-Ending Chapter-

380 24 0
                                    

Seoul Hospital

Aku menunggu di ruangan penunggu di luar bilik kecemasan tersebut. Bila dah jadi macam ini, mula lah aku risau. Terbir rasa menyesal dalam diri aku.

Tiba-tiba, seorang doktor bersama katil pesakit yang ditutupi seluruh anggota badannya keluar dari wad kecemasan tersebut berhenti di hadapan aku.

Aku melihat tubuh badan yang seperti mayat yang berada di hadapan aku sekarang ini.

Terbit rasa tidak sedap hati dalam diri aku. Ya tuhan, mohon jangan ada benda yang tak diingini berlaku.

"Siapa dia ni?" dengan berani aku soal kepada doktor yang berada di kepala pesakit itu.

"Ini kawan cik" jawab doktor tersebut.

"Nama dia?" soal aku lagi. Jantung aku berdegup kencang.

"Kim mingyu" jawab doktor itu.

Hati aku bagaikan ditusuk oleh pedang. Gugur jantung aku apabila doktor tersebut memberitahu nama pesakit itu.

"Tipu. Tak mungkin" kata aku tidak percaya.

"Kalau cik tak percaya, cik boleh buka kain putih ni" kata doktor itu.

Dengan kudrat yang ada, aku terus membuka kain putih itu dengan perlahan-lahan.

Ternyata, memang benar apa yang di katakan oleh doktor tersebut. Mayat itu adalah kim mingyu.

Dia sudah tiada di dunia ini. Aku menangis teresak-esak di hadapan mingyu.

"Wae mingyu, wae?" soal aku kepada dia walaupun aku tahu dia tidak akan membalasnya.

"Kenapa kau harus pergi? Biarlah aku yang kemalangan. Kalau tak disebabkan kau selamatkan aku, benda ini tak kan berlaku" kata aku sambil menangis teresak-esak.

"Kalau cik mahu melihat mayat ini buat kali terakhir sebelum dikebumikan, sila ikut kami ke bilik mayat" kata doktor itu lalu menutup semula kain putih itu.

Misi-misi yang lain terus tolak katil mingyu ke bilik mayat. Aku mengikuti langkah-langkah mereka ke bilik mayat untuk melihat mingyu buat kali terakhir.

Setelah sampai di hadapan pintu bilik mayat, aku terpaksa menunggu sebentar di luar kerana doktor itu mahu meletakkan mayat mingyu di dalam.

Setelah 1 minit berlalu, doktor dan misi-misi itu pun keluar dan memberikan kebenaran kepada aku.

Aku masuk ke dalam bilik mayat tersebut. Bau bilik itu penuh dengan bau mayat sebelum-sebelum ini.

Di dalam bilik itu, hanya ada satu katil sahaja yang berada dalam bilik itu. Katil kim mingyu.

Aku menghampiri katil tersebut lalu membuka kain putih itu, aku menatap wajahnya buat kali terakhir sebelum dia dikebumikan.

"Saya minta maaf sangat-sangat mingyu. Disebabkan saya, awak jadi macam ni. Kalau tak disebabkan ego saya, awak tak kan kemalangan" kata aku sambil menahan tangisanku.

"Yes, memang saya masih lagi sayangkan awak. Tetapi saya masih tak boleh lupa dengan kisah silam saya dulu. I'm so sorry" sambung aku.

{C} Lost [김민규]Where stories live. Discover now