-2-

293 37 3
                                    

Aku pergi ke suatu tempat dimana orang panggil pulau. Bukan pulau pun sebenarnya, laut ja.

Aku duduk di atas batu yang berhampiran. Percikan daripada ombak dan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan rambutku berterbangan dan sekaligus menyerlahkan kecantikanku. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Aku melihat keindahan tersebut, membuatkan hati aku tenang daripada memikirkan segala masalah yang berlaku terhadap diriku.

Sedang aku melihat keindahan tersebut, secara tiba-tiba, mataku menjadi kabur apabila kejadian sebentar tadi masih lagi terngiang-ngiang di fikiranku.

Aku menangis. Terasa diri ini sungguh hina bagi seorang lelaki yang kejam. Disebabkan malas mahu menangis lagi, aku terus pergi meninggalkan laut tersebut.

Lagipun sudah mahu senja, tidak elok untuk seorang gadis keluar sehingga ke lewat malam.

Skip

Aku berfikir sebelum balik ke rumah. Berfikir sama ada patutkah aku singgah ke kedai untuk membeli makanan ataupun tidak.

Disebabkan dengan diri aku yang malas, aku berfikir untuk tidak membeli makanan tersebut. Terus sahaja langkah kakiku diaturkan untuk balik ke rumah dan melintasi kedai yang mahu aku singgah tadi.

Sedang aku mahu balik ke rumah, tiba-tiba mataku tertancap pada sebuah kereta yang membawa dengan kadar yang laju.

Pada masa yang sama juga, mataku juga tertancap pada seorang budak lelaki yang umurnya lebih kurang 5 tahun.

Tanpa berfikir panjang, aku terus berlari ke arah budak tersebut dan menolaknya dengan kuat sehingga jatuh ke tepi.

Tidak sempat untuk aku berlari ke seberang untuk melihat keadaan budak tersebut, aku terus dilanggar oleh sebuah kereta mewah dan diriku juga berterbangan dan jatuh ke atas jalan tar itu.

"Han woo, han woo okay ke sayang?" soal seorang wanita yang umurnya lebih kurang 30 tahun kepada budak yang bernama Han woo itu. Mungkin anak dia.

"Han woo okay eomma tapi kakak tu kena langgar" jawab han woo lalu jari telunjuknya yang kecil itu menunjuk ke arah aku yang sudah berlumuran darah dengan banyak sekali.

Darah berada di merata-rata tempat di tubuhku. Badanku bagai nyawa-nyawa ikan.

Sudahlah diri ini di langgar oleh kereta, pemilik kereta itu pula tidak mahu bertanggungjawab lalu terus meluncur meninggalkan kawasan tersebut. Babi jahanam betul !

Tidak lama selepas itu, penglihatan aku semakin kabur dan menjadi gelap. Aku terus dikejarkan ke hospital dengan kadar yang segera.

Kim Min Gyu P.O.V

Aku membawa kereta mewahku dengan kadar yang laju. Well, actually aku dah lambat untuk flight aku dengan kawan-kawanku untuk pergi ke United Kingdom.

Disebabkan aku dah lambat sangat, aku
tidak perasan bahawa aku telah melanggar seseorang.

Hajatku mahu turun dan pergi melihat keadaan tersebut. Tetapi, disebabkan aku dah lambat sangat, aku ketepikan hajatku itu lalu meneruskan perjalanan aku pergi ke Incheon Airport.

Skip

Aku memarkirkan keretaku di dalam bangunan airport tersebut. Setelah sudah memarkirkan kereta aku, aku terus membawa diriku dengan segalas beg dan berlari menuju ke dalam bangunan tersebut.

Aku tersenyum kambing apabila melihat kawan-kawanku sedang menunggu kedatangan aku. Aku terus berlari menuju ke arah mereka tanpa mereka perasan akan kehadiran aku.

{C} Lost [김민규]Where stories live. Discover now