Chap.37

751 104 12
                                    

" Sora. Hari ni hari lawatan family and saudara mara!! Kau excited tak??" Tanya IU yang memang tengah excited. IU dah rindu dengan ommanya.

"Tak" Balas Gayeon dengan wajah malas. Gayeon memang sentiasa benci bila hari lawatan tiba. Omma nya selalu datang dan maki hamun dia. Gayeon dah muak.

"Hmm biasa je sebab aku tahu omma aku takkan dapat hadir hari ni. Dia kan dirawat di hospital?" Jelas Sora sambil tersenyum paksa. Sora memang agak sedih sebab takleh jumpa ommanya.

Tetiba PA system sekolah berbunyi. Semua pelajar berhenti dari buat benda yang mereka tengah lakukan dan fokus mendengar pengumuman yang akan di sampaikan.

"Pelajar Min Sora. Pelajar Min Sora. Sila datang ke office guru dan jumpa dengan Song saem sekarang juga."

"Yah Sora kau kena panggillah!! Habes lah kau!" Usik Gayeon sambil menakut nakutkan Sora. Sora bukannya takut tapi hairan. Setahu dia, dia takde buat masalah pun kebelakangan ni.

- Pejabat guru -

"Yes saem?" Tanya Sora sambil berdiri depan Song saem yang tengah baca newspaper. Bila dia sedar je Sora kat depan dia, Song saem pun letak newspaper tu ke tepi.

"Sora. Kamu ketua untuk kelas nyanyian kan?" Tanya Song saem.

"A-Aniya saem!" Balas Sora dengan panik.

"Jinjja? Tapi Taehyung ssi kata ianya kamu? Aish! Budak tu mesti dah tipu aku." Marah Song saem. Song saem ni memang garang tau kalau marah. Nama Song Jihyo ni memang digeruni ramai kat sekolah ni. Kedua barulah Kim Jong Kook iaitu Kim saem.

Sora hanya tergelak gementar. Sempat dia lap peluh di dahinya.

"Takpe. Kalau kamu bukan ketua pun anggap je lah ketua. Saem nak bagitahu yang Ailee saem kamu tak dapat hadir untuk mengajar kamu minggu ni. Saem nak kamu bawa pelajar kelas nyanyian nanti, pergi ke kelas tarian. Kamu akan jumpa Jackson saem dan dia akan jaga kamu minggu ni." Jelas Song saem.

Sora pun mengangguk. Setelah semuanya selesai, maka Sora pun keluar. Banyak benda yang Song saem suruh dia. Jaga pelajar kelas nyanyian pastu kalau ada yang Song saem nampak ada pelajar kelas nyanyian merayau-rayau semasa kelas nyanyian tu berlangsung, Sora akan kena.

"Patutlah Taehyung larikan diri dari Song saem." Sora berkata dengan diri sendiri. Sora memandang jam tangannya dan tak lama lagi kelas nyanyian akan bermula. Dia perlu bawa rakan rakan dari kelas nyanyiannya untuk ke studio menari which is tempat di mana kelas tarian berada.

xxxxxxxxxxx

"Betul ke ni Sora?? Jangan prank kami tau!" Kata IU kepada Sora. Mereka tengah berjalan ke arah studio menari. Semua pelajar kelas nyanyian mengikuti Sora dari belakang dan Sora serta IU yang lead mereka. Taehyung dan Jungkook di belakang Sora dan IU. Sejak mereka dah berkawan, dua jejaka ni sentiasa protect Sora dan IU di kelas nyanyian. Kalau ada yang nak buat jahat, mereka dua akan halang.

Pernah sekali tu ada pelajar yang nak acah hilang barang dan tuduh Sora serta IU yang curi. Mereka actually tak nak kenakan IU tapi memandangkan IU berkawan ngan Sora, terpaksalah kenakan juga IU. Namun, Jungkook dan Taehyung tahu pasal tu dan warn kat pelajar yang nak kenakan dua kawan mereka tu bila mereka dengar je pelajar tak guna tersebut cakap pasal hal tu.

"Aku tak prank lah dik oi! Jackson saem mesti dah tunggu kita tu. Cepat sikit semua!" Tegur Sora kepada rakan-rakan yang lain. Maka mereka pun berjalan dengan pantas sedikit untuk ke studio menari yang terletak agak jauh dari kelas nyanyian mereka.

xxxxxxxxxxx

"Welcome students!! Studio ni taklah besar mana tapi silalah duduk mana yang korang selesa." Kata Jackson saem sambil tersenyum manis. Semua student perempuan cair senyap senyap dalam hati.

[C] CRIMINAL ( BTS)Where stories live. Discover now