Pt.5

4.4K 178 4
                                    

Beberapa hari telah berlalu tetapi ali masih belum sedarkan diri.Semua mentor mulai risau terutamanya ejen bakar dan ejen geeta kerana keadaan I.R.I.S sangat lemah.Mereka bersetuju untuk berbincang dengan ketua-ketua teras dan general tenteng keadaan ali dan I.R.I.S yang semakin dirisaukan.

"Jadi,apa kita perlu buat sekarang?" ejen leon bertanya tetapi tiada yang menjawab kerana mereka pun tidak tahu.Keadaan menjadi senyap seketika sehinggalah general bersuara. "Dey!" general menarik misainya dan memandang semua mentor. "Tiada cara lain kah untuk sedarkan ali?" ejen dayang mengajukan soalan kepada ejen geeta.Ejen geeta hanya membelek tabnya. "Uhmm,mungkin ada..." ejen geeta menjawab dan semua mentor melihat dia serentak. "Apa dia?" ejen karya menyoal ejen geeta lagi. "Baiklah,kita harus buat macam ini...." ejen geeta menerangkan satu persatu sambil menunjukkan tabnya.

Sementara itu di akedemi M.A.T.A,Khai sedang termenung jauh dengan mata yang bengkak dan berair.Roza yang melihat khai begitu terus duduk bersebelahan khai. "Kau ni dah kenapa?" roza menepuk bahu khai dengan lembut. "Ali" khai hanya berkata satu patah perkataan saja membuatkan roza terkejut dan kemudianya mengeluh. "Jangan risaulah pasal itu biar ejen geeta uruskan hal ali" roza cuba menenangkan khai tetapi dirinya sendiri pun tidak tenang sebenarnya kerana dia pun takut kalau apa-apa berlaku kepada ali.Dia sanggup korbankan dirinya kalau itu boleh selamatkan ali.Khai yang mendengar penjelasan roza itu hanya membuatkan khai tersenyum kelat.Beberapa minit kemudian,ejen geeta muncul. "Perhatian semua ejen muda,Kami ada berita baik." ejen geeta berkata. "Berita baik?" semua ejen muda berkata serentak. "Ya,berita baiknya ialah ali telah sedar dan pulih sepenuhnya.Kamu semua boleh melawat ali sekarang" habis saja ejen geeta berkata,semua ejen terus memecut menuju ke bilik rawatan.Orang yang pertama masuk sudah semestinya khai a.k.a abang ali.Khai yang melihat ali itu terus memeluk ali erat. "K-khai..." ali membalas pelukan khai dan khai melepaskan pelukan tersebut kerana ada beberapa orang yang merenungnya tajam. "Dimana aku ni?" ali mengajukan soalan kepada khai tetapi khai hanya membisu seribu bahasa. "Patutkah aku beritahu ali?" khai hanya bermonolog dalam hati.

[S1] Inviso Vs Neuro:Misi Menawan Hati Si Tekno (Ejen Ali)Where stories live. Discover now