-4-

262 36 0
                                    

Keesokan harinya

Kang Hee Jun P.O.V

Aku mencelikkan mataku pada pukul 7.00 a.m. Walaupun mataku masih berat seolah-olah aku mahu tidur lagi tetapi bila aku mahu tidur balik mataku sudah tidak boleh terlelap.

Adakah anda semua macam ni? Kalau ya kita sama.

Aku bangun dari pembaringanku dan duduk bersilangkan kaki. Aku terus bangun dan keluar dari bilik aku dan turun melalui tangga dengan berhati-hati dan aku terus menuju ke dapur.

Setelah sampai ke dapur, aku ternampak mrs kang sedang membuat sarapan pagi. Aku terus pergi kearahnya.

"Eomma?" sapa aku dan mrs kang terus menoleh ke arah aku lalu dia tersenyum menampakkan giginya yang rata.

"Anak eomma dah bangun. Marilah kita sarapan dulu" kata mrs kang mempelawa aku untuk makan sarapan pagi.

Aku terus mengheret salah satu kerusi itu kebelakang sedikit lalu duduk di atasnya.

Mrs kang terus menyediakan roti bakar bersalutkan jem strawberi di hadapanku.

Tanpa membuang masa lagi, aku terus makan roti itu dengan perlahan-lahan.

Sungguh sedap dan rangup !!

Tidak lama selepas itu, muncul seorang lelaki dalam lingkungan 40-an datang ke arah dapur dan duduk di salah satu kerusi di hadapan aku.

Aku terkejut tapi aku masih lagi boleh mengawal riak wajahku ini. Aku cuba berfikiran positif. Mungkin dia bapa aku?

Dia tersenyum ke arahku. Aku tersenyum balik ke arahnya. Kami bertiga menikmati hidangan sarapan pagi tersebut dalam keadaan yang sepi tanpa ada yang berkata-kata.

Selesai sahaja makan pagi, aku terus bangun dan duduk di sofa ruang tamu aku. Aku membuka televisyen dan menekan tiga button yang menunjukkan angka.

Televisyen itu terus menayangkan cerita drama korea Lee Jongsuk iaitu pelakon terkenal di bumi korea ini. Wow handsome !!

Sedang aku seronok menonton drama yang bertajukkan Doctor Strange itu, seseorang melabuhkan punggungnya di sebelah aku.

Secara automatik, aku terus menoleh ke arah gerangan tersebut. Appa aku rupanya.

"Heejun" suara garaunya memanggil nama aku.

Aku memandang mr kang lalu menjongketkan sebelah keningku tanda apa dia?

"Kamu tak rasa bosan ke duduk dekat rumah sahaja?" soal mr kang. Dahi aku berkerut pelik.

Aku memandangnya dengan wajah yang tertanya-tanya. Apa maksud dia? Bosan? Nak bosan sebab apa?

"Kenapa pula?" akhirnya aku bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri. Mr kang hanya tersenyum kambing.

Aku memandang ke arah hadapan dan menyambung aktivitiku iaitu menonton drama.

"Kamu takda rasa nak kerja ke?" soal mr kang.

Aku terus menoleh ke arah mr kang dengan mataku membulat. Kerja? Nak kerja apa pula ni?

"Nak kerja apa?" soal aku terpinga-pinga. Aku pelik dengan mr kang. Nak suruh orang kerja dengan dia lah tu.

"Yah awak!" sapa seseorang dari arah dapur dan menuju ke tempat kami duduki ini. Mrs kang rupanya.

Mr kang memandang ke arah mrs kang. Dia menjongketkan keningnya tanda ada apa?

"Awak, anak kita ni baru je keluar hospital semalam. Takkan lah awak nak suruh dia kerja dah kot" bebel mrs kang lalu mencekak pinggangnya.

"Ouh iya lah lupa pula saya yang dia baru keluar hospital semalam" mr kang tersengih kambing.

"Tak apa heejun appa bagi kamu berehat buat sementara waktu ni. Bila kami dah bersedia kamu bagitahu appa. Appa nak kamu kerja dekat syarikat appa. Senang nanti kalau appa takde kamu boleh tolong gantikan" kata mr kang.

Mataku membulat sekejap lalu aku mengangguk tanda yang aku faham. Mr kang terus bangun lalu pergi ke pintu utama untuk pergi ke kerja.

Mrs kang pula sudah bersiap sedia mahu flying kiss dekat suaminya itu dari arah pintu.

Jijik pula aku yang melihatnya. Aku terus menyambung aktiviti aku yang tergendala sebentar tadi.

Di United Kingdom

Kim Min Gyu P.O.V

Ada 13 ekor makhluk yang comel-comel belaka masuk ke dalam bilik persalinan mereka di belakang pentas.

Masing-masing sudah penat dan berpeluh. Mesti sexy kalau mereka semua ditambahkan dengan berkemban. Ok gurau.

"Woah, penatnya aku" kata seungcheol lalu dia duduk di atas sofa yang disediakan di bilik itu.

Mereka semua baru sahaja habiskan concert pertama mereka di sini.

"Kan sama lah dengan aku" kata aku sambil itu, aku meneguk air mineral yang aku pegang dari tadi.

"Berpeluh aku weh" kata seungkwan pula.

Dia yang tadinya hanya baring meniarap terus sahaja dia mengesot macam cacing yang berada dalam api. Cacing kepanasan.

Tiba-tiba dokyeom mengikut sekali pergerakan seungkwan sebentar tadi iaitu mengesot. Katanya comel macam anak beyuk.

"Sabarlah weh aku nak kejar kau ni" kata dokyeom yang sedaya-upaya mengikut seungkwan atau lebih tepat mengejar seungkwan dengan cara mengesot.

Seungkwan terus memperlajukan pergerakannya ke hadapan acah-acah tidak mahu kena tangkap dengan dokyeom.

Ceh acah kau.

Tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk oleh seseorang. Mereka semua terus memandang pintu bilik itu dengan pelik.

Seungkwan dan dokyeom yang tadinya mengesot terus bangun dan duduk seperti biasa macam tiada apa yang berlaku. Takut nanti malu kalau orang lain nampak.

Mereka hairan dan berfikiran positif. Mungkin pengurus mereka tetapi kalau pengurus mereka, mestilah dia akan buka sahaja pintu tersebut. Tetapi kali ini tidak.

Pintu tersebut berkali-kali diketuk oleh seseorang. Aku tidak berasa hairan sebaliknya aku hanya tersenyum gembira kerana aku tahu siapa gerangannya.

Aku bangun dari dudukku. Mereka pandang aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Seungcheol melihatku dengan pandangan yang curiga. Memandangkan dia sahaja yang nampak aku tersenyum seorang diri melihat ke arah pintu itu sedangkan yang lain pelik.

Aku terus menuju ke arah pintu tersebut. Panggilan-panggilan mereka aku endahkan.

Woozi pula sudah menyorok belakang hoshi kerana takut yang amat apabila aku sudah memulas tombol pintu tersebut.

Apabila bila pintu tersebut dibuka, aku tersenyum girang manakala yang lain, membuat muka menyampah dan tidak puas hati.

"Annyeong, Chou Tzuyu"

To be continued

Maaf atas kekelingan yang berlaku di cerita ini. Author tidak kisah kalau sesiapa mahu membuang cerita ini dari library korang semua memandangkan author pun nak muntah bila baca balik story ini. Kepada sesiapa yang masih lagi mahu baca, tunggulah next chapter.

{C} Lost [김민규]Where stories live. Discover now