapa?" soal Fasha kepada Almi.

Namun, Almi hanya mendiamkan dirinya. Kemudian, dia memandang ke arah Fasha.

"Mana satu kereta Puan, dan yang mana kereta Tuan?" duga Almi kepada Fasha.

"Saga hitam tu saya punya, dan Vios itu suami saya yang punya." jawab Fasha tenang.

Almi mengangguk dan memeriksa kedua-dua buah kereta. Almi melihat ke arah enjin kereta terlebih dahulu. Kemudian, barulah dia melihat ke arah tayar kereta. Selepas itu, dia menuju ke bonet kereta. Dia memerhatikan bonet kereta itu agak lama. Kemudian, dia mengangguk-angguk. Setelah puas barulah dia memasuki rumah mangsa.

"Assalamualaikum dan selamat pagi." sapa Almi kepada Borhan yang tercegat di hadapan pintu masuk.

Borhan mengangguk. "Waalaikumussalam."

Borhan telah mempersilakan Almi dan Liam masuk ke rumahnya. Almi memasukinya laju dan terus ke ruang tamu rumah mereka. Borhan dan Fasha kepelikkan sekali lagi.

Almi mengambil alat kawalan TV dan membuka TV itu. Borhan dan Fasha terpaku. Borhan terus merampas alat kawalan TV pada tangan Almi.

"Apa kamu buat ni. Kamu tahu tak, kami baru sahaja kehilangan seseorang!" jerkah Borhan garang.

Almi memandang ke arah Borhan kosong dan mengambil alat itu kembali daripada tangan Borhan.

"Jangan risau, saya hanya ingin melihat simpanan rakaman dalam TV ini. Selepas itu, saya akan menutupnya kembali." jawab Almi dengan bersahaja.

"Eh, untuk apa!?"

"Abang, sabarlah." Fasha mendekati suaminya dan menggosok dada suaminya itu.

"Janjikan selepas itu kamu akan menutupnya." ujar Fasha kepada Almi.

Almi mengangguk dan melihat rakaman itu satu-persatu. Ia merupakan rakaman berita. Almi mempercepatkan rakaman itu dan akan berhenti pada bahagian yang menarik minatnya. Terdapat beberapa rakaman berita dari TV itu dan semua berita itu menyentuh kes pembunuhan bersiri tersebut. Selepas puas, barulah Almi menutup TV itu semula.

"Siapa yang merakam semua berita itu?" duga Almi. Fasha mengangguk.

"Saya." jawab Fasha ragu-ragu.

"Boleh saya tahu kenapa kamu hanya merakam berita yang cover pasal pembunuh bersiri sahaja?" soal Almi dengan pandangan kosong.

"Um, sebab saya ingin tahu pasal pembunuhan bersiri tu supaya saya dan keluarga saya berjaga-jaga."

Almi menganggukkan kepalanya dengan perlahan.

"Boleh saya tahu di manakah bilik mangsa?" soal Almi sambil matanya meliar melihat sekeliling rumah itu.

Fasha menelan air liurnya. "Di...di atas."

Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)Where stories live. Discover now