-9-

246 24 2
                                    

Pada keesokan hari

Perlahan-lahan aku buka mata aku dari terus diulit mimpi. Jam loceng yang berada di meja sisi katilku mula berdering.

Dengan perlahan-lahan aku menutup jam loceng tersebut agar berhenti berdering. Jam menunjukkan tepat 6:30 pagi.

Aku mula mengambil langkah untuk bersiap-siap sebelum pergi kerja bersama mr kang. Selepas sahaja aku selesai menguruskan diri, aku membawa diriku turun ke bawah menuju ke dapur untuk sarapan pagi.

Dapatku lihat mr kang sedang menjamu selera disitu manakala mrs kang menuang segelas air teh untuk suaminya. Aku mengambil tempat di sebelah mr kang.

"Dah sedia ke nak kerja ni?" soal mr kang sambil makan makanannya iaitu roti bakar bersalutkan jem strawberi.

"Heejun okay je cuma nervous hehe" jawab aku lalu tersengih malu. Mr kang tergelak kecil.

"Biasa lah tu first time kerja kan?" kata mr kang. Aku hanya mengangguk sahaja tanda ya.

Selepas sahaja aku dan mr kang menghabiskan sarapan pagi. Kami berdua pergi ke garaj kereta untuk menaiki salah satu kereta daripada semua kereta yang ada.

Sebelum itu, sempat lagi aku menyalam kedua belah tangan mrs kang. Mrs kang tersenyum mesra melihat aku.

Aku mengambil tempat duduk belah penumpang manakala mr kang duduk di bahagian pemandu.

Kereta dihidupkan dan hon kereta dibunyikan untuk mrs kang tanda kereta sudahpun mahu bergerak. Aku melambai-lambai tanganku ke arah mrs kang.

Kereta mula bergerak ke destinasi yang dituju. Perjalanan mengambil masa 30 minit sebelum sampai ke syarikat milik mr kang.

Sampai sahaja ke syarikat itu, aku dan mr kang keluar dari perut kereta. Aku terpegun melihatj betapa besarnya syarikat ini.

Disebabkan aku terlampau terpegun dengan syarikat milik mr kang ini, aku tidak sedar bahawa aku ketinggalan jauh oleh bapa aku sendiri.

Mr kang yang sedar bahawa tiada anaknya disitu, terus berpaling ke arah belakang lalu dia tertawa kecil.

"Heejun, buat apa lagi tercegat kat sana tu" panggil mr kang dan berjaya membuatkan lamunanku terus mati dan aku terus kembali ke dunia yang nyata.

Aku yang ditinggalkan jauh di belakang, terus aku berlari anak pergi ke arah mr kang. Kami berdua berjalan pergi ke pejabat yang dikhaskan untuk aku.

Aku dan mr kang menaiki lif untuk ke tingkat 2. Sesampai sahaja di tingkat 2, ramai pekerja menunduk hormat ke arah aku dan mr kang.

Aku menunduk hormat balik ke arah mereka. Selang beberapa langkah, kami berdua tiba di salah satu bilik pejabat. Mr kang mula membuka pintu bilik pejabat tersebut.

"Nah, ini bilik kamu heejun" kata mr kang selepas membuka pintu bilik pejabat tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nah, ini bilik kamu heejun" kata mr kang selepas membuka pintu bilik pejabat tersebut.

Aku mula terpegun dengan bilik itu. Sungguh cantik dan besar. Amat selesa dan sempurna. Barang-barang yang disusun rapi membuatkan bilik itu kelihatan sungguh kemas dan cantik.

{C} Lost [김민규]Where stories live. Discover now