Pt.4

4.7K 198 9
                                    

"Ergh...di-dimana aku ni?" ali bertanya pada diri sendiri.Pandangnya masih kabur.Kemudian dia terdengar seseorang sedang berkata. "Dah bangun budak I.R.I.S?" dia berkata dengan nada yang sinis.Rupa-rupanya dia ialah prof aora. "S-siapa kau?" ali bertanya dengan riak cemas.Pandangannya telah pulih sepenuhnya tetapi prof aora memukul kepala ali menyebabkan dia menjerit kesakitan. "Itu tak penting.Yang penting sekarang ialah I.R.I.S" prof aora memandang ali tajam.Ali yang memandang muka prof aora yang seram itu hanya boleh menelan air liur.Muka prof aora sangat mengerikan bak hantu itu menyebabkan badan ali menggeletar. "Mana korang ni?" ali hanya mampu berharap yang alicia,chris dan rudy menjumpainya.

"Ish,mana ali ni?" chris mengeluh.Dah masuk setengah jam tetapi ali masih tak tunjukkan diri.Mereka semua mulai risau terutamanya alicia.Dia tidak dapat bayangkan perkara buruk yang mungkin menimpa ali.Tiba-tiba,mereka terdengar seseorang menjerit.Mereka bertiga pun bergegas menuju ke tempat itu.Setibanya diorang disana,diorang ternampak seseorang gadis sedang menarik rambut ali.Muka ali mempunyai banyak lebam dan dia diikat di kerusi.Gadis itu berpaling kearah mereka dengan renungan tajam.Gadis itu bergegas ke sebuah meja dan mencapai tabnya itu.Dia mula menekan tabnya dan datanglah beberapa robot yang agak besar saiznya. "Serang diorang semua!" gadis itu menekan tabnya dan robot-robot itu mula menyerang mereka bertiga. "Pulak dah.." rudy mula bersuara.Alicia,chris dan rudy berkumpul dalam bulatan bersama senjata diorang. "Shringg.." keris itu tepat mengena di badan salah satu robot tersebut.Alicia mengacukan lastiknya kearah robot yang lain menyebabkan robot itu terjatuh sehingga robot tersebut terkena serangan si chris.Rudy pula menuju kearah ali dan meleraikan ikatan itu. "Berani kau!!" gadis itu menuju kearah rudy dengan sebuah alatan canggih.Alatan itu hampir menyerupai I.R.I.S cuma luarannya berwarna hitam.Dia membaling alat itu kearah rudy tapi malangnya tak kena.Rudy yang baru sahaja selesai meleraikan ikatan itu terus mengangkat ali dan memberi isyarat beredar kepada alicia dan chris.Diorang berdua mengangguk dan bergegas keluar diikuti rudy yang sedang membawa ali.Setelah mereka semua keluar daripada makmal tersebut,mereka terus menuju ke akedemi.

Suasana di bilik rawatan akedemi menjadi kucar-kacir tetapi mereka semua ditenangkan oleh ejen geeta. "Sila bawa bertenang semua.." ejen geeta bersuara dan suasana menjadi senyap seketika. "Terima kasih" ejen geeta memasuki bilik rawatan itu. "Apa yang telah berlaku?" Khai mengajukan soalan kepada alicia dan alicia hanya terdiam seribu bahasa. "Ali,cepatlah sedar...." alicia hanya berkata dalam hati.Rudy yang berdiri di situ mula berlalu pergi menuju ke luar akedemi.Satu perasaan aneh muncul dalam hatinya. "Kenapa dengan aku ni?" rudy hanya berkata dalam hati dan menuju kearah bilik rawatan itu semula. "Baiklah,kamu semua dibenarkan masuk." ejen geeta berkata dan dalam sekelip mata mereka terus menuju ke arah ali yang sedang terbaring.muka ali yang penuh dengan lebam dan tangannya yang penuh dengan luka membuatkan mereka semua terkejut. "Ali,jangan mati lagi!" khai yang hampir menangis itu mendapat tiga tumbukan.Satu daripada moon,satu daripada alicia dan satu lagi daripada roza. "Apalah kau ni" bulat mengeluh. "Sakitnya kepala aku..." khai memegang kepalanya yang mempunyai benjol kecil sambil menangis. "Pulak dah" mika meletakkan tangannya ke dahi.Mereka semua masih berharap yang ali akan pulih sepenuhnya.

[S1] Inviso Vs Neuro:Misi Menawan Hati Si Tekno (Ejen Ali)Where stories live. Discover now