......sambungan Kes 1 Bhg Akhir

622 58 15
                                    

...

Di Flat Rumah Flat Mangsa, pukul 8.50 malam.

SESEORANG bersembunyi di sebalik dinding bangunan flat itu. Kemudian dia mengintai ke arah rumah flat mangsa. Setelah pasti tiada polis lagi yang menjaga tempat itu, dia terus menuju ke arah pintu rumah mangsa. Dia mengambil kunci rumah di dalam poket dan mula membuka pintu rumah menggunakan kunci terbabit. Selepas pintu terbuka, dia meluru masuk ke dalam dan mengunci rumah itu kembali.

Suasana di dalam bilik itu agak gelap gempita memandangkan lampu rumah tidak terpasang. Dia juga tidak mahu memasang suis lampu kerana takut sesiapa perasan seseorang telah memasuki rumah mangsa. Dia memasang aplikasi lampu suluh menggunakan telefon pintar miliknya dan mula menyuluh rumah mangsa.

Seseorang itu menuju ke arah katil mangsa dan mula mencari sesuatu. Kemudian, dengan tiba-tiba keadaan rumah mangsa menjadi cerah. Seseorang itu terkejut dan menutup mata apabila dia matanya silau dengan lampu yang dipasang secara tiba-tiba.

"Kamu buat apa di sini? Dengan keadaan gelap lagi?" soal Mokhtar kepada seseorang yang sedang mencari sesuatu di katil mangsa.

Sesorang itu menelan air liurnya.

"Um...Tu-tuan, sa-saya sedang mengemas barang-barang arwah. Ibu bapa arwah menyuruh saya mengemas barang-barang arwah bagi pihak mereka." jawab seseorang itu dengan wajah cuak.

"Tanpa pelepasan dari pihak polis. Tempat ini masih lagi dalam pengawasan polis. Lagipun, tak akanlah kamu mengemas barang-barang dalam keadaan gelap macam ini?" cantas Mokhtar dengan perasaan aneh.

"Saya...saya..." seseorang itu kehabisan idea untuk menjawab persoalan Mokhtar.

"Encik ialah pembunuhnya, kan." celah Almi yang turut berada di situ daripada awal lagi.

Sebenarnya dia dan Liam telah sampai daripada awal lagi. Setelah sampai di sana, dia terus menghantar mesej kepada Mokhtar untuk ke rumah mangsa kembali. Selepas Mokhtar dan Arif sampai, mereka menunggu di dalam rumah itu tanpa memasang lampu.

Wajah seseorang itu mula berpeluh.

"Bukan saya. Terang-terang lagi yang Abdul ialah pembunuhnya. Pisau yang dia tikam arwah Awang ada cap jari Abdul. Jadi, mustahil saya yang membunuh arwah." kata sesorang itu atau Hadid dan cuba untuk bertenang kembali.

"Tuan Mokhtar. Tuan ada beritahu sesiapa pasal cap jari yang ditemui di pisau itu ke selain saya, Liam dan Tuan Arif? Pada tengahari tadi, hanya saya, Arifan dan Liam sahaja yang berada di bilik soal siasat sewaktu giliran Abdul membuat penerangan. Jadi, hanya kami yang mengetahui pemilik cap jari di pisau tersebut, kan." soal Almi kepada Mokhtar.

"Ya, betul tu." jawab Mokhtar ringkas. Arif yang berada di situ juga turut kepelikkan.

"Macamana kamu tahu cap jari yang ditemui itu milik Abdul sedangkan Tuan Mokhtar tidak pernah memberitahu kamu akan hal itu. Pagi tadi semasa di dalam bilik siasatan sementara, Tuan Mokhtar hanya menyebut cap jari sahaja. Tuan Mokhtar tidak menyebut nama sesiapa pun semasa dia dalam talian dengan Pihak Forensik." kata Almi dengan bersahaja.

Hadid terpanar. Dia menelan air liur dengan perlahan.

"Saya agak sahaja memandangkan persamaan matematik itu ada nama Abdul seperti yang dicakapkan oleh Tuan Mokhtar pada pagi tadi." sangkal Hadid dengan yakin apabila dia telah mendapatkan keyakinannya semula.

"Persamaan itu bukan ditulis oleh mangsa. Tetapi, pembunuh." ujar Almi dengan tenang sekali lagi.

Hadid membuntangkan matanya. Mokhtar dan Arif turut kepelikkan. Mereka berdua melihat ke arah Almi dengan perasaan ingin tahu.

Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)Where stories live. Discover now