......sambungan Kes 2

451 56 1
                                    

Di sebuah bangunan 8 tingkat, pukul 2.00 petang.

USAI makan tengahari di restoren berdekatan bangunan tempat seseorang itu bekerja dan mengerjakan solat Zohor, Liam dan Almi meneruskan perjalanan mereka ke sebuah bangunan. Liam dan Almi memasuki pintu masuk bangunan yang merupakan headquarter syarikat seseorang itu bekerja.

Almi memasuki bangunan utama syarikat penapisan air iaitu Kuways bersama-sama Liam. Setalah itu, mereka menuju ke arah kaunter penyambut tetamu.

"Hai, boleh saya bantu?" soal seorang wanita bertudung hitam dan memakai baju seragam yang mempunyai logo Kuways.

"Hai, Assalamualaikum. Saya ingin ke tempat kerja salah seorang pekerja di tempat ini."

Almi meletakkan Pas Kebenaran Istimewa Polis di atas meja penyambut tetamu tersebut.

Perempuan itu menelan air liur sebelum mendail nombor seseorang dan bercakap dengan seseorang di talian tersebut. Tidak lama setelah itu, seorang perempuan yang berpakaian kemas dan berkot hitam menghampiri mereka.

"Hai, saya Pengurus di sini. Kamu dari pihak polis ke?" soal pengurus perniagaan itu. Almi mengangguk laju.

"Jadi, boleh saya bant..." belum sempat pengurus itu menyambung kata-katanya, Almi menyampuk.

"Boleh saya tahu tempat kerja pekerja ini?" soal Almi sambil menayangkan gambar seseorang itu kepada Pengurus terbabit.

"Ah, dia di Bahagian Pentadbiran, boleh cari tempatnya di tempat pengkeranian. Jom ikut saya." ajak Pengurus itu lembut dan memulakan perjalanannya.

Almi dan Liam mengikut dari belakang.

"Puan tahu dia masuk kerja pukul berapa hari ini jika mengikut punch card?" soal Almi kepada pengurus terbabit.

"Rasanya dalam 9.00 pagi, sebab dia ada mesej saya dan beritahu saya yang dia sakit kepala. Jadi, saya bagi dia datang lewat sebab memberi peluang untuk dia ke klinik. Ha, kita dah sampai. Hujung sekali tu meja dia." balas Pengurus itu lalu memberikan senyuman manis kepada Almi.

Almi mengangguk dan terus ke meja seseorang yang dia syaki itu setelah ditunjukkan oleh pengurus itu tadi. Almi memeriksa setiap inci meja seseorang terbabit dengan teliti. Dia membuka dokumen itu satu-persatu kerana ingin mencari sesuatu yang akan menarik minatnya. Rakan sekerja seseorang itu memerhatikan Liam dan Almi dengan wajah takut dan terpinga-pinga.

Almi membuka laci meja pula. Di meja itu terdapat tiga laci dan Almi membukanya satu-persatu. Semasa memeriksa kandungan dalam laci ketiga, Almi terjumpa suatu sampul berwarna coklat dan membukanya. Dia dapat melihat beberapa gambar perempuan dalam linkungan umur 20 sehingga 30-an.

Kemudian, dia melihat ke arah belakang setiap gambar. Di belakang gambar itu telah tertulis nama, umur serta pekerjaan mereka. Almi melihat ke dalam sampul itu pula.

Terdapat suatu surat di dalamnya. Dia mengambilnya dan membaca surat terbabit lantas memberikannya kepada Liam. Liam mengambilnya.

"Kamu pegang dulu sampul itu. Selepas kes ini terbongkar, barulah kamu berikannnya kepada pihak polis." kata Almi kepada Liam.

Liam mengangguk. Almi meneruskan pencariannya lagi. Dia mula duduk mencangkung kerana ingin melihat bawah meja seseorang itu. Di bawah meja itu terdapat sebuah kotak yang dibalut dengan plastik hadiah.

Almi mengangkat kotak itu dan meletakkannya di atas meja. Dia cuba mengoyakkan plastik hadiah di luar kotak terbabit. Namun, seseorang telah menyampuk.

"Nanti. Rasanya tak perlu kut selongkar kotak itu juga. Kawan saya baru balutkannya tadi sebab dia nak bagi hadiah untuk pasangannya nanti. Minggu depan ulang-tahun perkahwinan dia." celah rakan sekerja seseorang itu.

Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)Where stories live. Discover now