Kes 2: Misteri Pembunuh Bersiri

731 58 1
                                    

Di dalam sebuah rumah teres, pukul 8.30 malam.

SEPASANG suami isteri sedang duduk di atas kerusi di ruang tamu rumah mereka. Si suami sedang asyik melihat laman mukabuku pada skrin telefon pintarnya. Isterinya pula menonton TV dengan fokus. Kemudian, si isteri berpaling ke arah suaminya itu.

"Abang, tengoklah TV ni. Berita penting tu, Bang." tegur si isteri ataupun, Fasha (38).

"Ha? Abang tengah tengoklah ni." jawab suaminya atau Borhan (39) dengan malas. Dia masih ralit melihat skrin telefon.

"Abang pasal pembunuh bersiri kut. Dahlah kejadian yang terbaharu ni dekat aje dengan kawasan kita. Dekat bandar Bang, takutlah." kata Fasha dengan wajah gusar.

"Ya?" duga Borhan dan mula mengalih pandangan ke arah skrin TV. Fasha tersenyum. Dia gembira suaminya mendengar cakapnya.

"Superitenden Polis berkata pembunuhan yang berlaku pada tiga minggu yang lepas di sebuah lorong terbiar mempunyai kaitan dengan pembunuh bersiri yang pernah terjadi di kawasan Hulu Langit pada sebelum ini. Pembunuh telah menggunakan cara yang sama untuk membunuh mangsa iaitu dengan memengsankan mangsa terlebih dahulu sebelum menjerut leher mangsa sehingga mangsa meninggal di tempat kejadian."

"Corak pembunuhan menyerupai tiga pembunuhan bersiri sebelum ini dan polis mengklasfikasikannya sebagai modus operandi pembunuhan bersiri itu. Pihak polis akan mempergiatkan siasatan berkaitan kejadian ini agar pembunuh ditangkap secepat yang mungkin. Superintenden Polis juga menasihatkan orang ramai supaya tidak berjalan seorang diri pada setiap waktu dan melalui kawasan-kawasan sunyi tanpa teman..." seorang pembaca wanita membaca berita itu dengan lancar.

"Menakutkanlah Bang." kata Fasha dengan wajah ngeri. Borhan mengangguk.

Kemudian, seorang perempuan memasuki rumah mereka melalui pintu masuk utama dengan wajah masam mencuka dan lesu. Fasha terus mendapatkan perempuan terbabit.

"Leya pergi mana tadi?" soal Fasha kepada perempuan itu atau Aleya.

Leya ialah adik iparnya yang berumur 22 tahun dan masih belajar di universiti. Sekarang, Leya sedang menjalani cuti semesternya. Aleya juga sedang mengambil lesen kereta sementara cuti semesternya masih lagi bersisa.

"Adalah." jawab Leya acuh tak acuh.

"Leya kena hati-hati sekarang ni, pembunuh bersiri sedang aktif. Kalau nak keluar pun beritahu Abang Long atau Kak Fasha. Lagi satu, jangan pergi seorang diri ya." pesan Fasha dengan wajah risau.

Aleya hanya mencebik dan terus mendaki tangga untuk ke tingkat atas. Biliknya terletak di tingkat atas. Fasha mengetapkan bibirnya.

"Abang nasihatlah Aleya tu supaya jangan keluar malam lagi. Bahayalah sekarang ni."

"Yalah, nanti Abang nasihatkan dia. Awak tak payahlah risau, dia dah 22 tahun. Pandai-pandailah dia jaga diri."

"Abang, Abang tahu tak yang jadi mangsa tiga minggu lepas ialah lelaki. Jika lelaki pun kena bunuh macam tu, inikan pula perempuan. Diakan adik kesayangan awak."

"Haih, ya, ya! Nanti saya nasihatkan dia. Awak sambunglah tengok cerita awak ni."

Fasha menggelengkan kepalanya kerana tidak percaya suaminya mengambil hal ini sebagai hal remeh-temeh. Kemudian, Fasha terkejut besar apabila Aleya tiba-tiba melaung dari belakangnya.

"Abang Long jangan lupa tau tawaran Adik!" laung Aleya dan menjeling ke arah Fasha.

Selepas itu, Aleya terus mendaki tangga kembali. Dia turun ke bawah semula kerana ingin memberitahu Borhan akan hal itu. Fasha kepelikkan dan melihat ke arah Borhan tajam.

Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)Where stories live. Discover now