-23-

234 24 0
                                    

Kang Hee Jun P.O.V

Selepas sahaja kejadian sebentar tadi berlaku, aku dan nara terus beredar dari cafe tersebut. Aku membawa nara jauh dari cafe itu.

Tiba-tiba nara menyuruh aku untuk berhenti. Kami berhenti secara tiba-tiba.

"Weh stop !!" kata nara sambil menarik tangannya dengan kasar. Kami berhenti di tengah-tengah mall tersebut.

"Kenapa ni weh? Kenapa dengan kau ni heejun? Siapa lelaki tadi tu?" soal nara bertubi tubi. Aku terdiam buat seketika.

"Woi jawab lah" kata nara lagi yang perasan aku tidak menjawab soalannya.

"Tak nak lah lain kali je lah ya" kata aku lalu menyambung untuk berjalan dan mahu meninggalkan nara di sana seorang diri.

Tiba-tiba aku terasa tangan aku ditarik oleh seseorang dan menyebabkan aku pandang ke arah belakang.

"No heejun, explain to me now. I want to know what happened to you and that guy" kata nara yang masih lagi mahu tahu tentang kejadian yang sebenar.

Aku buntu dan takut untuk memberitahu perkara sebenar antara aku dan lelaki yang bernama mingyu tadi itu.

"Are you serious, nara?" soal aku dan dia mengangguk membuatkan aku mengeluh berat.

"Fine, follow me" kata aku lalu menarik terus tangan nara untuk pergi ke sebuah restoran di mall tersebut.

Skip

Aku dan nara sudah pun sampai ke restoran yang berdekatan dengan tempat yang kami berada sebentar tadi.

Aku dan nara mengambil tempat duduk di bahagian belakang sekali dan hanya memesan minuman sahaja kepada pelayan di restoran itu.

"Now, tell me. Apa yang sudah terjadi sebenarnya ini?" soal nara.

"Kau kan kawan rapat aku dulu, tak kan kau tak ingat siapa lelaki tadi" kata aku kepada nara.

Nara blur dan membuat muka hairan.

"Sumpah aku tak ingat weh. Yela, benda dah lama bukan" balas nara lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Lelaki tadi itu, kim mingyu" kata aku. Aku perasan yang riaksi nara terkejut.

"Serious lah weh. Mingyu tu, lelaki yang paling hot dekat sekolah kita dulu tu and sekarang dia dah jadi k-idol tu?" jawab nara seperti tidak percaya.

Aku mengangguk dengan pertanyaan nara sebentar tadi.

"And now, apa kena-mengena dia dengan kau sekarang?" soal nara.

"Sebenarnya mingyu itu adalah bekas teman lelaki aku" kata aku.

Sekali lagi nara terkejut dengan apa yang telah aku sampaikan tadi.

"Macam mana boleh jadi macam ini? Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau pernah couple dengan crush kau sendiri?" soal nara.

"Cerita dia bermula sejak aku suruh kau teman aku untuk pergi intip dia dekat kawasan library sekolah dan dia yang tak bagi aku bagitahu sesiapa pasal hubungan kita orang" jawab aku.

Flashback

Aku dan nara baru sahaja sampai di pintu pagar sekolah kami dan kami terus menuju ke kelas kami berdua.

Aku meletakkan beg aku di tempat sebelah nara. Jam menunjukkan pukul tujuh pagi. Masih lagi awal kerana pembelajaran bermula pada pukul lapan pagi.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu yang menggembirakan aku.

"Weh nara, jom teman aku pergi library sekolah" kata aku dengan gembiranya.

"Buat apa? Kau jangan nak buat kerja gila lagi eh" kata nara. Aku menggeleng tanda tidak.

{C} Lost [김민규]Where stories live. Discover now